boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 6, 2014

Apa sudah jadi Dato Seri ? Sudah tukar atau sudah U-Turn...

Ha ha ha ha,, apa cerita , cempedak dah jadi nangka,,, kut mana pun getahnya tetap ada... wakakaka....

Sebelum ni bukan lagi,,, Kami tetap akan hantar 1 nma calon saja... alih-alih hari ini,...

Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 9:46 AM
 

Dr Idris Ahmad antara yang dinamakan sebagai calon PKR untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu. Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.
Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.

Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

"Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

"Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin.

Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini.

Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau kecewa sekiranya presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan tiga pemimpin PAS untuk jawatan menteri besar itu.

"Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos, sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim dan Azmin Ali untuk jawatan itu. Presiden tidak harus menukar senarai itu tanpa memaklumkan kepada kami.

"Saya sebagai Timbalan Presiden masih tidak jelas mengenai perkara itu," katanya ketika mengulas mengenai laporan bahawa Abdul Hadi menghantar senarai nama berasingan kepada Sultan Selangor.


Sumber : Klik Sini

Lepas ni sama-samalah kita tunggu, siapa pilihan Tuanku Sultan,,, janganlah Sutan dah buat keputusan pilih siapa  MB Selangor, lepas tu tak puas hati lagi... terimalah dengan seadanya...


18 comments:

  1. Anwar ibrahim u-turn, hadi awang pembohong.. Mmg cantik la tu..

    ReplyDelete
  2. Bhai mm..lu tk nk katakan ini semua..salah umno...umno salah..hahaha lu betul2 mnyedehkn bhai....

    ReplyDelete
  3. Lagu ntuk Anwar.. tanya sama Anwar, apa sebab goyang.. nanti jawab Anwar Selangor nak hilang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn perasan le. W.apa pun selangor tetap tidak akan pilih umnok. Klu beruk pun , kami akanmpilih. Janji bkn macai.

      Delete
    2. Sesuwai sangat... ! Beruk tentu kan pilih species beruk jugak... Tak gituu..?

      Delete
    3. Hahaha...lu kelakar bhai...tp ada gak kebenarannya....bhai 09.31 ada ke sapa2 yg ckp selangor jth kepada umno...hnya pencacai pkr je yg brprasangka cam tu kpd rakan sekutu...

      Delete
    4. Lu lagi kelakar bhai juragan.orang ckp selangor tak akan pilih umno,lu paham selangor jatuh kepada umno.lu bengong ker juragan.pilih ngan jatuh lain bhai.benar kata mantan lu bhai juragan.hanya yg bodoh nyokong umno.nampak sangat kebengongan lu juranga.

      Delete
    5. Bhai 08.13...mmng lh rkyt selangor tidak berhak utk memilih buat masa skrg selagi dun tk bubar...dan baguslh klu berok yg di pilih pimpinan pr utk memimpin selangor...semoga sultan lbh arif utk memilih antara insan dan berok...apatah klu berok tu berok betina...

      Delete
    6. Anwar dah miring otaknya,ramai penyokong PKR mabuk daun ketum ,yang tingal penyokong PR yang seperti kena belacan tergaru2 tak tau nak buat apa.

      Delete
    7. juragan.lu gila aper nie.ader ker berok betina plak yg nak di pilih.apa citer juragan.tiada sangkut paut dengan berok oi.tak tau ler plak kalu juragan berkawan dengan berok berok.giler aper ker juragan nie.komen mcm takder iman jer ustaz juragan.munafik yg selalu berlakun.saper ler ibubapa yg malang yg ada anak macam juragan nie.berok dengan manusia pun tiada dapat juragan bezakan.

      Delete
  4. Apa dah jadi dgn PAS? Nama calon pun timbalan presiden dan AJK PAS pusat pun tak tahu. Presiden PAS ikut suka dia siapa nak dicalonkan. Adakah presiden PAS guna kuasa veto atau diktaktor? Inikah parti yg mengaku jemaah Islam? PAS dah jadi hak presiden dan gengnya bukan milik ahli PAS. Bacalah apa kata PAS Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko tak paham,Surat titah Sultan ditujukan kepada presiden parti, bukannya untuk semua ahli parti.Jadi jawaban adalah dari presiden parti.Tindakan Hj Hadi adalah betul.

      Delete
  5. Presiden PAS menuduh Karpal Singh dinosaur yang ketinggalan zaman dan orang Borneo pakai cawat. Dia bukan pemimpin yang berjiwa global.

    ReplyDelete
  6. PasMa le pulop......kita yg bawah bawah dok kena tipu dgn lakonan pemimpin atasan kite jek..! aku pun tak paham !......

    ReplyDelete
  7. DOA PECAH PEROT..KO!umno Ko!umno..KO! Bn nampak nya benar2 jadik Skot ooi !!

    ReplyDelete
  8. PR sudah tak ada pakatan lagi. Haji sedang syok memperbodohkan diri sndri yang sememang nya bodoh dari dulu2. Jadi MB ganu 1 penggal pun Rakyat Ganu nak test. Rupa nya sah si bahlol ni dah buat ganu jadi rojak pasemboq.. sekarang dia nak hilang kan kerusi PAS di Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada PRU akan datang. Ini lah kerja si bahlol Hadi dan Setopa Ali SU Agong PAS..

    ReplyDelete
  9. MM takda nampak orang lain buat salah juga.asyik nampak Anwar je.Mnegapa Hj Hadi buat TURN- UUU kau tak nampak.agaknya mata kau buta.hati kau buta .perut kau buta.buntut kau juga buta.memnag tugas kau memcahbelahkan PR.MM dari Umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciri-ciri ulamak munafik:

      AMANAT HADI

      SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

      PERCAYALAH,

      KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

      PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,

      PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.

      KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari