boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, June 8, 2009

Muzakarah - Masing-masing ada respon...

Salam Sejahtera....
Kalau semalam Ketua Pemuda UMNO membuka bicara mengajak  bermuzakarah dengan Pemuda PAS.. maka pada hari ini bermadahlah pula Ketua Pemuda PAS dengan alunan yang cukup lunak jawapan balasnya...aduhai...Jangan letak kebencian terhadap UMNO - Dewan Pemuda.... Boleh BACA DISINI.

Hujah yang diambik pakai ialah ikut kaedah Nabi Allah Musa berjumpa Firaun...Aku tak mau nak komen apa-apa.. sebab aku ni bukan Ustat... belajar pun sampai tkt 5 sahaja.. SPM pangkat 3...Pengetahuan Islam pun dapat pangkat 6 pada periksa SPM.. tahun 78...

Cuma yang aku keliru ialah kalau kaedah tu diambik pakai... apakah UMNO tu sama dengan Firaun....tapi kalau hangpa tanya aku memang... UMNO sekarang ni lebih teruk dari Firaun....pasai lebih teruk... Firaun tu memanglah... comform kafir... Tetapi UMNO ni mengaku Islam... sembahyang, mengucap, posa, haji, nikah kahwin semua macam kita... depa pun ada Ulamak, cerdik pandai temasuk bekas Naib presiden PAS Nakhaei pun duduk dalam UMNO.. Tok Mufti tok segala tok pun ramai dalam UMNO...malah sampai ke raja, sultan pun semua pakat setuju dengan UMNO...tup-tup depa tolak Islam bila PAS nak jadi perlembagaan negara.. UMNO rampas negeri aku dengan cara terkutuk... Depa guna hakim untuk memenangkan kes MB Perak.... alih-alih nak Muzakarah....

Apa Muzakarah hangpa Negeri Perak depa boleh bubar ka DUN!!!!!!!!!!!. Tak payahlah nak ikat kepala kain Hitam tulis bubar DUN... UMNO tak kan peduli semua tu....UMNO cuma nak ambik apa yang menguntungkan mereka...hak merugikan sorry no keooot...

Tengoklah balik Sirah Rasullulah... hanya sekali Nabi membuat perjanjian  berbaik dengan kaum Yahudi di Madinah... Bila kaum Yahudi mungkir dan khianat pada janji Nabi Muhammad (S.A.W)  tak lagi dok pi ajak bermuzakarah... Nabi terus ishtihar perang dengan yahudi sehingga hari kiamat. Umno ni dak berapa ratus kali mungkir janji dan khianat dengan PAS... tu pun dok nak pi muzakarah.....

Mursyidul Am TGNA cakap dah betui dah... aikk Timbalan Presiden pulak sangkal... itu bukan mewakili PAS... kepala hotak hang...mentang-mentanglah hang masuk jadi ahli terus PAS lantik jadi Setiausaha Agung, lepas tu menang Timbalan presiden nak 3 penggal boleh bersuara macam tuuu...Aduhai Nasib baik PAS ni Allah bagi kat ahli-ahlinya  TGNA, kalau tidak lama dah PAS jadi komponen BN...

2 comments:

  1. salam semua,
    saya harap penyokong pas dapat menghayati tulisan sdr. timmy say 'pas presents a turning tide bn desperately seeking' dalam malaysia-today untuk difikirkan bersama.

    ReplyDelete
  2. salam kembali,
    baca satu lagi surat terbuka kepada ustaz nasha oleh seorang ketua pemuda pas(melaka)yang sedang marah dalam malaysia-today. kedua-dua tulisan ni dalam bahasa inggeris, teman tak pandai nak terjemah dengan sempurna mengikut perasaan hati penulis.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari