pada 29-08-2013 01:08 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan menyelar tindakan Ketua Pemuda PERKASA, Irwan Fahmy Deris yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan.
Sebaliknya, Khairy Jamaluddin meminta Irwan sedar diri kerana PERKASA tiada kuasa untuk meminta Najib melepaskan kepimpinannya.
"Ketua Pemuda itu dahulu yang kena letak jawatan. PERKASA tak ada apa-apa boleh minta PM buat begitu, sedangkan Presidennya sendiri kalah di dalam PRU-13 baru-baru ini.
"Dia kena tahu kedudukan diri sendiri dahulu," demikian menurut Khairy semasa di sidang media Rumah Terbuka Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Dua hari lepas, Irwan mengejutkan ramai pihak berikutan desakannya terhadap Perdana Menteri untuk meletak jawatan atas dakwaan kegagalan Najib mentadbir urus negara dengan baik.
Ia antaranya isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam dan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya Mei lalu.
Susulan kenyataan Irwan di dalam blognya, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar meluahkan rasa terkejutnya dan akan menemui Irwan dalam masa terdekat ini bagi mendapat penjelasan.
Apakah ikhlas kenyataan Khairy ni,, atau sekadar nak bagi tambah panas lagi isu Najib disuruh letak jawatan,,, aku pun tak pasti permainan mereka ni,,, apa pun,,, bala buat najib dan keruntuhan umno dah pun bermula..itu yang sebenarnya...
kahkahkah
ReplyDelete"i hep u u hep me"
kj nak balas budi najib la ni...kalo najib tumbang...mampos la kj nak merasa jadi menteri...kahkahkah
emmmm...bodek jgn tak bodek...minta KJ bagi 5 sebab nape najib layak jd PM
ReplyDeletePeringkat warm up team Alnajiib Vs team mahathiir: PAU 2013
ReplyDeletePengikut pakatan rskyat pun pengampu jugak. Aps bezanya?
ReplyDelete