boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 3, 2009

Muktamar PAS 55 - UMNO dah.. PAS Bila lagi...

ADUN Paloh kemuka notis permohonan maaf kepada Husam

KUALA LUMPUR 2 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari ini mengemukakan notis permohonan maaf sebagai penyelesaian kes saman fitnah RM6 juta oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Notis permohonan maaf tersebut disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu bertujuan menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Husam.

Notis tersebut berbunyi:

''Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada 2007.

''Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.''

Nozula mengemukakan notis tersebut setelah bersetuju menyelesaikan kes saman Husam yang merupakan ADUN Salor terhadapnya di luar mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 31 Januari tahun lalu, selain Nozula selaku defendan pertama, Husam menamakan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik defendan kedua dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) defendan ketiga.

Husam menuntut ganti rugi daripada kedua-dua ADUN itu kerana didakwa membuat fitnah lisan dalam satu sidang media pada 27 November 2007 manakala NSTP pula ekoran penyiaran fitnah itu di dalam akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian pada keesokan harinya.

Menurut peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, pihaknya juga dalam proses rundingan dengan Mohd. Adhan dan NSTP untuk penyelesaian.

''Dengan notis permohonan maaf tersebut, terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

''Ini turut bermakna kerajaan negeri juga bersih daripada segala salah laku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anak guam kami,'' katanya.

Beliau juga memberitahu, pengurusan kes saman tersebut dijadualkan didengar oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Jun ini.

Manjungmari: UMNO dah lepas tanggungjawab sesama manusia, orang-orang PAS bila lagi.......

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari