PM: Menteri boleh ambil keluarga bekerja jika tak dibayar k'jaan
Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.
"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya.
Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini.
Najib berkata dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.
"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.
- Bernama
Sumber cerita Klik Sini
Tak bayar gaji,,, tuntutan elaun bagaimana pulak? Kalau bapa menteri,,, sain aja borang claim,,, kalau bapa tak bayar gaji pun,, aku rasa ada lembu-lembu yang akan tolong bayar gaji... itu semua boleh kawtim...
PESANAN DRPD PERSONAL ASST. UMNO: tidak salah seorang PM mengambil isteri beliau sbg pembantu dlm menguruskn hal negara selagi mana Melayu perintah Melayu... keh keh keh...
ReplyDeleteApa yg sy nmpak d sini...gaji bukan masalah utama...yg penting jawatan@kdudukan dlm kementerian...PEMBANTU KHAS...kira bsar le tu kalu brbanding dgn PEMBANTU AM RENDAH...
ReplyDelete