boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 31, 2009

Harakah cuba berusaha nak jatuhkan integriti TG Nik Aziz ??

oleh ali :


Agak mengejutkan bila penulis membaca Harakah cetak Edisi Jumaat yang bertarikh 30 Oktober - 1 November 2009. Seperti yang tuan-tuan tahu, harakah cetak ini terbahagi kepada 2. Satu section Fokus dan lagi satu section Fikrah. Penulis hanya mahu tuan-tuan tumpu pada sectionfokus yang Headline dia bertajuk RM20 BILION HANGUS. Mari baca mukasurat N15.
Double klik pada imej untuk lebih jelas.


Tumpukan pada highlighter kaler kuning itu. TG Nik Aziz mengatakan bahawa ada rombongan daripada Sabah dan Sarawak datang ke rumah beliau dan mengatakan bahawa rakyat tidak akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dalam PAS ada pemimpin yang mahu bersama UMNO. Tup tup pada mukasurat N28 lain pulak ceritanya.




Tumpukan pada yang penulis highlightkan. Ha yang kaler kuning tu. Nampak ?? Pesuruhjaya PAS Sabah menafikan wujudnya rombongan PAS dari Sabah dan Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk mempersoalkan pemimpin yang PAS yang condang kepada UMNO.

Aik, kenapa 2 berita itu saling kontardik antara satu sama lain ?? Mana satu yang betul ?? Untuk pengetahuan tuan-tuan,
 section Fokus dicoveroleh seorang editor. Manakala section Fikrah dicover oleh seorang editor yang berlainan. Kedua-dua berita diatas berada dalam satu section iatusection fokus. Nampak macam sengaja editor itu melepaskan kedua-dua berita itu.

Mari kita bayangkan 
or let us try to imagine, kita membaca Harakah dari kulit ke kulit. Kita mulakan dengan section Fokus, mukasurat pertama, ooo TG Hadi kata TG Nik Aziz tak perlu letak jawatan. Mukasurat kedua, ishh hampeh bajet aparteid. Mukasurat 7, derih cakap ahli PAS kena bijak tapis fitnah media. Belah la. Mukasurat 9, iklan tokguru.net. Mukasurat 15, ooo tok guru cakap ada rombongan Sabah Sarawak datang jumpa. Ooo mengadu pasal pemimpin PAS nak join UMNO. Bla bla bla. Mukasurat 28, Pesuruhjaya PAS Sabah nafi bawak rombongan, eh biar benar. Tok Guru menipu ke ?? Lihat, pandai tak editor tu memainkan minda pembaca Harakah. Dia berjaya menjatuhkan integriti TG Nik Aziz. Dalam pada yang sama menjatuhkan air muka TG Nik Aziz pada mata pembaca Harakah. Oh my god. Apa sudah jadi ?? Salah seorang ahli lembaga pengarah Harakah ialah Mustafa Ali. Adakah Mustafa Ali telah mengarahkan editornya untuk menjatuhkan integriti dan kredibiliti TG Nik Aziz sebab tidak puas hati dengan mesyuarat khas pada Rabu malam Khamis yang lalu ??

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia berjangkit kepada 
paper Siasah. Tuan-tuan sedia maklum yang paper Siasah ini juga bawah kawalan Parti PAS. Lihat paper Siasah yang terbaru iaitu yang bertarikh 1 November 2009. Lihat tulisan Suhaimi Embong mengenai TG Nik Aziz.

Tidak semena-semena Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantanmelemparkan bom jangka dengan meminta PAS Pusat mengadakan Muktamar Khas untuk menggantikan pemimpin yang TIDAK DISUKAINYA dengan mengikut kaedah yang dilakukan oleh MCAbaru-baru ini?… dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri.

Tindakan Mursyidul Am PAS kebelakangan ini JELAS MEMENINGKANramai pemerhati politik dan juga ahli PAS sendiri bila beliau menganggap Muktamar Khas (EGM) dengan Mesyuarat Khas PAS Pusat itu sama sahaja, ia dapat DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN HASRATNYA kepada pemimpin parti…” dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri. 


