boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, December 23, 2011

Leter Pagi Jumaat - Isu Arif Alfian, Dr Mahathir dengan UMNO perlu bertanggungjawab..

Marilah kita semua rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada UMNO dan 1Malaysia, kerana nama bangsa melayu telah tercipta sejarah di Malaysia dan di dunia walau pun sebelum ini yang heboh ialah paderi gay yang dok heboh nak kahwin sesama jenis pada hari merdeka.......


Heboh, kecoh seluruh negara...... bila ditambah dengan perhimpunan seksuality yang mana dato Ambiga menjadi mangsa......

Namun kini pusingan U-turn.... Melayu yang mencipta sejarah Malaysia dan dunia... Tahniah....


kahwin513

Tak hebat kah ini, muka melayu, pakaian melayu siap bersampin songket lambang melayu Malaysia..... hebat kan,,, ini yang pemimpin UMNo mahukan... mencipta nama di persada dunia.....

kahwin2-513


kahwin4-513

Sering kita dok dengar sebelum ini, negara memerlukan rakyat yang cerdik pandai,,, maka inilah hasilnya,, rakyat dah terlalu cerdik dan pandai, pandai meniru budaya luar,,, hebat kan... kenapa boleh jadi begini.... bukan aku nak menuding jari,,

Tetapi inilah satu kenyataan... ingat kembali beberapa belas tahun yang lampau,, bagaimana sekolah-sekolah agama dan sekolah agama rakyat dicop sebagai tempat melahirkan extrimist agama, pejuang jihad dan berbagai gelaran yang ada kaitan dengan JI (Jemaah Islamiah) dan bermacam segala rupa...

Ini semua hasil kerja Dr Mahathir dan UMNO yang seangkatan dengannya,, semua peruntukkan bantuan kepada SAR ditarik balik, aku masih ingat waktu tu, anak-anak aku semua bersekolah di SAR, yang mana yuran sekolah terpaksa dinaikkan berganda-ganda kerana SAR tak ada peruntukan untuk perbelanjaan sekolah,, bagi yang mampu ala kadar terpaksalah berkorban ikat perut untuk menghantar juga anak-anak belajar tambahan di SAR,, bagi yang kurang mampu dan malas nak ambik kisah dan kerana waktu itu juga rakyat dimomok dengan pentingnya bahasa Inggeris sekali,

Anak-anak kita hanya ditekankan disekolah untuk berjaya di bidang akedemik,, bab sahsiah diri dan ugama masing-masinglah, terletak kepada ibu-bapa anak-anak pelajar,,,,

Maka sekarang, barulah kita terima hasilnya apa yang Dr Mahathir laksanakan kepada umat Melayu.... Memang kita mendapat rakyat yang cerdik pandai,,, tetapi keimanannya terhadap Islam hancai boncai,,, walaupun ia masih mengaku ia Islam... baca DI SINI

Itu yang terpapar di muka akhbar, bagaimana dengan anak-anak melayu lain,, yang sering kali terlibat dengan masaalah sosial, mat rempit, sex bebas dan berbagai lagi,,, percayalah,, selagi kita tidak berbalik kepada Islam sebenar,, selagi itulah umat melayu Islam tak habis-habis menerima bala dari Allah...

Sama-sama kita tunggu dan lihat kalau umur panjang, bagaimana pula hasil anak-anak dari dihasilkan dari idea Wanita Pertama 1Malaysia iaitu anak-anak PERMATA....




1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari