boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, August 6, 2013

Ha ha ha,, Timbalan menteri kata jangan panik kes tembak - Nak tau kenapa ?

Cerdik, cekap untuk menipu puak-puak anak buah Najib ni kat rakyat mereka dikawasan negeri masing-masing..

Cuba perati dan fikir tengok..



Jangan panik mengenai kes tembakan di Semenanjung

Doris Apai
 | August 6, 2013
Secara keseluruhan kadar jenayah di negeri ini adalah menurun dan jarang membabitkan penggunaan senjata ap



KUCHING: Masyarakat dinasihat jangan panik dan bimbang mengenai kes tembakan yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan Sabah kerana insiden itu tidak akan berlaku di negeri ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata secara keseluruhan kadar jenayah di negeri ini adalah menurun dan jarang membabitkan penggunaan senjata api.
“Mungkin ada berlaku satu dua kes tetapi ia masih dikatakan tidak begitu serius berbanding kejadian di Semenanjung dan Sabah,” katanya.
Menurut beliau insiden tembakan yang berlaku di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia adalah berhubung kait dengan lepasan tahanan di Simpang Renggam yang mungkin bermotifkan dendam.
Beliau berkata kes tembakan yang berlaku mungkin juga disebabkan kelemahan sistem undang-undang negara maka membuatkan penjenayah berani tampil dan melakukan jenayah semula.
Di samping itu, kata beliau sempadan Semenanjung Malaysia adalah sangat panjang dan mudah ditembusi penjenayah yang pergi ke negara jiran untuk mendapatkan senjata api.
Beliau juga berkata ketiadaan mesin pengesan senjata api di setiap titik pemeriksaan sempadan membolehkan penjenayah membawa masuk senjata dengan mudah.
Bercakap mengenai keadaan di negeri ini, Wan Junaidi telah mengarahkan semua ketua balai polis mengambil tindakan terhadap kehadiran anggota dan mempertingkatkan risikan serta banyak serbuan di kawasan disyaki.
“Ini bagi menangani masalah jenayah yang mungkin akan berlaku di sesuatu kawasan sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat,” katanya.
Beliau mengakui ada berlaku insiden tembakan di beberapa bandar besar di negeri ini tetapi masih berada dalam keadaan terkawal.
Menurut beliau jenayah paling tinggi dicatat di negeri ini adalah membabitkan kecurian kenderaan seperti motosikal dan kereta.
Justeru beliau menasihatkan masyarakat tidak perlu bimbang kejadian tembak berkemungkinan berlaku di negeri ini sebaliknya menumpukan perhatian pada pencegahan jenayah kecurian motosikal dan kereta.
Ini kerana tambah beliau ia adalah sebahagian dari tanggungjawab masyarakat dalam membantu pihak polis membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.

Kenapa jangan panik... aku rasa kat Sarawak budaya tembak belum lagi dipraktikkan lagi,, masih duk guna buluh sumpit lagi kut ?... Jadi tembak tak ada,, kalau nak ada sumpit ajalah...


padan la TG Presiden kata pengundi sarawak ramai yang bercawat....

3 comments:

  1. moses kata: mana tak bolos. bulan jun saya ke singapore, dah bertahunx tak pergi negara jiran kita ne. pergi naik bas, balik pun naik bas. masa balik dicheck point lepas kaunter imigeresen, ke kaunter kastam.tiada pegawai dikaunter kastam. Borak kosong dgn beberapa penumpang, mereka kata ini biasa, tiada pegawai kastam. jadi senang nak bolos .

    ReplyDelete
  2. aku harap kes bunuh2 harus berjangkit ke ahli politik...baru ada akai...ahli politik pon sendiri x dpt lari dari dibunuh penyamun...selagi depa x kena...selagi tu depa kata "aman"...mcm celaka

    ReplyDelete
  3. keratan akhbar:

    https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/541053_10151530385056228_362127547_n.jpg

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari