Siapa sebenarnya yang menolak keputusan Muktamar…
Yang pi jumpa dalam gelap tu lah, sebenarnya yang menolak keputusan Muktamar…
Hari ini sangat sibuk dengan business, sampai tak sempat nak buka laptop… kul 12:30PM masuk Golok Thailand ambik barang, keluar balik dalam kul 6:30PM… masa keluar tu,tepat di atas jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Thailand , masuk pula berpuluh-puluh mesej mungkin yang sudah berjam-jam menunggu..
Dalam banyak-banyak mesej tu ada lah satu mesej dari negeri Perak… abang manjung mari yang hantar… Bila cek komen dalam blognya ini yang aku jumpa;;; “Apa maksud tuan letakkan gambar di atas.
Mereka dipilih dalam Muktamar… dan mesyuarat JK yang dipilih dalam muktamar.
Pada saya , sesiapa yang meminta mereka letak jawatan adalah orang yang menolak muktamar. Bagi saya orang tersebut lebih layak memilih parti lain dari PAS!!!!.Hormati pemilihan muktamar..tak puas hati tunggu 2 tahun lagi cadangkan pemimpin baruuuu. maaaf. itu akhlak dalam jamaah!
Patut la abang aku jadi marah tiba-tiba… rupanya mesej ini…
Dia marah bukannya apa… tapi krn tuan mesej itu tak tahu sebenarnya dalam mesejnya itu juga dia dah bagi jawapannya.. kalu tengok betul-betul tuan mesej itu minta sesiapa yang menolak keputusan muktamar agar memilih Parti yang lain dari PAS….
Perasan tak!! Tak kan dah lupa kot… yang tok guru nik aziz beribu kali dok ulang mengapa dia menolak perbincangan dan kerjasama dengan UMNO kerana dia tetap berpegang dengan keputusan muktamar di Perak yang lalu …..
Jadi siapa sebenarnya yang menolak keputusan Muktamar…
Tak lain dan tak bukan… adalah sesungguhnya dan sebenarnya mereka yang jenis spesis merayap di dalam gelap masuk dalam kelambu UMNO BN
Mereka inilah sebenarnya yang patut keluar dari PAS dan pilih Parti UMNO yang mereka dok pi bincang dalam gelap tu kerana mereka telah melanggar keputusan muktamar… inilah maksud penulis mesej itu
kalau nak tulis tu kaji dulu abang oii !!… takut jadi macam spesis tu jugak
jangan marah abang ye… tegur je tu..
Ana sokong 100% pendapat ni....keputusan dari jemaah wajib kita taati...jangan ajar ahli jadi kurang ajar..nanti bila ahli dan kurang ajar...susah sikit..saya kira kedua yang gambar diatas faham apa yang berlaku...
ReplyDeleteTiada salahnya poster tu.
ReplyDeleteKepentingan negara mengatasi kepentingan parti, dan kepentingan parti mengatasi kepentingan individu.
Dalam isu muqabalah gelap ini, setakat hari ini individu-individu terlibat yang merupakan pemimpin PAS tidak ada membuat penjelasan terbuka secara menyeluruh. Setakat hari ini kita nampak masih lagi menyorok berkenaan isu ini.
Bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang mengundi kalau begini sikap yang ditunjukkan? Setakat nak menang hati ahli PAS yang buta hati dan mempunyai sikap wala' membabi buta, boleh kah menang pilihanraya akan datang?
Nampaknya akan jadi seperti Terengganu 2004. Menang dalam parti, kalah dalam negeri.
Cuma ditakuti pada PRU13 nanti, kalah yang membabitkan Pakatan Rakyat juga.
Ini namanya bodoh sombong, bodoh yang tak boleh diajar. Baik pemimpin, baik ahli yang menyalak wala' tak tentu pasal.