boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, January 31, 2010

Aduka Selamat Sudah, Dugong Darat Bila lagi..

Salam Sejahtera,

Masih belum terlambat lagi, aku pun ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru.... buat Saudara Khairul Nizam dan Khairuz Asyikin.

Mula-mula Aduka SMS dan email kat aku bagi tau yang ia nak melangsungkan perkahwinan, selepas itu banyak SMS yang aku terima daripadanya, sehinggalah selesai upacara pernikahannya pada 17 Dis 2009 yang lalu, sehari lepas tu ake terima SMS lagi darinya, gembira rasa dari tulisannya itu, tengah bergambar katanya....

Sehari sebelum kejadian malang yang diterima oleh Aduka, beliau menghantar lagi sekali e-mail kat aku dan beberapa orang sahabat menjemput ke rumahnya di Paroi, siap bagi plan rumahnya.

Terima kasih Aduka, Kerana Tak Lupa Menjemput Aku...

Memang aku bercadang -cadang tu memang teringin sangat nak pergi walaupun jauh, bayangkan dari Seri Manjung ke Seremban mau 400 km lebih, bukan apa.. dari sini boleh bertemu dengan kekawan blogger lain,,, tetapi sayang banyak perkara yang belum selesai, aku renovate rumah hampir 2 bulan lebih, semalam kira baru selesai, si Mat Indon Haikal yang jadi tukang buat rumah aku tu pun semalam mai ambik baki wang upahnya sebanyak RM 2,000.oo lagi.

Sungguh pun siap dari segi tukang, tetapi kemaskini segala-galanya, masih belum selesai, banyak lagi yang perlu aku kena last finishing, sehingga malam ni pun, masih belum siap seluruhnya, masih ada lagi...

OKlah Aduka, kalau nak Honey Moon tu, marilah ke Pulau Pangkor, cuti-cuti dalam Malaysia, boleh singgah kat rumah aku...,

Ha ha,,, Aduka dah tamat zaman bujang Taruna nya,,, tinggal sorang lagi kawan aku,, tu si Dugong Darat, nak tunggu bila lagi,, aaaaa, ada sorang lagi terlupa .... Cenangau.Cenangau pun teruna lagi tu..,oiii nak tunggu tahun bila,,, rugi oiii, barang koi naik,,

Saturday, January 30, 2010

Ini Dia Pahlawan Tua Melayu..

Ha ha ha.., Orang kalau dah gila, macam-macam jenis gila..., ni yang sorang ni pun kira gila atau separuh gila, gila apa...., gila dari mamak nak jadi melayu....Hidup melayuuuu.



Sanggup dok tahan kepala, syarat popular semula...., dalam perjumpaan UMNO , ahli UMNO dah tak layan dah,,, dah tak ada apa-apa projek..... dah tak masyuuukkk

Ha ha... simangkok gila meroyan yang rajin dok layan dia ni...semangat tu tu dengan tengkolok..., macam raja ada sekali padang..., kalau dah raja jangan dok kutuk pula, kang naya....

Awas.., keris dah mula huloq,.., penumbok dah genggam dah, siap sapa yang nak kena lepas ni,, keris hitam tu..., black metal punya ka atau Parpu Kari punya keris tu...

Gambar Ehsan dari Malaysia Insider...

Berat Sebelah.

Salam Sejahtera..

“Keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat menggantung Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada Datuk Hasan amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali,”

Ha tu dia..., itu baru Pemuda,, baru ada ummpph.. sikit, lama dah tak dengar suara-suara pemuda sebegitu...
Tahniah buat saudara Abdullah Abdul Karim Exco Pemuda PAS.


Kenapa boleh jadi begini, aku dah tak mampu nak komen banyak-banyak, lantak pi lah...., selagi aku mampu larat ikut, ikut lah..., kalau aku dok rasa lain macam aja,,,, serupa lebih kurang macam hak sana juga...., baik dok diam-diam...

Kalau dulu aku dok merapu hak belah sana banyak yang tak betoi..., rupanya hak dalam kelambu sendiri pun dan nak serupa juga dah..., apa ke hai....



Friday, January 29, 2010

Berkabung, Mari Kibar Kibar Bendera Separuh Tiang..

Salam Sejahtera...

Balik dari Surau tadi, dah lewat dah, hampir jam 10 mlm, kuliah Ustaz Wan Tarmizi dari Ipoh. agak lama juga, kemudian diikuti dengan program sembahyang hajat yang bermula dari malam semalam...,

Baru saja aku nak masuk bilik air, hand phone dah berbunyi, ingat kut si Haikal Budak Indonesia Tukang Rumah yang call, sebab hutang aku padanya masih berbaki RM 2,000 yang belum berbayar..., rupanya salah tekaan ku itu... Siapa yang call...

Rupanya sahabat lama yang jarang sekali-sekali call aku, sapa dia...Dr Wahab yang call, aku dah dapat agak dah..., sebab dulu sekali malam juga ia call, ada cerita, bukan cerita... luahan perasaan, kesedihan apa yang berlaku petang tadi, kalau dulu beliau talipon aku atas kekecohan kerjaan perpaduan, kini masalah keadilan.

Aku mulanya malas dah nak dok bising atas apa yang berlaku, tapi bila sahabat orang lama dah call, umpama memberi motivasi kat aku, semangat naik naik balik syeikh...

Apa tidaknya, kalau minggu lepas rakyat Johor terasa sedih diatas mangkatnya Sultan Johor, dan mereka berkabung kesedihan, maka mulai malam ini aku pun nak berkabung dengan mengibar bendera PAS separuh tiang, diatas apa yang berlaku kepada pimpinan, nak lawan tak boleh boleh.... kena wala.. dengar nasihatlah sikit..ni baca nasihat Ust Zulkarnain , jadi yang boleh hanyalah kibar bendera separuh tiang, tanda berkabung hilangnya keadilan dalam parti aku...
Cukuplah, aku malas nak pot pet pot pet banyak-banyak, nanti kang ramai ahli-ahli yang sentiasa wala' dok marah kat aku. lani ni pun ramai yang dah marah, tapi kalau ikut rasa memang aku tak puas hati, perasaan sedih menjelma kembali sama seperti selepas Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas...

Virus Sindrom Gesa Letak Jawatan Menular Kepada UMNO.

Salam Sejahtera..

Kesian...., Kesian..., Kesiannn...., kenapa kesian?,,, kesian .., kesian sungguh kat mamat sekoq ni,,,,

Apa tidaknya, ia dok sibuk mensasarkan mencari ahli baru golongan muda untuk parti UMNOngok, kononnya dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pucuk pimpinan parti itu.
Berita Selanjutnya

Tetapi itulah budaya UMNOngok, adakah anak buahnya tak reti bahasa, atau pun sengaja buat-buat ngok entahlah,

Apa tak Ngoknya, barisan Exco mahukan si mamat ni sebagai Ketua pemuda meletak jawatan ... apa tak percaya?.... Betui ma... Lu boleh baca SINI


Fui yooo... selupa MCA maa,,,,. PPP pun itu macam juga,....

Ha ha inilah salah sorang blogger yang menjadi musuh nombor wahid menentang Khairy sebagai Ketua Pemuda....

Aku tak kenal siapa dia ni,, tapi inilah mangkok yang selalu dok maki hamun kat Nizar dan pimpinan PAS, dia nilah....

Hangpa perati betui-betui.., ada rupa melayu ka dia ni... tu pun jangan dok apa-apa, dia dok perasaan yang UMNO parti dia..., masaalah betui kalau manusia yang dah gila kemudian tak kenai asal usul diri sendiri,,,.

Pasai apa dia ni jadi macam ni,,,, ha ha.. dia dok nampak dah, geng spesis dia pun dah jadi MBH Perak, ...

Oii Orang Melayu UMNO... tolong celik mata sikit, yang hangpa dok jerit melolong siang malam macam nak rak dengan ketuanan Melayu, melayu, melayu.., MB Haram Perak tu apa cerita....., jadi kalau hang nak orang Melayu, sama-samalah pakat doakan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan agar DS IR Nizar sebagai MB Perak pada 9 Feb 10 nanti....




Terma Kasih Ku Li....Apa Pula Jawapan Dari pengkianat...

Salam Sejahtera...

Terjawab sudah segala apa yang dibangkit oleh Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini, Kalau tak silap isu mula dibangkitkan ketika PRK Manik Urai tahun lalu, lalu pihak UMNO kononnya akan wakil Petronas untuk menerangkan segala isu berbangkit, namun sampai sekarang haprak..

Sehinggalah malam tadi Ku Li selaku orang lama yang membuat kenyataan " Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974. Seterusnya.

Berita mengenai isu Royalti ini setelah aku dok semak, hanya di Malaysia Insider sahaja yang menyiarkannya, kalau di Bernama, BHarian, UM Online dan yang sewaktu dengan tak ada pun kelihatan, cuma yang ada di Portal Agenda Daily, itu pun ciput aja beritanya.....

Ku Li ulangi Kelantan berhak dapat royalti minyak

Ribuan orang hadir di majlis ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah mengenai isu royalti minyak di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu Khamis malam.Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri yang lain termasuk Datuk Husam Musa.Dalam ceramahnya Ahli Parlimen Gua Musang itu antara lain mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa negeri itu
berhak mendapat royalti minyak seperti Sabah dan Sarawak.Menurutnya royalti yang patut diterima ialah lima peratus.Katanya wang ehsan bukanlah royalti.Tengku Razaleigh juga menegaskan beliau tidak peduli apa orang nak kata tentang kehadiranya di ceramah anjuran Gegar itu dan dihadiri oleh pimpinan PAS.-28/1/2010

Dua tiga hari sudah, seorang manusia yang berjiwa semangat melayu perkasa kononnya mencabar Kerajaan PAS Kelantan supaya membasa kes isu royalti ke Mahkamah, biar mahkamah sendiri yang tafsirkan....

Oii Mangkok ,,, kes isu Royalti Minyak Terengganu dah 10 tahun berlalu, mahkamah masih lagi tak bagi keputusan,,, apa cerita..., lu punya suggestion ni, bikin kacau saja la,,,, bila bawa ke mahkamah, kes tutup la.. tak boleh bising, nanti PRU13 susahlah... tak bawa mahkamah pun, bawa songkil sikit saja dah nak bagi RM20 juta dalam wang ehsan, ada pulak,,, sebelum ni kata tak berhak...


Sapa yang kata tak berhak tu...., ha... tu 2 ekoq lagi tu..., sorang tu dah tak diterima oleh rakyat Kelantan, kalah di DUN Perupok dan Parlimen Bachok, di pungut oleh Najib, bagi Senator jadi Timbalan Menteri Kewangan, maka apa lagi, berkokok sakanlah, umpama Red Indian dapat senapang, habis semua nak ditembaknya, sanggup jadi pengkianat kepada kaum kerabat suku sakat sendiri....

Yang sorang lagi ni pun pengkhianat juga, kesian kat dia, di persenda oleh oleh Ku Li, sesama UMNO juga,,, apa kata Ku Li....,

Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga anggota Kabinet persekutuan, sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” kata beliau diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan kepada kerajaan negeri.


Apa pun, kita tunggu apa jawapan dari orang No1 PM !Malaysia lepas ni, dan orang No 2 Mat Sembab,....ku lagi hangpa nak kelentong rakyat...Berahim Ali dalam bab ni dia tak boleh nak sibuk tolong jawab, pi main jauh-jauh... syohh, syohhh.....

Thursday, January 28, 2010

TGNA dah melaksanakan kerja dakwahnya..



KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam,

Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan

paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.
Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang

tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang

mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.
Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling

Jaya, Selangor.
PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.
Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.

Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.
Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."

Sumber : harakahdaily..

Komen: UMNO yang sudah 53 tahun memerintah, tak ada pula MB-MBnya yang melakukan seperti TGNA lakukan, kalau Perdana Menteri lagi lah..., yang ada pun bersama-sama rakyat tengah malam tunggu jam 12 sambut tahun baru dan hari kebangsaan...

Dulu tak ada JAKIM, sekarang dah ada, pun sama juga.. apa yang UMNO buat kerja Islam... ada .. sapa kata tak ada..., satu sahaja .. jadilah pada tak ada langsung, melaksanakan kutipan Zakat & Fitrah secara bolot dia sorang, kumpulan lain tak boleh....


Gula-gula Pilihanraya - DUN Perak akan Bubar..

Salam Sejahtera...

Proses hak milik tanak akan disegerakan... Kat mana... berdekatan dengan kampung asal aku, kalau kawasan tu setahu aku kaum India yang ramai, apakah ini sebagai umpan nak undi kaum India untuk PRK Negeri Perak. Berita selanjuntnya

Awas YB Tai Sing Ng... Itu UMNO sudah mau kacau, kerja baik-baik.... Nanti susah ooo, itu jam Datuk IR Nizar pun sibuk mau jaga DUN Pasir Panjang....

Penjelasan dari YB Khalid Samad..

The Sultan and I
Posted on Tuesday, January 26 @ 19:59:38 PST by Paktam

Oleh Khalid Samad

Salaam dari Timur Tengah,

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda Sultan
Selangor. Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam.

Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan.



Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”.

Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan murka terhadap saya.

Maka bersoraklah kumpulan-kumpulan UMNO tegar dengan berkata “Khalid dimurkai sultan”. Begitu jugalah NGO-NGO UMNO yang muncul di merata rata tempat. Tumbuh bagaikan cendawan selepas turunnya hujan.

Bagaikan langau di timbunan sampah yang ingin menangguk di air yang keruh.

Keadaan sebenar adalah seperti surat yang dipamirkan beberapa hari sebelum ini di blog saya.

Maka teramatlah dukacita golongan-golongan ini namun mereka terus dengan usaha durjana mereka dan dibuatlah laporan polis oleh berpuluh-puluh NGO jelmaan ini.

Mereka baru muncul entah dari perigi hantu yang mana tiada siapa ketahuan. Tidak kedengaran akan kewujudan mereka sebelum dari ini dan mungkin juga tidak akan kedengaran lagi selepas ini. Mati ditanam di kubur yang tiada bertanda.

Selepas dipelahap segala peruntukan, maka hilanglah mereka bagaikan bayang-bayang diwaktu senja.

Saya difahamkan Kementerian Belia mempunyai peruntukan untuk NGO bagi golongan belia dan pemuda UMNO di seluruh negara diminta mendaftarkan NGO-NGO mereka supaya dapat disalurkan peruntukan ini kepada mereka.

Habis lagi wang rakyat dipelahap golongan ini. UMNO tidak berubah dan tidak akan berubah. Duit, duit, duit, itu sahaja matlamat mereka dan kekuasaan yang dikejar adalah bermatlamatkan ini. Hanya kekalahan mutlak akan melenyapkan mereka.

Sudah, cukuplah dengan kisah mereka itu. Saya rasa ramai yang ingin mengetahui apa yang telah berlangsung semasa saya mengadap DYMM Sultan Selangor. Saya tidak boleh menceritakan semua dan sememangnya saya tidak bertujuan untuk mempolitikkan institusi ke Sultanan Selangor.

Oleh itu yang akan saya ceritakan di sini hanya sekadar menjelaskan apa yang dibincang tanpa meletakkan satu pendirian politik kepada DYMM Sultan. Ini adalah kerana sebagai Sultan, Baginda adalah ‘above politics’ dan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Sebelum itu saya ingin merakamkan betapa besarnya hati saya atas kesudian DYMM Sultan mengizinkan saya menghadap dan meluangkan masa Baginda sehingga lebih dari sejam lamanya untuk berbicara.

Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. Wawasan terhadap pembangunan Bandar Raya Shah Alam

Inilah matan utama disebalik pertemuan dan perbincangan yang diadakan. Baginda menjelaskan wawasan yang ingin dilihat melalui pembangunan yang terancang, bersama banyaknya kawasan-kawasan lapang yang disertakan tempat-tempat beriadah untuk warga Shah Alam. Kehidupan yang selesa tanpa sebarang bentuk kesempitan pembangunan yang sering digelar ‘concrete jungle’.

2. Persoalan Enakmen-Enakmen Negeri dan isu kalimah ‘Allah’

Baginda menegaskan kepada saya bahawa persoalan ini tidak patut dipolitikkan dan dipolemikkan. Sekiranya ada cadangan yang ingin dikemukakan, maka ianya perlu diserahkan mengikut prosedur dan peraturan iaitu dengan menulis secara rasmi dengan menjelaskan mengapa dan apa yang perlu dikaji semula. Pada masa yang sama cadangan berhubung perubahan-perubahan yang ingin dilakukan boleh dikemukakan, termasuk, menurut Baginda, “syarat-syarat yang ingin dikenakan sekiranya penggunaan kalimah ‘Allah’ ingin dibenarkan kepada yang bukan Islam. Jangan sekadar menyatakan secara umum ‘dikenakan syarat’, tetapi dijelaskan apa syarat-syarat berkenaan”.

Saya sempat menjelaskan kepada Baginda Sultan bahawa sememangnya kami (PAS) tiada niat untuk mempolitikkan dan mempolemikkan persoalan ini dan begitu jugalah rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Kami (PAS, terutamanya sayalah kot?) hanya memberikan respon kepada suasana di mana ada ‘pihak’ yang ingin mengapi-apikan suasana. Mereka memberikan gambaran bahawa orang Kristian menghina Islam dan mencemar kesucian kalimah Allah dan oleh itu ummat Islam harus bersatu untuk menyanggah tindakan golongan Kristian. Dalam suasana begitu kita terpaksa tampil ke hadapan untuk menafikan dakwaan golongan ‘provokator’ ini demi menjamin ummat Islam tidak tertipu dengan rethorik mereka. Melalui respon sebegini, maka ummat Islam akan dapat mendengar perspektif yang jelas berbeza dan dengan itu keselamatan dan ketenteraman negara dan negeri Selangor lebih terjamin. Lebih-lebih lagi apabila tafsiran dan kesimpulan golongan provokator ini adalah jauh dari kebenaran yang sebenarnya.

Baginda Sultan menegur saya kerana mengikut laporan akhbar saya mengatakan enakmen berkenaan ‘ketinggalan zaman’ dan ‘buruk’. Saya sempat menjelaskan bahawa itu adalah perkataan yang digunakan wartawan, bukan perkataan saya. Apa yang saya nyatakan adalah bahawa undang-undang pentadbiran seperti enakmen-enekmen berkenaan telah digubal berdasarkan keadaan dan suasana tertentu pada ketika ianya digubal. Sekiranya suasana dan keadaan berubah, maka undang-undang tersebut perlu berubah bersamanya. Oleh itu kesesuaian enakmen-enekmen ini perlu dikaji dari masa ke semasa.

Dalam persoalan ini, kesimpulannya adalah bahawa kami (PAS) telah dikehendakki mengemukakan cadangan yang lengkap dan sempurna secara rasmi. Perkara ini akan saya serahkan kepada PAS dan rakan angota PR untuk memikirkannya.

Pada masa yang sama molek juga sekiranya dicadangkan pindaan terhadap enakmen yang berhubung dengan persoalan tauliah. Supaya pemberian tauliah lebih mudah dan lebih telus dan penarikan balik tidak juga dilakukan secara sewenang-wenangnya.

3. Persoalan Menghormati Institusi Raja

Saya juga mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa PAS menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan tiada apa-apa niat untuk mencabar atau menjatuhkannya. Saya menyebut bahawa selama ini, oleh kerana kami sebagai pembangkang, maka tiada peluang untuk mengadap dan menyatakan pendirian kami dalam persoalan ini. Pada masa yang sama, terdapat ‘pihak’ yang telah menggunakan kedudukan mereka untuk menyebarkan fitnah bahawa PAS dan juga PR tidak setia kepada Sultan. Mereka ingin menimbulkan kesangsian terhadap kami, sedangkan kami menghormati institusi raja sebagai sebuah institusi yang ‘above politics’ yang boleh menyatu-padukan rakyat jelata. Strategi ‘pihak tertentu’ untuk melagakan PR dengan raja adalah satu strategi yang akan terus usahakan walaupun ianya satu pembohongan yang nyata.

Baginda Sultan menyatakan kedukacitaan Baginda terhadap amalan ‘biadap’ terhadap institusi raja, khususnya oleh bloggers yang Baginda sebut sebagai ‘fan-club’ saya. Saya menjelaskan bahawa saya sendiri tidak pernah biadap terhadap institusi raja dan begitu juga pimpinan PAS mahupun PR, termasuk pimpinan di Perak. Kata-kata dan tulisan yang keterlaluan oleh mereka-mereka yang menyatakan sokongan terhadap kami adalah sukar untuk kami kawal. Ianya mungkin berlaku oleh kerana tanggapan dan mungkin juga gambaran yang ditonjolkan oleh ‘pihak tertentu’ bahawa raja-raja Melayu adalah bersama mereka. Kaedah dan pendekatan yang sebegini adalah amat berbahaya dan merupakan usaha mengheret institusi raja ke kancah politik sehingga dilihat berpihak kepada satu parti sahaja.

Baginda Sultan menyebut bahawa Baginda tidak berpihak dan apa yang diinginkan oleh Baginda adalah untuk melihat yang terbaik bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Saya menjawab bahawa saya, bagi pihak PAS dan PR, akan berusaha untuk mempertahankan institusi raja-raja sebagai institusi yang bebas dari fahaman politik kepartian. Saya akan juga mengingatkan rakyat, termasuk para bloggers mana-mana ‘fan-club’, untuk menghargai institusi raja-raja dan peranannya dalam sistem Demokrasi Berpelembagaan sebagai salah satu institusi ‘pengimbangan’ yang berkesan. Usaha untuk mengelabui mata rakyat bahawa kononnya raja-raja adalah pro parti tertentu dan hanya golongan ini sahaja yang pro Raja-Raja Melayu perlu dibenteras dengan serta merta.

4. Kunjungan Hormat oleh Ahli Parlimen PAS

Saya juga berkesempatan untuk menyebut bahawa kesemua ahli-Parlimen PAS Negeri Selangor ingin melakukan kunjungan hormat terhadap Baginda Sultan sepertimana yang saya lakukan. Bginda menyebut kesediaan Baginda untuk bertemu setiap wakil rakyat Negeri Selangor dan Baginda menghormati hakikat bahawa kita telah dipilih oleh rakyat Selangor di kawasan yang kita bertanding. Baginda menyebut mereka perlu menulis kepada pejabatnya, sepertimana saya dan Baginda akan berusaha untuk menetapkan waktu yang sesuai untuk bertemu dengan mereka.

Saya merasakan kagum dengan kesediaan dan keterbukaan Baginda Sultan Selangor dalam persoalan ini. Saya amat berharap agar melalui kunjungan hormat yang sebegini Baginda Sultan dapat mengenali wakil rakyat PAS dan dengan itu menilai pendirian, sikap dan kesungguhan serta kemampuan kami menerajui Negeri Selangor.

Melalui pertemuan seperti ini, adalah diharapkan agar Baginda Sultan dapat membandingkan kami dengan wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dan seterusnya dapat melihat bahawa harapan untuk sebuah Selangor yang maju dan makmur tidak pernah terletak bersama golongan ini. Juga bahawasanya terdapat sebahagian dari rakyat Baginda di kalangan orang Melayu Islam negeri Selangor yang tidak korup, tidak tamak dan tidak mementingkan diri, yang ikhlas melibatkan diri dalam arena politik bukan untuk mengkayakan diri dan kroni, tetapi atas dasar prinsip dan semangat perjuangan dan pengorbanan yang kental.

Apa kata pepatah Melayu? Tidak kenal maka tak chenta? Selama ini tidak berpeluang untuk mengenalkan diri, maka sekarang perlulah dimanfaatkan sejauh mungkin.

5. Meninggalkan Istana Bukit Kayangan

Melihat jam sudah 12.45 tengah hari maka pertemuan terpaksa ditamatkan. Saya amat menghargai peluang yang telah diberi untuk mengadap. Begitu juga dengan teguran-teguran serta nasihat yang telah diberikan. Saya meninggalkan majlis selepas bersalam dan mengangkat sembah dan sejurus itu amat terkejut dengan berpuluh wartawan yang menunggu di pagar yang entah sejak bila. Pada mulanya saya ingin terus jalan tetapi memikirkan bagaimana mereka telah sabar menunggu, saya berhenti seketika sekadar menafikan saya telah dititah untuk mengadap kerana Sultan murka.

Seterusnya saya ke Masjid Batu Tiga, Masjid ‘Fastabikul khairat’, kerana dimaklumkan bahawa Dato’ PJ akan berkhutbah di sana. Selepas itu saya terus ke Sri Gading, Johor, untuk menghadiri program ‘Sehari bersama YB Shah Alam’ yang bermula denga Hi-Tea, diikuti Kuliyyah Maghrib dan berakhir dengan ceramah umum.

6. Jawatankuasa Disiplin

Pada pagi yang sama saya telah dihubungi oleh Jawatan Kuasa Disiplin, meminta saya datang ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Saya menjawab tidak mungkin, kerana ada pertemuan menghadap Sultan. Lepas Solat Jumaat saya dihubungi sekali lagi, meminta saya ke Pejabat Agung pada jam 3 petang. Saya meminta maaf sekali lagi, kerana ada program di Sri Gading.

Akhirnya saya difahamkan pertemuan dengan JK Disiplin akan diadakan pada 29 Januari ini. Namun saya sekarang sedang berada di Saudi untuk beberapa minggu. Saya memaklumkan kepada Tuan Ibrahim akan perkara ini dan meminta agar saya diwakili oleh seorang sahabat yang akan berbicara bagi pihak saya. Tuan Ibrahim membenarkannya.

Saya berharap agar isu ini selesai dengan sebaik yang mungkin dan secepat yang mungkin. Supaya kita boleh kembali memberi tumpuan kepada persoalan menumbangkan UMNO. Kerana Malaysia akan lebih aman tanpanya.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

Kalau UMNO apa saja pun boleh...

Salam Sejahtera..

Dalam suasana arus politik panas, rupa-rupanya parti gerombolan UMNO buat hal lain pulak, mereka sanggup melakukan apa saja, asalkan imej parti mereka sentiasa ummph.........., Lihat sajalah apa yang mereka lalkukan.... double click pada imej untuk paparan lebih jelas..



Sumber : beritasemasa.



Wednesday, January 27, 2010

Kes AJK UMNO Tasek Gelugor - Selesai Sudah..


Salam Sejahtera..

Posting pertama dan kedua ada menceritakan kisah si Datuk Muhamad Mustafa Idrus yang hebat dengan bininya, kini terjawab sudah bila Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini membenarkan tuntutan cerai fasakh antara Mastura Bakar dengan ahli perniagaan, Datuk Muhamad Mustafa Idrus setelah meneliti bukti dan keterangan yang diberikan.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin Mohd Yunus menganggap Mustafa tidak berminat untuk membuat pembelaan kerana tidak pernah hadir pada setiap prosiding yang berlangsung.

Tahniah Tuan Hakim, kerana memberi keputusan yang sepatutnya untuk wanita-wanita yang teraniya dari tangan-tangan ganas ahli UMNO.....

He he.. mana berani nak tunjuk muka kat public, sebab dah hebat sangat... hebat pun dengan wanita yang lemah... apa hal..., ish-ish buruk sungguh perangai AJK UMNO yang sorang ni....

Satu hal lagi, kesian pada si janda ni, lepas ni bekas madunya pulak, penyanyi Nuraniza Idris akan menyamannya pulak, sebab mengaitkan namanya dalam mahkamah,,, amboi... sebut nama pun tak boleh, bukan perkara tak betul....,, puncanya kenapa ... Si Datuk AJK UMNO inilah...., semua sapu..., pantang tengok ... fuiyo... ada member kata dia ni tokey kopi janda...

Berita Berkaitan : mstar

UMNO Meminati Barangan Terpakai..

Salam Sejahtera...

Hairan juga ya,,,. Dalam negara Malaysia yang dikatakan Demokrasi Raja Berpelembagaan ni, ada juga kumpulan manusia yang meminati barangan buangan, barang yang tak diperlukan lagi, tetapi masih ada yang meminatinya...

Mungkin ini secara kebetulan atau tidak wallah huaklam, cuma
apa yang aku tahu, sang ketua No 1 @ Presiden Gerombolan itu pun suka juga dengan barangan terpakai, malah sang presidennya sanggup membuang barangan yang didapatinya sebelum itu masih lagi ORI tetapi membuangnya kerana nak yang dah terpakai, tak tahulah second hand, ka third hand pulak...

Oii, ikut citarasa masing-masing la..., malah yang terpakai tu lebih sedap,,, lagi yang curi-curi pun lagi sedap.....

Mungkin bila yang No 1, dah sedemikian rupa, maka warga-warga gerombolan tersebut pun turut sama seperti dengan sang presiden mereka,,, lalu keluarlah suara-suara yang memberi pendapat atau pun menasihati dulu, nak ajak terus malu-malu anjing lah tu, tak nak teruk menyalak-nyalak pula....

Jadi diberilah saranan dan nasihat, sebelum dipujuk dan rayu dengan atas nama agama... Baca di SINI. Baguslah kalau dah ada Pak Sanggupnya, senanglah sikit nanti.....

Awas.. Perbuatan ini pun Menghina Sultan Juga..

Salam Sejahtera,,,

Bila saja dah bermula isu hina menghina ni, maka mulalah.. sikit-sikit isu menghina, semuanya dikategori menghina,, aduhai....

Sedangkan semua kita dah maklum, gerombolan mana yang mula memainkan isu hina dina ni... tapi nampaknya sekarang dah terbalik kot pulak... Layannnnzzz.

Apa yang aku dok nampak UMNO memang risau dengan tindakan PR menghidupkan isu-isu bubar DUN, dengan secara tidak langsung rakyat Perak sentiasa ingat apa yang telah berlaku dan tahu apa akan dilakukannya jika diadakan PRU... Tak gitu...., mampuih UMNO...

Tuesday, January 26, 2010

Marahnya Penyokong UMNO Kepada Manjungmari..

Salam Sejahtera..

Marahnya penyokong-penyokong Ketuanan Melayu kepada saudara kita Blogger AdukaTaruna sampai dengan aku Manjungmari kena tempias sama, entah macam mana pagi tadi aku terbaca dalam satu blog belah sana kat SINI.

Dalam Komentarnya rupa-rupanya blog manjungmari mereka minta dihapuskan... aku copy & paste semula...

Anonymous said...

sorang lagi blogger pas ialah manjungmari.blogspot.com kata kata dia dalam blog fuhhhhhhhhh, boleh terbalik neraka dan syurga. cuba lah layari dan hapuskan manjungmari ni.

AbgTuah said...

MANJUNGMALI NI SEORANG PESARA TENTERA YANG MAKAN PENCEN.

DULU DAH TUAH TENYEH DIA CUKUP-CKUP SEHINGGA GEMPAR SELURUH BLOGGER NETWORK..AL-BANJARI PUN TERGELAK LIHAT BAGAIMANA MANJUNGMALI KENA DENGAN TUAH. MANJUNGMALI LANGSUNG TAK BERANI BERDEPAN DENGAN TUAH LAGI LEPAS TU...HE HE HE ..

TUA ORANGNYA..



He he... terimakasihlah di atas peringatan dari orang-orang belah sana...Kelakar pun ada, apakah kata-kata yang tulis tu boleh terbalik neraka dan syurga,.. ini dah kira merapu tahap gila ni... kalau dah rasa panas juboq cakaplah panas... janganlah dikaitkan syurga dan neraka... bab Si Tuah beringus tu yang belum baligh lagi, pakai tak jadi kerja lain....

Keputusan 9 Feb 2010 - Siapa yang ...?

Salam Sejahtera..

Pada 9 Feb 2010 nanti, rakyat Perak dan rakyat Malaysia yang mencintai keadilan mungkin tertunggu-tunggu apakah keputusan dari panel 5 orang hakim mahkamah persekutuan tentang siapa MB Perak.

Setelah setahun 4 hari UMNO merompak dari PR tampok pemerintahan Negeri Perak, apakah masih ada peluang buat IR Nizar?

Kalau pada pemikiran bodoh aku, hanya 15% sahaja berpihak pada Nizar, 85% lagu ghuyup...., sebab apa! Jawapan paling mudah dan senang... Kalau Hukum Al-Quran yang terang dan nyata pun UMNO secara terang dia tolak mentah-mentah, inikan undang-undang perlembagaan yang manusia sendiri buat, tak ada hal punya...

Sifat manusia yang bekerja dengan kerajaan di Malaysia, sewaktu pangkat rendah, OK , telus dan ada intergriti, bila aja dah diberi kedudukan pangkat tertinggi, apa akan jadi telus lagi atau tidak, di mana kiblatnya selepas kenaikan pangkat tertinggi, begitu jugalah dengan hakim-hakim kat Malasyia ni pun, setakat mahkamah stesyen dan mahkamah tinggi, OK...., bila pi kat mahkamah rayuan, dan persekutuan dah jadi lain,

Ingat lagi tak bagaimana keputusan mahkamah persekutuan menghalang arahan Speker Sivakumar menggantung Zambri dan 6 EXCOnya, sedangkan secara terang keputusan Speaker tak ada mana-mana mahkamah pun boleh menghalangnya.

Bermacam-macam risiko yang bakal menunggu jika Nizar memenangi semula Jawatan MB. segala kerja-kerja dan kelulusan yang dilakukan oleh Zambri dan EXCOnya bagaimana, Valid atau tidak, Tunggakan gaji dan Elaun NIZAR dah tentu, silap-silap jawatan 8 orang EXCO lagi, dan yang paling tak tahannya bagaimana dengan air muka bekas Ketua Hakim Negara....

Kemudian satu hal yang besar lagi, jika Nizar memenangi MB semula ialah janji Nizar mahu bubarkan DUN Perak, ini salah satu membuat UMNO kecut teloq, suasana keadaan politik dan ekonomi semasa yang tidak berpihak kepada UMNO, kemenangan Isa samad di DUN Bagan Pinang tempohari pun entah berapa puluh juta RM mereka taburkan, inikan pula satu negeri Perak yang mempunyai 51 kerusi, oii banyak tu..., mana nak cari enjin jet pejuang TUDM lagi nak curi jual,, Nak jual pasir, pun dah pecah lubang dah... kalau yang ada pun hanyalah syarikat-syarikat 4D, Magnum, Genting dan TOTO yang setia membantu UMNO.

Itu semua hanyalah imiginasi ku sahaja, dari sekarang kita masih ada lebih kurang 13 hari untuk ke tarikh tersebut, sama-samalah kita berdoa, bermunajat memohon pada Allah S.W.T memberi kekuatan kepada 5 orang Hakim untuk membuat keputusan yang tepat. Apa pun keputusan dari hakim-hakim itu, kita terimalah ini sebagai ketentuan Allah, DS IR Nizar dan teman-temannya dah pun berusaha sedaya upaya, Apa pun keputusan ada hikmah disebaliknya.



Monday, January 25, 2010

Khas Buat Orang UMNO - Inikah Budaya Ahli Parlimen UMNO..

Salam Sejahtera...

Kalau dalam sidang Parlimen suara beliau bersama Ahli Parlimen Sri Gading yang sering bersuara, seolah-olah merekalah pejuang buat rakyat dan Islam.

Tetapi pagi tadi aku terkejut berok bila membaca kisah si Bung Moktar ni bersama bini barunya disebuah Night Kelab di Kota Kinabalu.

Kalau Si Bung pun artis atau pelakon yang sama jenis dengan bininya aku tak kisah, mampuih pi lah.. Ini awak seorang ahli Parlimen, sepatutnya awak didiklah bini awak tu jadi bertambah baik.

Aku tak mau nak buat tuduhan apa-apa, tapi kalau tengok muka si bung tu dah merah macam udang kena bakaq, hangpa boleh agak sendirilah.. tak payah aku nak tulis banyak...

Oii malulah sikit, aku bukan nak suruh banding dengan Nik Aziz atau TG Haji Hadi, tetapi aku nak tanya hangpa, ada ka Karpal Singh yang dah tentu kapir dok buat perangai kelaku macam ini, ada Lim Guan Eng yang masih muda umurnya dari umur aku dok perangai macam si Mangkok ni ..

Buat Bung, boleh nak buat apa pun, dalam malaysia ni, tapi letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadilah artis, kamu pun boleh belakon, joint dengan Wahid and The Gang Senario..... TV3 mesti mau ambik punya... Menteri Penerangan Rais Yatim pun setuju..

Bagaimana dengan penduduk dan pengundi Kinabatangan yang sedang menghadapi musibah banjir, sedangkan ahli Parlimennya berseronok suka dengan bini baru, pengundi mampuih pi...
Kasihan pengundi Parlimen Kinabatangan...






Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari