Dalam suasana sekarang banyak isu-isu yang berputar di benak masing-masing.. apa kata kita baca satu artikel yang bukan datangnya dari seorang yang dikategori ulamak..!!
SUNDAY, JUNE 21, 2009
Respon Pengunjung Jun (Part I)
Saya minta maaf kerana terlalu sibuk dan tidak berkesempatan memberi respon kepada komen-komen yang tuan-tuan semua berikan sejak kebelakangan ini. Saya akan cuba memberikannya di sini, tetapi malangnya hanya dapat sentuh beberapa isu secara ringkas.
PERANG SIFFIN DAN PERPADUAN BN
Pertamanya, artikel saya mengenai peristiwa ini TIDAK bertujuan menyatakan siapa salah di antara Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah, atau mencerca Muawaiyyah serta memuji Saidina Ali. Ini yang dilarang ulama’. Yang cuba ditengahkan adalah pengajaran yang patut diambil.
Saya cuma mendedahkan bagaimana melalui isu perdamaian/gencatan senjata, kontroversi timbul, tentera yang sedang menang boleh hilang kelebihan kedudukannya dan akhirnya pihak yang sedang kalah menyelamatkan diri dari kekalahan yang muktamad.
Dalam keadaan itu persoalan perdamaian/gencatan senjata demi tahkim dicadangkan oleh yang diasak sebagai helah perang. Dalam soal PAS, dicadangkan oleh pihak yang sedang mengasak demi menimbulkan perbalahan?!
Kedua, bagi yang menimbulkan soal ‘Qiyas maal Faarik’ telah dijelaskan dengan baik oleh wan sek 7 dan saya setuju bahawa tuduhan ini lebih sesuai bagi yang mengatakan usaha perpaduan adalah sama dengan apa yang diusahakan oleh Nabi Musa (AS) bila beliau berhadapan dengan Firaun. Ini ikut kitab mana ya?
Seterusnya, bagi yang menimbulkan soal masalah perang siffin berlaku hasil Muawaiyyah tidak wala’ kepada Ali saya pun agak hairan. Kenapa Saidina Ali tidak sebut sahaja, “wala’,wala’, wala’?” Maka semua akan sepatutnya bersama beliau. Begitu juga dengan keadaan apabila tenteranya sendiri yang telah condong kepada perdamaian yang beliau sendiri tidak. Mengapa Saidina Ali tidak melaungkan “wala’, wala’, wala’?”
Mungkin beliau dan para sahabat tak ikuti apa yang dianggap sesetengah pihak sebagai ‘tarbiyyah PAS’ kot? Yang mana ianya boleh menghasilkan kata-kata dari seorang pimpinan pusat, “saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan, tetapi apa sahaja yang keluar dari mulut Presiden, saya sokong”. Tarbiyyah yang sebegini memang tiada pada zaman itu dan wala’ yang diminta tidak sehingga peringkat taat melulu, walaupun atas persoalan pandangan. Maaf, saya tak ikuti tarbiyyah sebegini. Soal hukum lain cerita.
Sebenarnya Saidinna Ali telah mengadakan syura dan malangnya pandangan syura mengatasi pandangan beliau sendiri dan beliau akur. Walaupun beliau lebih hebat ke’ulama’an dirinya dari mana-mana pimpinan kita pada ketika ini, Saidina Ali mengamalkan syura. Ini adalah kerana dia faham bahawa sebagai pemimpin yang akan menjadi contoh sepanjang zaman, amalan dirinya akan menjadi panduan untuk ummat Islam satu ketika nanti. Beliau mengadakan syura dengan pimpinan dan sahabat lain kerana syura itu wajib, malah ada yang mengatakan ianya Fardu bagi kepimpinan Islam. Mereka memutuskan damai/tahkim dan Saidina Ali akur. Keputusan mereka tidak salah dari sudut syara’ (walaupun bukan itu yang saya cuba ketengahkan) tetapi dari sudut politik jelas tersilap kerana akhirnya matlamat Amr Al-As tercapai.
Persoalan sekarang isu kerajaan perpaduan datangnya dari pihak mana? Ust Halim, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa telah menyebut, tidak pernah dibincang samada peringkat MS Ulama’, Lujnah Politik, mahupun AJK PAS Pusat. Mengapa agenda beberapa individu boleh dijadikan agenda parti? Wala’ bersyarat terlebih dahulu pemimpin mesti adakan syura. Islam bukan sistem diktator walaupun oleh seorang alim. Ini yang sering ditohmahkan oleh musuh Islam terhadap Islam, ‘Dictatorship of the Mullah’. Dan inilah yang ingin kita sanggah. Malangnya mereka-mereka yang menjaja isu wala’ kerana tidak mempunyai kekuatan hujjah mencemarkan imej Islam tanpa mereka sedari. Golongan ini akhirnya membantu usaha musuh Islam untuk memburuk-burukkan imej Islam.
Yang pelik lagi ada yang mengatakan kemenangan Muawaiyyah adalah OK kerana menghasilkan kerajaan Bani Umayyah yang melahirkan Umar Abd. Aziz. Hujjah ini tampak lebih hebat! Maka adakah dengan itu penindasan kaum Quraish terhadap Rasulullah (SAW) juga boleh kita aggap OK kerana menyebabkan berlakunya Hijrah! Saya nak sebutlah, kalau mahu kemukakan hujjah pun biarlah yang waras. Sedangkan jumhur ulama’ dalam kes ini menyatakan Ali di pihak yang benar. Ada juga hujjahnya yang melibatkan kematian Ammar Bin Yassir tetapi saya kira itu tidak perlu saya kemukakan di sini. Hakikatnya Muawaiyyah tidak digolongkan bersama Khulafah Ar Raashidiin.
Dalam masa yang sama ada juga yang menggunakan ayat 61 Surah Al-Anfal sebagai hujjah untuk mewajibkan perdamaian. Saya ceritakan kisah perang Siffin supaya mereka-mereka ini berfikir. Sekiranya benar tafsiran mereka bahawa ayat tersebut mewajibkandamai apabila pihak lawan condong pada perdamaian, mengapa Saidina Ali berkeras tidak mahu? Adakah beliau yang digelar sebagai ‘pintu gerbang ilmu’ tidak arif akan ayat ini? Adakah sahabat-sahabat yang berhempas-pulas berhujjah dengan beliau tidak tahu ayat ini sehingga tidak menyedarkan beliau bahawa pandangan beliau ‘bercanggah dengan Al-Quran’? Ataupun diri sendiri yang tersalah tafsir? Lagipun ada banyak ayat yang lain yang perlu juga diambil kira. Bagaimana dengan ayat 113 Surah Hud yang sering kita baca dalam ceramah-ceramah kita tempoh hari? Apa? Dah lupa? Ayat yang bermaksud :-
ULASAN MUKTAMAR
Dalam artikel tersebut saya hanya memberi ulasan atas beberapa pengamatan saya sepanjang muktamar yang ke-55 yang lalu. Malangnya, teguran negatif sekali lagi tidak menumpu kepada analisis yang dikemukakan tetapi sebaliknya kepada apa yang dianggap sebagai sikap saya yang dianggap tidak betul. Harap dapat tumpu pada analisis dan jangan ‘divert’ pada isu yang lain.
Sebagai contoh, bagi yang tidak faham-faham, apabila Saidinna Umar Al-Khattab disoal oleh Abu Dharr berhubung jumlah kain yang diambil Umar untuk membuat Jubah baru (sedangkan yang lain mendapat jumlah yang tidak mencukupi untuk membuat Jubah), Umar serta sahabat-sahabat lain tidak menemplak Abu Dharr dengan menjawab :-
Apabila saya persoalkan kempen yang dilakukan untuk Ust Nasha melalui program Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ sepatutnya persoalan saya dijawab; begitu juga berhubung peranan kempen melalui Harakah, serta percakapan yang bercanggah sebelum dan selepas yang sekarang ini semakin jelas; ini semua patut dijawab ataupun dijelaskan sepertimana dijawabnya soalan Abu Dharr itu.
Rasulullah (SAW) dan para sahabat menunjukkan kepada kita keterbukaan dalam amalan menyoal pemimpin, kenapa kita tidak mahu membenarkan? Tarbiyyah yang macam ini pun saya tak pernah ikuti iaitu jenis tarbiyyah yang ingin menjadikan ahli PAS sebagai tukang angguk atas alasan wala’, thiqah, husnus dzan dan sebagainya.
Soal kononnya saya ini ada kepentingan perniagaan, ingin saya nyatakan disini bahawa saya adalah seorang MP full-time. Saya tiada menyerahkan apa-apa tawaran atau cadangkan untuk kerajaan Negeri Selangor, samada dari Jerman, Jepun, Australia atau mana-mana Negara sekalipun. Harap yang menuduh buktikan tuduhan tersebut. Di sini pun tidak mengapa…
insyaAllah bersambung petang esok...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

“Dan janganlah kamu condong kepada mereka-mereka yang Zalim, kamu akan digenggam api neraka……”Ohhhh…. UMNO/BN dah tak zalim…….Hmmm, macam-macamlah alasan bila teringinkan jawatan…
ULASAN MUKTAMAR
Dalam artikel tersebut saya hanya memberi ulasan atas beberapa pengamatan saya sepanjang muktamar yang ke-55 yang lalu. Malangnya, teguran negatif sekali lagi tidak menumpu kepada analisis yang dikemukakan tetapi sebaliknya kepada apa yang dianggap sebagai sikap saya yang dianggap tidak betul. Harap dapat tumpu pada analisis dan jangan ‘divert’ pada isu yang lain.
Sebagai contoh, bagi yang tidak faham-faham, apabila Saidinna Umar Al-Khattab disoal oleh Abu Dharr berhubung jumlah kain yang diambil Umar untuk membuat Jubah baru (sedangkan yang lain mendapat jumlah yang tidak mencukupi untuk membuat Jubah), Umar serta sahabat-sahabat lain tidak menemplak Abu Dharr dengan menjawab :-
- Wala’, wala’, wala’ – sedangkan Abu Dharr menyatakan kami tidak akan dengar dan tidak akan patuh sehingga persoalan ini dijelaskan..
- “Thiqah dan husnuh dzan ya Abu Dharr, mana tarbiyyah kamu?” kerana kenyataan Abu Dharr bagaikan menuduh Umar tidak adil.
- Tiada adab dan sebagainya. Umar pada masa itu Khalifah dan kedudukan Umar sebagai sepuluh yang dijanjikan syurga diketahui umum.
Apabila saya persoalkan kempen yang dilakukan untuk Ust Nasha melalui program Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ sepatutnya persoalan saya dijawab; begitu juga berhubung peranan kempen melalui Harakah, serta percakapan yang bercanggah sebelum dan selepas yang sekarang ini semakin jelas; ini semua patut dijawab ataupun dijelaskan sepertimana dijawabnya soalan Abu Dharr itu.
Rasulullah (SAW) dan para sahabat menunjukkan kepada kita keterbukaan dalam amalan menyoal pemimpin, kenapa kita tidak mahu membenarkan? Tarbiyyah yang macam ini pun saya tak pernah ikuti iaitu jenis tarbiyyah yang ingin menjadikan ahli PAS sebagai tukang angguk atas alasan wala’, thiqah, husnus dzan dan sebagainya.
Soal kononnya saya ini ada kepentingan perniagaan, ingin saya nyatakan disini bahawa saya adalah seorang MP full-time. Saya tiada menyerahkan apa-apa tawaran atau cadangkan untuk kerajaan Negeri Selangor, samada dari Jerman, Jepun, Australia atau mana-mana Negara sekalipun. Harap yang menuduh buktikan tuduhan tersebut. Di sini pun tidak mengapa…
insyaAllah bersambung petang esok...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Source khalidsamad.com
DATO HARUSSANI KATA TG NIK AZIZ SETUJU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO TUBUH KERAJAAN PERAK ( RUJUK MILENIA MUSLIM MEI 09 ) TOLONG SURUH SAPA-SAPA SAMAN SAT?
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteQunut nazilah memohon Allah pecah belah UMNO pun dah dah tak dibaca sbb nak berpadu kasih dengan UMNO he he
Memang betoi, senjata utama geng ustaz dlm Pas ialah wala'. Orang lain depa kata loqlaq, tak ikut usrah, tarbiyah tak masuk dan depa mengaji....
ReplyDeletekp cht ibol..
ReplyDeleteBuah durian belah Chk Iboi ada ke tak tahun ni... dah mula luruh ka belum...