LIHAT DARI JAUH: Lelaki ini melihat dari jauh kejadian letupan kapal selam tentera laut India, INS Sindhurakshak (gambar bawah), yang kemudian terbakar sebelum tenggelam bersama 18 kelasinya di sebuah limbungan kapal di Mumbai, awal semalam. - Foto REUTERS
15 Aug 2013
Kapal selam India meletup...18 terperangkap
MUMBAI: Kesemua 18 kelasi terperangkap apabila sebuah kapal selam dengan kuasa penggerak konvensional, INS Sindhurakshak, yang sedang berlabuh di perairan bandar Mumbai meletup pada awal pagi semalam.
"Ada beberapa orang yang terperangkap dalam kapal, kami sedang dalam proses untuk cuba menyelamatkan mereka," kata seorang jurucakap tentera laut, Encik P.V.S. Satish.
"Kami tidak akan berputus asa sehingga kami menemui mereka," tambahnya.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan India, Encik A.K. Antony, berkata anak kapal dalam INS Sindhurakshak maut tetapi beliau tidak memberikan sebarang butir.
Letupan yang berlaku sejurus selepas tengah malam itu mungkin berpunca daripada satu kemalangan tetapi siasatan sedang dijalankan bagi menentukan puncanya, kata Encik Satish.
Kemalangan itu berlaku pada minggu yang sama India melancarkan pembinaan sebuah kapal pengangkut pesawat buatannya sendiri yang dijadualkan siap pada 2017, dan mengumumkan bahawa reaktor yang dipasang pada sebuah kapal selam pertama buatan India kini sudah boleh digunakan.
"Insiden Sindhurakshak hari ini (semalam) mungkin nahas paling teruk yang pernah dialami sebuah kapal selam tentera laut India," kata pakar pertahanan dan bekas laksamana pertama, Encik Uday Bhaskar, sambil menambah bahawa ia "telah sedikit sebanyak menjejas" pencapaian terbaru pihak tentera laut India itu.
Tentera laut India mengalami jumlah kemalangan lebih rendah berbanding dengan tentera udaranya, yang pesawat pejuang MiG-21 buatan Russia telah beberapa kali mengalami kemalangan udara.
Bagaimanapun, 14 kapal selam negara itu amat memerlukan pemodenan, dan kapal selam INS Sindhurakshak baru sahaja dihantar kembali ke India setelah menjalani kerja-kerja naik taraf selama dua setengah tahun di limbungan kapal Russia.
Gambar yang diedarkan para pengguna media sosial kelihatan menunjukkan satu bola api besar di atas kawasan limbungan di mana kapal selam itu dilabuhkan.
Kapal selam itu, yang beroperasi sepenuhnya lengkap dengan senjata, separuh tenggelam selepas letupan itu.
Tiga orang yang dekat dengan kapal selam tersebut semasa berlakunya letupan itu cedera dan sedang dirawat di hospital, kata Encik Satish. - Reuters
PESANAN DRPD NAVY UMNO: brsyukurlah.. Malaysia masih selamat.. xde kapal selam meletup... cuma x bole selam je.. Keh keh keh
ReplyDeletekepala hotak ko xleh menyelam. orang bodo pak turut tatau fakta je ckp camtu
DeleteBhai...depan mata lu ke yg kapal selam tu tak boleh selam....atau sekadar penyambung fitnah....bhai MM tak kira negara apa? Bangsa apa? Teknokogi apa? Atau ugama apa? Kuasa Allah mngatasi segalanya...jgn musibah org... bangsa sendiri dihina...ingat2 lh dendam lu tak bawa kejayaan apa pun...
DeleteAda juragan69....ingatkan dah tumpor
DeleteHahaha...org yg terlebih 'beriman' jew yg suka mndngar/mngharapkn org lain mati... kesian...kesian...kesian...mncari redha Allah tnpa berjihad...bhai..cuba berubah kpd lbh positif dn bkn hnya ruanglitup yg smpit...
DeleteA'ah....jihad meyokong melayu kapir
DeleteKalau kapal seam Malaysia yang tak leh belayar tu meletup yang akan diperasalahkan tentu LGE dan DSAI.. PTL pun sebuk dgn jualan kopi langsung agono go;d.. kapal selam, kapal tak selam semua tak penting dah kut..
ReplyDeleteSayang betul nko dgn khalifah LGE ya...nko agak keturunan khalifah LGE n DSAI sayang dan peduli dgn keturunan nko...hahaha
Deletekapla hotak org OMNOO...
ReplyDeletex payah dpan mata nk tengok..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm
nmpak gayenye org OMNOO dh x percaye kt Utusan dh..
scorpenis malon ta bisa selam khi 3x
ReplyDelete