boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 23, 2009

Tindakan Terbaik Presiden PAS..

Langkah Abdul Hadi tunjukkan perbezaan dalam PAS Selesai.

KUALA LUMPUR, Jun 23 — PAS nampaknya benar-benar mahu melupakan krisis dalaman mereka. Ini dibayangkan oleh tindakan presiden parti itu, Datuk Abdul Hadi Awang yang menolak usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menyalahkan 10 anggota Parlimennya yang membuat kenyataan bersama menolak kerajaan perpaduan.

The Malaysian Insider difahamkan, dalam mesyuarat khasnya malam tadi, ada AJK PAS Pusat yang mempertikaikan tindakan 10 anggota Parlimen itu yang disifatkan memberikan imej yang buruk kepada PAS.

Kesepuluh mereka adalah Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Namun, sebaik sahaja isu itu dibangkitkan, Abdul Hadi menolaknya dengan berkata, perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Ini adalah kuasa pengerusi," Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata dalam mesyuarat itu apabila seorang AJK membangkitkannya.

Ketegasan Abdul Hadi menolak perkara sebegini dijangka akan meredakan segera pertembungan dalam PAS sebelum ini. Abdul Hadi pula mengambil tindakan ini dalam keadaan kenyataan itu seolah-olah menyerang beliau sendiri selaku pihak yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini.

Sebelum ini sudah ada cakap-cakap yang mendesak 10 anggota Parlimen ini dikenakan tindakan kerana melanggar keputusan yang telah dicapai oleh PAS untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehinggalah kata sepakat dicapai.

Kesepuluh anggota Parlimen ini membuat sidang media di lobi Parlimen 18 Jun lalu dan menegaskan agar PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dan menolak kerjasama dengan Umno.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan meminta timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus hendak kepada kerajaan perpaduan.

Petang semalam, Nik Aziz dan Nasharudin bertemu dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dan kemudiannya bertemu dengan media penuh dengan wajah ceria.

"Jikalah Abdul Hadi membuka ruang untuk membahaskan tindakan 10 anggota Parlimen itu dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, nescaya tidak pernah habislah isu ini," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat semalam dimulakan dengan Presiden PAS yang mempengerusikan mesyuarat itu membacakan dua kenyataan iaitu kenyataan bersama tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dan kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz yang menarik balik kenyataannya terhadap Nasharudin sebelum ini.

Dengan permulaan baik itu, mesyuarat khas malam tadi telah berjalan lancar dan penuh dengan semangat ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) yang kukuh di kalangan pemimpin PAS.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Nik Aziz sendiri di samping dua AJK Pusat yang dilantik Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Mereka akan bertemu lagi 18 dan 19 Julai depan dalam retreat khas sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai yang bakal menyaksikan pasukan PAS akan pergi dalam bentuk yang satu tanpa pecah-pecah lagi.

Source.malaysianinsider.


3 comments:

  1. Itulah yang sebaiknyer ... Presiden PAS kena tunjuk contoh yang terbaik... hehehe.. sama gak ngan Mursyidul Am PAS... hehehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah selesai juga akhirnya..

    ReplyDelete
  3. sapa mangkok hanyun yg buko citer 10 org tu??????

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari