boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 4, 2009

Muktamar PAS 55 - MSO merapu lagi...(3)

Salam Sejahtera....

Baru saja aku niat aku nak ulas sikit bab posting dari penulis/blogger tersohor MSO yang semalam punya... tup-tup sekejap tadi keluar lagi satu posting barunya... Posting semalam dia cerita kisah blogger Sang Kelembai.. Ok tak ada masaalah punya.. itu dia punya hal.. tapi dalam pada tu dia cuit sikit kat Raja Katak.. yang itu baguih.. aku bagi A2 kat dia, pasai dia tolong pelupoh raja katak malaysia....

Tapi posting yang tebaharu ini dia dah mula balik... penyakit isin dendam kesumat masih tak hilang, tak kunjung padam.. masih lagi membara kepanasan di dalam, diluar tiada sinaran cahaya, bila di rasa ada haba panasnya.. rupanya membara dari dalam...MSO masih dendam membara tak kunjung padam terhadap dato Husam.

Postingnya kali ini membela Ustaz Nasarudin, tetapi dalam pada itu diadakan gambar yang cuba difitnahkan juga sedikit kepada Dato Husam... itulah perangai penulis/bloger cari rezeki dengan penulisan. Tujuannya ada sesuatu... yang penting masyuuuukkk. Apakah kepuasan yang dia dapat nanti bila dato Husam kalah pertandingan.. itu yang dia harapkan...

Bagi aku segala jawapan Ust Nasa memang benar.. aku percaya semua itu... tetapi aku nak kan perubahan dalam kepimpinan, aku mahu Presiden PAS di beri idea baru oleh Timbalannyayang baharu Dato Husam sendiri, sebagaimana juga berlaku kepada Dato Guru MB Nik Aziz... walaupun anak lelakinya sendiri Nik Abduh mempertikaikannya..

Oklah biarkan aku teruskan cerita ini... sebelum ni posting MSO ada cerita  Kenapa Nik Aziz Belum Lepaskan Kerusi MB Kepada Husam?. Dalam topik ini memang ada kebenaran ceritanya.. bab ni seorang blogger terkenal di Kelantan ada memaklumkan kepada aku.. masaalahnya blogger tak pandai nak menulis cerita macam ni... cuma di sini yang boleh aku ringkaskan Husam memang mengalami tekanan dari dalam Parti sendiri..Ramai yang terlibat dalam hal perkara ini, terdiri dari Exco Datuk Takiyudin, Abe Jak, Fatah dan ramai lagi sehingga anak, bini dan orang istana pun ada sama. Takiyudin ni cukup baik dengan isteri Tok Guru.. pandai dia berpolitik cari makan.... Masa selepas PRU12 lalu nama Husam dah tercicir dari senarai EXCO.. sapa punya kerja.. Mereka apa macam pun nak singkirkan Husam, nasib baik Tok Guru sedar kejadian tu..setelah penyokong Husam boikot tak puas hati.... Mereka juga telah mempergunakan anak TGNA Nik Abduh jadi tukang laganya.. Itulah yang keluar macam-macam kenyataan dari Nik Abduh.. rupanya ada orang dibelakangnya... Cuba bayangkan jawatan Nik Abduh hanyalah Ahli Majlis Perbandaran, tetapi boleh pakai kereta mewah..sebelum tu Honda CRV, kemudian tambah Honda Oddesey.. itulah yang aku dapat maklum... 

Tetapi dalam pada tu ada juga lagi ahli-ahli yang bersama Husam.. salah seorangnya Adun Mengkebang YB Ustaz Abd Latif yang memenangi Ketua Pemuda PAS Kelantan dari lawannya Nik Abduh.. Pasai apa ni Nik Abduh kalah... bagi aku Pemuda PAS Kelantan bijak... mereka tahu mana yang benar, mana yang salah...

Perkara-perkara macam ni berlaku adalah kerana harta dan projek terutama sekali balak, mereka susah hati sebab Dato Husam  terlalu tegas dalam perkara ini.. langsung tak boleh runding atau kowtim.. dan mereka-mereka inilah yang menghalang TGNA nak lepaskan jawatan MB kepada Husam. Blogger yang memaklumkan cerita ini kepada aku membuat pengakuan antara Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakop dengan Husam terlalu jauh bezanya.. 10 kali baiknya Husam... itu katanya... maksudnya baik dari segi pentadbiran dan pelaksaanan tugas dan kerja... dia tanya kat aku apa projek Timbalan MB buat untuk rakyat Kelantan... manalah aku tau... aku bukan dok kat sana..... Timbalan MB ni baik orangnya.. yang menjadi masaalah pembantu khasnya.. Ustaz juga..laki bini sama naik...hebat yob... tetapi inilah yang jadi buah mulut cerita orang di Kota Bharu.......

Jadi terpulanglah kepada semua para pembaca dan yang akan jadi perwakilan... terpulanglah.. aku telah menceritakan semuanya apa yang aku yakin kebenaran cerita itu..ingatlah.. kita nak Islam ni terlaksana dimuka bumi Malaysia.. apa yang aku nampak calon yang aku cadangkan Dato Husam, aku yakin dan percaya beliau mampu melaksanakannya.. Bagi aku itulah pemimpin... ujian yang Dato Husam tempuhi dari luar parti dan dalam parti beliau kena tempuhi.... Apapun Dato Husam dah berjaya melaksanakan tuga yang diamanahkan... Dalilnya... Negeri Kelantan sudah berjaya... kita!??? Tunggu masanya Inysyaallah. Akan Tiba...

Selamat Bermuktamar.  





No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari