boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 4, 2009

Muktamar PAS 55 - Sokong Idea Baru..

Salam Sejahtera...

Berita Harian Online sekejap tadi ada menceritakan ucapan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Muhamed Daud Iraqi meminta semua ulama meyakinkan ahli-ahli PAS supaya sokong idea Presiden dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan. Berita lanjut bolebaca DI SINI.

Dalam hal ini kalau tak silap ingatan aku, perkara ni mengikut kata Presiden TGHH dikeluarkan dari Agenda setelah Najib jadi PM... jadi kenapa perkara isu ni dibangkitkan semula.. tak perlu diungkit suruh buat lagi...

Kemudian kita sendiri dapat lihat... apa reaksi pihak UMNO dan BN... tiada apa-apa jawapan ataupun reaksi positif mengenai kerajaan perpaduan... tup-tup isu ni ditimbulkan semula... yang hairannya Surat khabar UMNO yang sibuk mewar-warkannya.. apa tujuan semua ini... kut mana pun ada kaitan dengan ulamak... jarum kecil menunjukan ulamak mesti menang jadi Timbalan Presiden... itu agenda Berita harian dan UMNO.....

Lagi satu bagi aku sebagai ahli PAS aku akur akan apa keputusan pimpinan dalam hal kerajaan perpaduan... di Indonesia memang berjaya... tapi itu Indonesia... kita di Malaysia selagi adanya UMNO sorry... mana mau UMNO nak buat begitu......tetapi harus kita ingat... ahli PAS baru berapa juta... dalam pada tu belum tentu semua ahli setuju lagi kerana tak faham...
Pengundi atas pagar... belum tentu setuju... sedangkan mereka buat masa ini sudah menolak UMNO dan menerima PR sebagai ganti... begitu juga pengundi Cina dan India.. mereka sanggup jadi ahli kelab penyokong PAS... tup-tup kita nak tubuh kerajaan perpaduan dengan UMNO...sedangkan sifat kedajalan UMNO dah terbukti semakin hari semakin bertambah kedajalannya... 
Apakah kita mahu lagi membentuk kerajaan perpaduan... entahlah.. terpulang kepada masing-masing memikirkankan... yang penting apakah agenda ini kebaikan pada Parti bila menjelangnya PRU 13 nanti. 

Kalau kerajaan PR Perak pun UMNO begitu rakus merampasnya... inikan pulak negara Malaysia.. 

3 comments:

  1. Salam Manjung,

    Posting hang kali ni... cicah sambal belacan sedap nih...

    Siapa la... yang galak sangat nak bersetubuh dengan umno...nih.... depa tak takut AIDS ka...?

    Aku rasa puak2 tu masih ghairah lagi.... Say No to Umno...

    ReplyDelete
  2. Isa...
    nak cakap banyak semuanya ilmu tinggi daripada kita,, ulamak belaka... tapi sila haribulan kena sembelih dengan UMNO...

    ReplyDelete
  3. MM,

    Sebab ilmu depa tinggi la..., itu yang membuatkan aku masih memikirkan apa yang tersirat dan berselirat dalam kepala otak depa2 tu...

    Kadang2 susah jugak... nak faham.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari