boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, June 12, 2009

Tazkirah Magrib,,,

Salam Sejahtera...

Lepas Magrib sekejap tadi aku ke surau Nurul Iman untuk mendengar tazkirah yang telah disampaikan sendiri oleh Dato Seri IR Nizar....

Beliau memulakan dengan tazkirah dengan membaca beberapa potong ayat al quran dari surah Al Fajr...

Selepas itu beliau dalam muqadimahnyan menasihati dan mengajak jemaah hadir sentiasa mengerjakan sembahyang 5 waktu secara berjemaah... kerana nabi sendiri tak pernah sembahyang fardu secara sendiri... kita umat melayu sahaja sejak lepas merdeka ni mula sembahyang sendiri...kemudian beliau menyatakan kita umat melayu biar cerodik.. memilih ganjaran yang Allah janjikan...

Dalam pada beliau menyentuh lagi mengenai tulisan jawi yang hilang dari mata pelajaran sekolah... kalau waktu zaman 30 tahun dahulu ada lagi bahasa jawi... kita melayu yang rugi.. sedangkan kaum cina masih ada tulisan ibunda mereka bahasa Cina, begitu juga India... tetapi kita melayu apa yang ada, dan siapa punya kerja yang menghilangkan itu semua.. dan apa tujuannya,,, semuanya nak bagi orang melayu makin bodoh dengan agama...

Tak Puas dengan itu dibuatnya pulak PPSMI...makin bertambah bodoh lagi umat melayu dengan bahsa sendiri.. akibatnya anak-anak kita tulis bahasa melayu dah tunggang langgang.. contoh bahasa dalam sms...

Dalam pada masa yang sama ia menghurai ayat yang dibacanya.. mengenai kaum Aad yang hebat di zaman mereka dengan keilmuan membina bangunan, kemudian kaum samud yang yang mengukir dan akhirnya kaum bani Israel dizaman Firaun...

Beliau menanya adalagi ka kaum Aad di sini, begitu juga kaum Samud... kesimpulannya janganlah bermegah dengan sesuatu kaum... kalau dah engkar dengan perintah Allah habis kena telan dik bumi...

Jadi begitu juga kaum melayu.. apalah yang nak dibanggakan dengan kaum melayu....beliau juga menegaskan sikap kaum melayu yang ditanam dengan perangai bila sesuatu kejadian musibah berlaku.. selalunya timbul soalan siapa yang kena accident.. ooo'''''....biarlah... tapi kalau "orang kita''' ooo kesian... Siapa yang ajar budaya ni semua.. tak ada dalam Islam...dan kaum-kaum lain pun mereka tidak minta dilahirkan sebagai kaum Iban, Cina dan sebagainya...

Phuh,,, aku dok perati DS Ir Nizar semakin hari semakin hebat dalam penyampaiannya.. baik ceramah politik mau pun tazkirah agama...serupa sebiji macam dengan Ustaz...baca ayat quran ia quote satu ayat dengan nama dan no surah.. nombor ayat berapa baru baca ayat...

Hangpa habaq mai kat aku apa yang Nizar tak boleh buat apa yang Ustaz buat... baca talkin.. tahlil....dah dah banyak kali dia dok pi baca... Imam... sampai kecoh satu Malaysia waktu kempen Bukit Gantang,,, sembelih lembu... dah banyak ekor lembu korban yang DS IR Nizar sembelih, buka mukut bayi baru lahir,,, Nizar ada buat anak jemaah di Manjung ... pendek kata apa yang Ustaz boleh buat semua dia boleh...Cuma yang aku rasa Nizar tak buat lagi pun satu aja...itu pun aku agak aja.. apa dia hangpa habaq mai... sapa betui aku hadiah...
.......
.....
tak sapa dapat jawab aihkkkk
....
.....
bersunat budak lelaki aja kut yang belum....

apa yang aku dapat tau, korek liang lahat (kubor pun dia selalu dok buat bila ada kematian,,, sewaktu dia jadi YDP Kampar dulu....

Jadi disini apa yang aku mushkilkan ialah kenapa ada sebegini punya baik manusia tetapi tidak diberi jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Perak... itu yang aku musykil,,, kalau kata nak kan Ustaz semua kenapa Selangor Hasan Ali boleh pulak... Dia tu pun cuma penceramah motivasi aja dulu,,, Selangor pun macam Perak juga.. pelbagai kaum yang ramai,,, lainlah Kelantan, Kedah, Terengganu.. situ umat Melayu ramai...

Pengundi Cina dan India apa yang aku perhatikan semenjak PRK Bukit Gantang mereka lebih mengenali Nizar dari PAS,, dan dengan kes krisis MB Perak nama Nizar lebih menyinar,,,apa yang yang aku nak lepas PRU 13 nanti PR hendaklah memerintah balik... dan kita sedia maklum pihak istana pun memang suka dengan Nizar,,, cuma disebabkan UMNO lebih berkuasa istana terpaksa mengikut telunjuk UMNO..

Katakanlah nanti selepas PRU13 PR menang balik... istana nak kan NIzar.. sedangkan Ustaz Husin sebagai pesuruhjaya pun menang... tak kan nanti jadi macam kat Terengganu dan Perlis...kan leceh jadinya....ATAU PUN

adakah ini memang perancangan pimpinan atasan yang tak mau kumpulan Edorgan.. sebab kami di Perak pun ramai yang menentang kerajaan perpaduan......

apakah betul telahan ku ini... wallahuaklam.


5 comments:

  1. BETUL TELAHAN ANDA. BAH SAYA AMAT BERSETUJU.

    BERSIHKAN PAS. BERSIHKAN PENGANUT YANG PRO UMNO BE END.

    SIAL LETAK JAWATAN DUHAI SAYANG........

    SAMBUTLAH SERUAN INI DEMI PAS . DEMI MARUAH ANDA.

    SOKONG NIK AZIZ PERBETULKAN PAS KEMBALI KEJALAN ASAL.

    NO. KRONI NO.UG.

    ReplyDelete
  2. Salam Manjungmari,

    Nizar ni bagai intan yang tersembunyi. Intan tetap intan dia akan terus bersinar. Teman pernah mengenalinya semasa beliau dan teman bekerja di Dayabumi.

    Semasa teman menyambung pengajian pada tahun 1992, teman sempat berniaga 'building maintainance' bersama kawan-kawan. Projek yang pertama kami perolehi ialah di Komtar dimana Nizar menjadi CEOnya.Sekali lagi kami dapat berjumpa.

    Secara peribadi teman lihat dia mempunyai chrisma dan berakhlak baik. Tak kelihatan dia cenderung dalam politik.

    Tetapi intan, tetap intan. Cahayanya terang juga semasa dia menyertai Pas.

    Memang sepatutnya dia dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Perak berdasarkan jiwa islamiknya dan bakat kepimpinannya yang besar.

    Teman rasa terdapat pemimpin Pas yang mahu mengelapkan dia kerana takut dengan sinarnya yang terang benderang. Golongan ini yang dipanggil boneka UMNO oleh TGNA, takut mereka tersingkir dan Nizar akan naik mendadak dalam hirarki kepimpinan tertinggi Pas.

    Sepatutnya TGHH tidak termakan dengan hasutan dua tiga kerat pemimpin yang gilakan idea UG.

    Sesungguhnya teman suka dengan cara mike meletak banner di blog anta yang menyeru dua orang tersebut meletakkan jawatan. Inilah penyelasaian yang terbaik buat perjuangan Pas.Dan teman juga bersetuju kalau boleh TGHH yang teman kasihi , juga direhatkan sebelum fitnah yang lebih besar melanda Pas.

    Leadership makes a difference.

    Terima kasih. Dan salam perjuangan dari teman. Takbirrrr......

    ReplyDelete
  3. Yong pun setuju dengan cara miker. Ia lebih positif dari buat parti baru. UMNO memang suka kot ahli PAS buat parti baru, kerana ini maknanya perpecahan parti yang berteraskan Islam. Kita kena follow dengan boikot program deme. Tapi program PAS lain kita tetap follow dan ramaikan lagi. Lebih2 lagi program TGNA dan MB Perak yang sah, DS Nizar.

    Yong amat kecewa bila dapat tahu DS NIzar tak jadi Pesuruhjaya PAS Perak. Sah ini agenda geng yang pro muqabalah. Yang ramai2 geng pro-muqabalah tu pulak ada title ustaz. Itule dia, bila kita hampir berjaya, Allah akan turunkan ujian yang amat besar. Tak kira eko ustaz atau tukang tampal poster. Lagi besar pangkat, lagi besar ujian. Kalau kita gagal ujian ini, kita akan lingkup.

    Yong ni golongan professional dan tak pernah kena tarbiyah. Tapi Yong tahu di mana nak meletakkan wala' pada pemimpin itu. Yong tahu pemimpin yang bawa ahlinya ke ambang kehancuran akan didakwa di akhirat kelak. Yong seru yang dua orang dalam gambar di atas, tolonglah letak jawatan sebelum anda menghancurkan PAS.

    ReplyDelete
  4. OM nampak brader Manjung Mari dalam surau semalam, nak tegur jauh sangat. Memang OM tunggu kan artikel ini, OM dapat agak dah mesti brader huraikannya dan memberi pendapat yang OM setuju sangat. Btw, malam tu memang DS punya tazkirah paling power selama OM follow DS @ manjung. Mohon, Om linkkan artikel ni kat blog. TQ.

    ReplyDelete
  5. TGHH tidak akan memberikan jawatan PJ Perak kepada mereka yang meminta-minta jawatan tersebut walau pun dia itu dilihat sebagai intan ke berlian ke....

    Siapa Nizar sebelum terpilih menjadi MB Perak...??

    Siapa Nizar selepas menjawat jawatan MB...??

    Maaf cakap... bagai kaduk naik junjung...

    Tentu tuan MM marah kan...?? Siasat perabih dulu saya nasihatkan tuan MM... Jangan dok jek melangit sangat...

    Tuan MM berkalau sedangkan kalau itu SYAITAN..

    Apa salahnya Us Bakar menjadi MB bila menang PRU 13 nanti InsyaAllah...??

    Tuan menolak Us Bakar kerana tidak mengenalinya maka Tuan amat menerima Nizar kerana terlampau amat 'mengenaliny' barangkali....

    Pikir-pikirkanlah Tuan MM....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari