Petang semalam sewaktu aku dok tunggu towkey woksyop kereta balik, sempat bertemu dengan seorang sahabat.. ia seolah-olah macam nak pertikai juga apa yang aku dok posting.. katanya mana ada ucapan presiden mengenai UG dalam muktamar tempohari...
Aku pun jawab balik... betui... aku pun tak terbaca mengenai tu... tapi yang aku hairan kenapa lepas tu ada pimpinan PAS yang bila ditanya wartawan menjawab dengan banyak perkara yang boleh menimbulkan persoalan bangang....Kemudian ada lagi yang cukup kurang ajar berani pulak menghentam TGNA... ni apa cerita....apa pun aku tak sempat nak bersembang lama kerana towkey worksyop dah balik...cuma sikawan aku ni kata "hang tulislah apa pun aku baca lagi blog hang..."
Apa pun selepas saja muktamar ni aku jadi keliru, pening tak ketahuan... disebabkan kerenah setengah pimpinan PAS baik yang dah obslette dan yang baru nak rasa pegang jawatan... haru biru...semuanya..sepatutnya pimpinan yang berminat sangat kepada UG tu sabarlah sikit.. kenalah faham... kalau semua perwakilan termasuk TGNa sendiri dah tak setuju janganlah dok sebut dan jawab bila wartawan tanya... ini tidak... berasa bangga sangat bila wartawan dok tanya... tambah pulak dari media UMNO... apalagi.. pukul canang lah depa...
Kira nasib baiklah sikit ada penyelamat bila nak ada PRK Manik Urai... maka bersuara sayulah seorang dari pimpinan yang terlalu asyiknya dengan UG merayu... jangan bincang lagi hal UG buat masa ini.....?!!!!! Mungkin lepaih tu boleh bincang balik kut... bagi aku lantak hangpalah.. aku dok pertikaikan sapalah aku ni... ahli cabuk yang bayar yuran sebulan RM5....setahun... itulah satu saja sumbangan pun......
Lepas tu cuma sekali aku posting bab UG... tu pun sembah derhaka dulu...... tetapi pagi ni aku terbaca satu CERITA.. Macam mana ni.... kata jangan bincang lagi... tetapi ni masih dok sebut... apakah kerana sama satu geng.....sama-sama minat nak UG.....jadi bolehlah bercakap bab tu...oiii bertambah pening aku macam ni...kalau dah kata jangan lagi sebut... OK cukuplah... jangan sebut... tetapi masih diulang lagii...kami ahli cabuk ni keliru dengan sikap pimpinan macam ni....
Sekarang musuh kita UMNO dah ambik kesempatan dari kejadian yang berlarutan masih lagi tak selesai...DISINI. Dan UMNO dengan ini tak habis-habis pukol canang mengenai kes ini...ada lagi CERITA DI SINI. Bagi aku bertepatanlah apa yang diucapkan oleh perwakilan Shah Alam YB IR Khalid Samad... renung balik kisah perang Siffin diantara Saidina Ali dengan Muawiyah.. dimana tentera Muawiyah menggunakan tipu muslihat dengan meletakkan mushaf Al-Quran di mata-mata lembing... seolah-olah ajak berdamai... dimana dari disini menimbulkan kekeliruan diantara tentera Saidina Ali... walaupun Saidina Ali melarang tenteranya berdamai.. kerana Ali lebih tahu perangai Muawiyah... tetapi ada tenteranya yang nak berdamai menyebabkan pihak Saidina Ali berpecah belah dan tewas ditangan Muawiyah....apakah PAS akan jadi begini sekali lagi.......
Mungkin kerana pandangan YB IR Khalid Samad ni bukan ulamak... jadi sapalah yang nak ikut, sebab ulamak tahu semua.... perkara tak boleh pun jadi boleh....Sepatutnya kita kena pegang nasihat TGNA...sebab dia dah lama dah dalam PAS.. senior number Yob...dia tahu sangat sepak terajang perangai UMNO... tetapi awatlah hangpa ketegak sangat... hangpa kata dia dah usang dalam politik...aku nak bagi tahu... pengundi-pengundi diluar sana mereka hanya masih menghormati TGNA saja lagi... kalau tidak dah lama dah..................................................
Apa pun dengan keributan yang berlaku dalam PAS telah memberi imbuhan yang tinggi kepada UMNO... apa tidaknya.. laporan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai kes MB DS IR Nizar, bari sorang hakim saja yang bagi... 2 orang lagi aku dengar cerita masih belummm... macam mana nak pi Federal Court....Harga tiket bas surcaj 30% akan ditukar kepada harga tambang bas... harga barang baik kat Supermarket atau pun pasar malam semakin mahal...sapa ambik kisah semua ni.... malah PPSMI pun tak boleh selesai... perghargaan PAS dah bagi kepada dua tokoh bahasa melayu... tetapi kes masih tak selesai...jadi pimpinan yang ada tu cukuplah dulu nak main wayang cina ka... main politik dalam gelap ka...ingatlah sama masaalah rakyat marhaein... rakyat inilah yang bagi menang pada kamu semua pada PRU12 yang lalu..... Ingatlah bagaimana pulak yang mendatang PRU13!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment