boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 3, 2009

Muktamar PAS 55 - Tiada Sekatan Media


Salam Sejahtera....

Mengikut apa yang aku terbaca, Muktamar PAS kali 55 ini akan memberi peluang kepada semua Media... BACA DI SINI.

Aku tidak faham kenapa perkara semacam ini boleh berlaku, sedangkan ada pimpinan atasan menyarankan ahli-ahli dan penyokong PAS memboikot akhbar-akhbar tertentu, kena bila waktu nak bermuktamar akhbar-akhbar haprak diberi  peluang.

Kebanyakan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat memang dah lama memboikot akhbar Utusan dan Berita Harian, pada aku sekurang-kurangnya Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3... ketiga-tiga media ini sepatutnya disenarai hitam oleh pelaksana Muktamar PAS.

Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat semuanya dah mengenali Pimpinan mereka, tak perlu lagi diperkenalkan oleh ketiga-tiga jenis media yang disebutkan tadi.

1 comment:

  1. Seharusnya Muktamar PAS ke 55 ni tidak dicemari dengan golongan media ini. Walaupun mereka kata mereka bersikap profesional , namun bila sampai ke akhir suntingan, sudah pasti maklumat yang disampaikan diputar belit nanti. Media ini akan menggambarkan bahawa Muktamar ini diselubungi pelbagai masalah dan ketidaksefahaman antara perwakilan dan pemimpin. Semua dah sedia maklum dengan penyampaian maklumat dan berita yang disampaikan. Sepanjang boikot walau dah tau penerimaan ke atas mereka semakin berkurangan, tetapi pihak atasan mereka masih tidak sedar dan masih sanggup menjilat ludah pihak atasan dan pemimpin mereka yang korup. Wallahualam.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari