Dalam perjalanan balik dari Nilai ke Manjung pagi semalam, aku dalam suasana menunggu keputusan siapa yang menang untuk jawatan Timbalan...sambil memandu dok tunggu jawapan SMS dari Pegawai Khidmat DUN... bila aku dah masuk Pekan Kapar Selangor baru dapat SMS tentang keputusan sebenar.. OK lah... terima saja.. begitu kehendak perwakilan. Walaupun perasaan di hati cukup terasa... malah lebih teruk dari mendengar keputusan PRU10 dan 11 yang lalu...
Disebabkan semalam cuti hari agong.. kenderaan yang nak balik menuju utara melalui jalan pesisir pantai semalam cukup banyak.. seolah-olah macam nak balik raya... setiap kali nak tempuh lampu traffik terpaksa 4-5 kali tekan brek baru dapat nak rasa lepas dari lampu hijau... dalam pada tu kereta aku gear pulak buat hal selepas aku tukar clutch plate...
Tak lama lepas tu SMS masuk lagi.. sempat aku tekan menjeling tengok.. rupanya sifu aku turut sms bagi tau keputusan.. walaupun aku dah tau.. timbul rasa dihati.. orang tua ni nak perangat aku lagi ka... pasai sebelum ni.. dia dah sound kat aku kat tempat tapak ceramah... sebab aku terlampau dok kempen Husam..dia punya SMS laporan penuh semua jawatan....Ok boleh tahan lagi... tak apalah sabar ajalah...
Lepas tu masuk call.. adik blogger dari Kelantan call... cerita keputusan.. dengan suara nada lebih kurang macam aku jugalah... pakat sedih belaka..terima sajalah...sehinggalah aku selamat sampai balik ke Manjong dalam suasana kereta menghadapi masaalah.. aku terus singgah pi jemputan kenduri kahwin.. itu sebab aku balik awal.. kerana jemputan ni kerani setempat kerja aku yang berkahwin... sampai waktu prime time memanglah ramai jemputannya...sempatlah tengok pengantin lelalki sampai... aku pun chao balik rumah.. kerana ada satu lagi jemputan yang nak kena pegi...
Dalam nak sampai masuk ke taman perumahan aku... si adik blogger aku dari Kelantan call lagi... kali ni dia banyak cerita yang tak sedap aku dengar...nak tak nak masuk rumah.. on komputer... sempat baca blog P/Ekpress.. betui ka...hati tak fikir panjang...aku call Sifu aku kat muktamar.. tanya dia penjelasan betul ka tidak apa yang dengar dan baca... dia cerita tidak.. aku macam dah kena rasuk.. sakit hati.. menangis sedih.. aku menempik semacam..tak peduli jiran kat belakang rumah aku yang tengah dok sidai kain... bini aku pula dok membebel, berleter apa yang aku teruk sangat.. memanglah aku mengaku.. aku cukup emosional waktu semalam.. sampai hari ini..hati masih tak puas aku buat satu posting... minta penjelasan...boleh tulis ajalah... sapa yang nak ambik pot apa yang aku tulis...
Petang dekat jam 7.00 Sifu aku call... ajak jumpa malam ni jam 9.00.. lepas saja sembahyang isyak mlm tadi aku terus pi rumah dia... ajak keluar minum.. dalam pertemuan tu dia cerita yang sebenar.. semua sekali,, pengakuan ikhlas dari dia.. jadi aku faham.. bukan aku sorang yang mersai apa yang aku rasa... Sifu aku juga turut merasainya...jadi aku terimalah keputusan yang dibuat oleh para perwakilan.
Cuma apa yang aku rasa kali ini pemilihan dalam muktamar PAS menempa sejarah terburuk dalam sejarah yang aku ingat.. seolah-olah calon yang bertanding menentang penyandang seumpama pembangkang lawan kerajaan... pihak kerajaan beruntung dapat menggunakan segala kemudahan fasilitis yang ada.. manakan pembangkang terpaksalah menghadapi situasi begini...
Bayangkan kalau beginilah sikap setengah pihak yang dalam dalam sayap PAS.. seolah-olah mereka saja yang berhak segala-galanya, aku pun tak tau nak kata apa-apa... sebab sebelum ini merekalah yang cukup aku segani dan hormati... tetapi kalau sebegini rupa.. entahlah... aduhai... terasa kerdilnya aku...
Katakan MB aku DS IR Nizar yang bertanding Timbalan Presiden semalam... agaknya apakah pula isu-isu yang akan dimainkan.... Adakah Edorgan juga... sebab Mb aku pun bukan Ulamak... dia IR....dan gemar memakai songkok hitam juga...janggut pun ciput juga...
salam
ReplyDeletesabar...sabar pakcik.
inilah kemanisan perjuangan
salam. hehe. paham perasaan tu.. sabar itu diwajibkan, tetapi susah nak buat kan?
ReplyDeletesaya juga bermonolog sorang-sorang berkaitan isu itu. pedih sungguh hati. semoga Allah sembuhkan hati-hati kita dan Tuan-Tuan 'Ulamak kita tanpa parut yang berbekas. Mudah-mudahan.
Haji Husam telah melayari blog ini tadi.
ReplyDeletedan dia send sms ini kepada saya.
"Dah baca. T ksh banyak.Jangan kecewa.jalan d hadapan masih panjang.
kirim salam pada dia.
jangan lupa umno musuh kita.termasuk agen umno dalam parti."
SMS dari Haji Husam Musa kepada Blogger Manjong Mari. - 019-980 4975