Nampaknya masih ada lagi golongan yang tidak berpuas hati. Bukan hendak tuduh tetapi tuan-tuan sendiri boleh lihat bukti yang penulis paparkan. Agenda Task force 2010 masih berjalan. Maleh den nak cito pasal Suhaimi Embong ni. Yang boleh penulis simpulkan pasal Suhaimi Embong ini ialah dia ini pro "Unity Government" dan sangat anti Erdogan. Untuk analisis lanjut boleh baca analisis Zainulfaqar disini. Ada isu pasal plagiat dalam analisis tu. Haa ha ha. Brader Mat Saman Kati pun tengah ketawa besar bersama den bilo baca entry ni. Ha Ha Ha.



Link : baganutama.

9 comments:

  1. Salam Bro MM,

    Selagi 4 ekor keldai bawa kitab tu ada dalam PAS, kisah ini akan terus berlanjutan.

    Senyap lima enam bulan lepas tu timbul balik..., AWAS pada awal tahun 2010... mungkin ada sisipan berkenaan UG dalam setiap keluaran Harakah.

    Itu perancangan depa... untuk menanamkan kepercayaan penyokong kepada isu UG. Memang licik.... taktik umno/yahudi telah menyerap dalam PAS.

    ReplyDelete
  2. lu tgk sini sama bagaimana balaci stapa jatuhkan TGNA...

    tuan/puan sila baca sini...

    http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/30/suhaimi-embong-hentikanlah-kerja-kotor-mengampu-dan-hina-tok-guru/

    ReplyDelete
  3. saya sokong article ini. saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

    saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

    ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

    yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham sebabnya.

    Pas ini pas bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR....sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH

    ReplyDelete
  4. ANA CADANGKAN KITA LANCARKAN KEMPEN BULAN TANPA HARAKAH,BARU PADAN MUKA CG TOPA

    ReplyDelete
  5. Jahanamlah PAS kalau tak ikut nasihat Mursyidul Am...

    ReplyDelete
  6. SILA BACA INI KELUHAN NIK AZIZ

    Wibawa Nik Aziz mula santuni DAP Perak
    http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/31/wibawa-nik-aziz-mula-santuni-dap-perak/

    IPOH, 31 Okt. | Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.

    “Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS NEGERI TIDAK LAGI MENJEMPUT SAYA DALAM PROGRAM PARTI, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak,”

    Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana PEMIMPIN PAS TIDAK LAGI MENJEMPUTNYA, DISEBABKAN BELIAU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

    Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

    “Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal…dia (manusia) kata dia cipta (dunia)…Umno tak kenal pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan…dia (Umno) anggap bumi ini dia punya,” jelasnya.

    Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

    “Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka…supaya kenal-mengenal…saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat.”

    “Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham,” jenaka Nik Aziz lagi.

    Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

    “Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran.”

    “Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis tapi nabi kata: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi,” tegas Nik Aziz lagi.

    Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

    Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

    Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

    “Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundimantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kena Tok Guru, Hj. Nizar lah,” jelasnya.

    Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

    Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat teru bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

    Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

    Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

    Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu belakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

    Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. -END

    ReplyDelete
  7. sebab mereka tahu nik ajis boleh diperkuda sementelah dendam dan benci pada Melayu UMNO masih membara...malang sungguh nasib nik ajis..dibenci bangsa sendiri..dijulang alkafiri

    ReplyDelete
  8. wei isa..hang harus muhasabah diri hang dan seluruh jemaah hang..tuhan sedang menurunkan bala kepada PAS atas setiap doa dan kata2 nista pada UMNO..so,tak payah nak salahkan UMNO berterusan ,takut PAS akan tinggal hamPAS

    ReplyDelete
  9. BOIKOT HARAKAH dan BOIKOT SIASAH

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari