boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 22, 2011

Cukuplah Dato Mustaffa Ali...Biarlah Dr Hassan terjun dengan motivasinya..

Rasa-rasanya semua ahli dan penyokong PAS dah tahu sikap sebenar siapa Dr Hassan Ali yang terkenal dengan skim MLMnya sebelum ini,,, Kemudian kecoh pula dengan bermacam-macam cerita, sampai berbuih blogger Tulangbesi (Malaysiawave) membuat laporan....


Kami tahu Dato sebagai SUA PAS, layak memberikan penerangan walaupun PAS ada Ketua Penerangan, sebab Dato ialah Otai dalam PAS....

Tetapi demi survival PAS untuk PRU13 ni, sudah-sudahlah Datuk,, biarlah Hasan Ali tu nak pi kemana pun,, biarkan dia,, tak payahlah nak dok pi buka cerita dia macam-macam,,,

Nanti kang kalau dia pulak dok buka cerita Dato bersama-samanya dulu kan susah,,,, PAS nak lawan dengan UMNO dan BN,,, bukan nak lawan dengan Hassan Ali.... Klik SINI/


9 comments:

  1. Apa salahnya Hassan Ali? Dia cuma menjalankan t/jwb menyelematkan umat Islam drpd dimurtadkan secara terang-terangan serta bukti yang jelas. Kenapa org Pas yang khabarnya memperjuangkan Islam boleh duduk diam tak berbuat apa-apa. Lagi pun, itu kan sememangnya portfolio Hassan Ali dlm Pas. Apa lagi silapnya di sini?

    ReplyDelete
  2. pakar moti basi...jelak dah aku dengar nama hassan ali ni

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum,
    Dalam apa jua alasan dan pendekatan yang diambil oleh kedua-dua pemimpin ini,pada saya telah memperlihatkan sikap yang kurang matang dan cakap tak serupa bikin!

    Soal pokok disini bukanlah berkisar kepada Hasan Ali atau Nasharuddin Mat Isa masuk UMNO atau yang seangkatan denganya. ISU pokok adalah mereka berdua ini telah membukakan KOTA yang telah sekian lama dipertahankan dari dimasukki musuh atau mungkin sekali telah mendedahkan rahsia KELEMAHAN parti yang didokongnya kepada musuh. Cabaran dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali jelas sekali telah menampakkan sikap "KURANG ASAM" seorang pengikut kepada sebuah parti atau organisasi berdaftar seperti PAS. " Saya hanya taat kepada ALLAH hatta tidak sesekali kepada Presiden Parti", apa ni? Inikah sikap seorang politikus yang telah pun punya kedudukan dan telah diangkat agar diktiraf sebagai wakil PAS sebagai EXCO?

    Dunia tetap dunia. Di dunia ini jalan penghidupan amat berliku dengan berbagai cabaran semasa samada dari yang berfizikal atau yang dibenarkan ALLAH bersama manusia iaitu SYAITAN! Kebesaran ALLAH telah membekalkan akal kepada setiap tubuh manusia untuk digunapakai sebaik mungkin. Setiap insan yang berilmu dan mengucap dua kalimah ALLAH pasti beriktikad yang sama dengan Hasan ALI, pertahan dan perkembangkan ISLAM. Beritorik dengan bahasa yang indah seolah dialah saja yang HERO adalah pendekatan yang amat "BANGANG". Tidak berilmukah seorang insan yang batang tubuhnya bergelar Hasan Ali dalam kontek politik Malaysia? Perlukah Hasan Ali persoalkan dasar parti ikutannya setelah isu beliau tidak dicalonkan ditimbulkan oleh Saari Sungip? Dimana dakwah yang diwawarkan oleh Hasan Ali? Bermusuhkah beliau dengan Saari Sungip? Kenapa tidak berdepan dan berbicara secara orang yang matang dengan Saari Sungip sendiri?

    Bertutur dengan tiada penghormatan kepada Presiden parti sendiri sewajarnya Hasan Ali perlu diberi ruang kepada untuk beliau "SEDARKAN DIRINYA". Biarlah Hasan Ali pergi, PAS tetap PAS? Siapalah sangat Hasan Ali terkini jika beginilah tindakanya? Kalau pun Hasan Ali tidak berniat untuk tinggalkan PAS, Hasan Ali perlu dihukum kerana "MULUTNYA!". Sedikit sebanyak Hasan Ali telah membekalkan bahan kepada BN untuk dijadikan bahan balasan dalam apa jua isu yang dibawa oleh PR dalam PRU13 nanti."Saya tidak kisah kalau saya tidak dicalonkan pada PRU13 nanti kerana saya tetap meneruskan dakwah ke jalan Allah", itu adalah antara intipati kenyataan beliau yang saya faham. Kalau dah gitu, eloknya diam ajelah, yang berperangai macam org gila talak apahal? Ke TV, panggil wartawan,membebel kesana sini untuk apa? Beginikah sikap seorang yang cintakan kepada PAS. "PAS sekarang telah pun dimonopoli oleh para profesional dan tidak lagi golongan ULAMAK" ungkapan Hasan Ali yang saya faham, disini, Hasan Ali bersama PAS berlatarbelakangkan apa? Sebagai Profesional atau Ulamak? Layakkah Hasan Ali sebagai Ulamak atau Hasan Ali dikurniakan Allah dengan kelebihan bercakap dan bersandarkan ilmunya serta kelulusannya diatas kertas?

    Adalah lebih baik diam dari bercakap atau bertutur yang menampakkan kelemahan dan kebodohan kita? Jika Hasan Ali adalah seorang wakil rakyat yang disegani oleh pengundi dan sekelian pengikut PAS di DUN Gombak, agaknya timbulkah isu soal tidak dicalonkan? Parti politik mana tidak ingin punya calon yang berpontensi besar untuk menang? Berilah seribu alasan kepada orang lain yang kita adalah terbaik dalam segala segi tetapi mampukah Hasan Ali menipu kenyataan hati nurani jiwanya sendiri? Jangan persetankan pendapat hatimu yang jujur dengan membesarkan ruang kepada NAFSU keinginan!

    Hasan Ali harus/wajib berundur dari arena politik PAS atas dosanya pada parti. Jika ini bukan kemahuannya, PAS sepatutnya tidak payahlah kesal kehilangan seorang ahli parti yang begini sikapnya. Membiarkan Hasan Ali dengan egonya maka makin memberi ruang untuk BN menipulasikannya sebagai isu untuk PR13

    ReplyDelete
  4. hassan ali penah kata kalau x sila... bergadoh tu lebih mengenali & mendekatkn perhubungan....hahahaha........

    ReplyDelete
  5. pelik lagi ajaib.penceramah motovasi/MLM memang pakar nasihat menasihat pendengar yg hadir dalam majlis/program menjual produknya tetapi.........diri sendiri tk mahu mendengar apa yang dia sendiri cakap.cakap tak serupa bikin.cukuplah Hasan ali.

    ReplyDelete
  6. Udah le tu. Yang kome dok perapi tu apa faedahnya???
    Che angkat tangan berdoa agar boleh rapat saf? Nak lagi qiyam semalam dua mohon sungguh2. Entah-entah kome tu pun dah masuk perangkap UMNOgak? Ye ke?? Teman nengok si manjung mari ni pun banyak juga sasarnya. kekadang memalukan orang PAS seniri. Itu kalu nak cakap buruk orang..Cuba kome tembak musuh, bukan tembak kawan seniri. Ye idak.

    ReplyDelete
  7. RAKYAT DAH MENLUAQ KAT UMNGOK BRO...YANG DOP SBOK2 PI TLG UMNGOK ,...BANGGANG LA TU!

    ReplyDelete
  8. macam budak kecik bila bergaduh rioh sekampung kalau nak ikut hukum hutan kerat je kepala dua dua tu tapi ni pasal dalam keluarga sepak keluar dua ekor ni yang patut ahli pas buat pribadi apa depa pakai rasullullah tak suruh pun kalau tak puas hati berdepan bawalah 10 tan kitab tak masallah macam nurudin lawan hamzah fansuri

    ReplyDelete
  9. kome kat sini ni beso beno ke jasanya dalam perjuangan???sampe nak ngerat orang nak sepak orang..jgn diikut perasaan..moh ikut quran dan sunnah...kalu nabi, dgn munafiq pun lagi bersabar..
    jgn sebab kome jadi fitnah kepada org beriman..jgn sebab kome org jadi jauh pulak dgn Islam..mulut punya pasal..neraka juga tempatnya nanti..ingat yob!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari