boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, August 26, 2013

Pemimpin Umno yang kalah PRU13 bakal di Kitar Semula oleh Najib.

Rakyat dah tolak secara jelas pada PRU13 yang lalu,, terima ajalah,, kenapa nak dipungut dan digunakan juga.... memang tabiat suka barangan terbuang ke...



Ali Rustam Bakal Dilantik Senator

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.
Pelantikan itu mencetuskan spekulasi bahawa Mohd Ali akan mengemudi Permodalan Nasional Berhad atau berkemungkinan dilantik sebagai Menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri.
Namun Mohd Ali enggan mengesahkan mengenai pelantikan tersebut.
Ketika ditanya The Star Online sama ada beliau menerima surat pelantikan tersebut, Mohd Ali berkata: 'Sila semak dengan pejabat Ketua Menteri Melaka."
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan di Melaka berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan Mohd Ali jawatan Senator.
"Mohd Ali telah bekerja keras untuk membangunkan Melaka. Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.
"Di samping itu, beliau juga berpengalaman sebagai pentadbir dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Menurut seorang pemimpin Umno Melaka, Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu menerima surat yang memaklumkannya mengenai pelantikan sebagai Senator.
Beliau berkata sekiranya Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka di lantik dalam barisan Kabinet.
Selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, pemimpin Umno itu berkata tiada mana-mana pemimpin dari Melaka dalam senarai barisan Kabinet.
"Sudah agak lama, Melaka tidak mempunyai wakil pemimpin di peringkat Persekutuan," katanya.
Mohd Ali, yang memegang jawatan Ketua Menteri Melaka sejak 1999 hingga 2013, berhasrat untuk menyertai kerajaan Persekutuan apabila bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU-13, Mei lalu tetapi impiannya berkecai selepas tewas kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sejak itu, Mohd Ali sentiasa mengambil sikap berdiam diri walaupun memberi bayangan awal dalam temu bual baru-baru ini bahawa beliau mungkin bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Sehingga hari ini, Mohd Ali tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya nanti.
Hanya Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan tersebut.
Pada minggu lalu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda mengumumkan akan merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Apakah sebab kerana pemimpin umno melaka hebat-hebat belaka kut,, tak percaya lihat ni,, dalam meraikan hari raya,,, woiii,,, ada yang serupa dgn TG Nik Aziz berserban wooo...



Malang bagi rakyat Malaysia...











9 comments:

  1. Posting yg tidak tngk kiri kanan...hnya mngutuk tnpa sedar ibarat meludah kelangit...serban pakaian rasmi nik ajis ke???

    ReplyDelete
  2. Bila kucing berkokok macam ayam tentu la pelik . Ha ha . .bila tengok gang ni berserban . .Silap2 orang umnu pun lari . .

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hancur negara ni....semuanya recycle!!

    ReplyDelete
  5. Salam tuan, mohon tuan pautkan link blog saya , http://no2azeezrahim.blogspot.com/ . Dan link blog tuan saya telah pautkan di blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Dah tak ada calon lain ke.....Cara najib ni buat UMNO makin lemah dan diketepikan oleh rakyat....Hebat sangat ke Ali tu hingga nak dilantik sebagai penasihat? Biasa penasihat ni dia lebih pakar drp PM....ini terbalik....kalau jadi punahsihat boleh lah....Kpd Ali berhentilah main politik bersaralah...ingat rakyat Bukit katil dan bersarakan kamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kome jgn kutuk puak ameno ni. nanti juragan69 pencacai tua angkat najis turun mempertahankan keMALAYUan.jgn lupa yg org2 ameno memang sokong tindakan tentera mesir al musyirikin membunuh Muslim kerana kebencian yg meluap-luap ameno kepada Islam

      Delete
    2. ko pun satu jugak... jngan nk sebut2 Juragan69 tuh.. nnti dia trsedak... dia pakai serban baru tau..

      Delete
  7. tok guru nik aziz. Betul ke dia ni tok guru?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari