boikot
Segarkan ingatan anda...
Wednesday, July 15, 2009
PRK DUN Manik Urai N41 - Kisah Sebenar Siapa Yang Cedera...
PRK DUN Manik Urai N41 - TPM Dakwa Penyokong PAS mulakan dulu...
"Jadi kalau BN tak buat, semangat orang BN akan berkurang, jadi mereka kembali bersemangat. Kalau pihak di sana (Pas) tidak mulakan, kawasan itu akan menjadi tenteram. Cerita seterusnya di utusan
Senang sungguh jawapan yang keluar dari mulut seorang TPM, betui ka pentokong PAS yang mulai dulu, ada bukti.... cakap membuat tuduhan memang senang.... mengapa PRK di Penanti tak ada kekecohan, sampai polis yang bertugas pun boleh terlelap....... jadi snediri mau fikir sebelum cakap-.......sapa pun boleh cakap....Awak tu TPM.... janganlah buat kenyataan yang paling bangang dan bengappppp.
Tuesday, July 14, 2009
PRK DUN Manik Urai N41 - Yang Ke 6....
Salam Sejahtera...PRK DUN Manik Urai N41 - Berita Terkini - PAS Menag 65 UNDI
Manek Urai: Pas menang tipis 65 undi
KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.
Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.
Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.

PRK DUN Manik Urai N41 - Yang mana satu betul..
Gigi Patah, Pinggang Cedera...

Salam Sejahtera!!
PRK DUN Manik Urai N41 - Siapa Yang Punya Angkara Ni...
| Ramai beratur ambil wang di MU | ||
|
| Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria. Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.
Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka. Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakinibahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang. Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50. Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur. Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu. Komen: Walau pun berita ini tak ada menyebut sesiapa punya angkara ini, tetapi semua yang membaca boleh mengagak siapa punya ya.... Padanlah bawa beg besar turun dari helikopter dua tiga lepas.... |
PRK DUN Manik Urai N41 - Apakah Yang boleh kita nilai kepada wanita ini...
Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.
Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.
Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.
Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ. Malaysiakini.
Saturday, July 11, 2009
Jadilah.. Masih ada lagi rakyat..yang nak..

PRK DUN Manik Urai N41 - Menteri Kewangan II nak pusing cerita roayalti
Salam Sejahtera....Friday, July 10, 2009
Catatan santai hari jumaat..
PRK DUN N41 Manik Urai -MSO Mengawan Lagi......
Salam Sejahtera...
PRK DUN Manik Urai N41 - UNDILAH ABE UJI
Salam Sejahtera...Bertuah sungguh orang Manek Urai. Bermacam-macam projek telah umumkan oleh Barisan Nasional. Malah BN sudah pun mengisytiharkan kawasan itu sebagai anak angkat BN. Begitulah kisah politik di negara kita. Janji demi janji dibuat kepada rakyat dalam masa kempen tetapi tidak pula janji itu dilaksanakan bila mereka tewas nanti.
Suatu masa dulu BN dalam tahun 1980-an telah berjanji bahawa Kelantan akan dijadikan syurga dunia. Masa itu BN memerintah Kelantan selama 12 tahun. Apa dah terjadi dengan janji itu? Kelantan terus kekal seperti dahulu. Pendapatannya terhad kerana hasil negeri terhad. Belanjawan tahunannya sekarang berkisar lebih kurang RM400 juta tetapi sebahagian besar wang itu perlukan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Tidaklah banyak yang lebih untuk digunakan bagi pembangunan negeri.
Bila BN kalah kepada PAS sejak 1990, setiap kali pilihanraya umum BN berjanji nak buat macam-macam kebaikan untuk rakyat di Kelantan. Tapi setiap kali BN kalah, orang Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi pembangunan BN. Tak hairanlah mengapa pengundi-pengundi Kelantan sudah masak dengan janji-janji BN.
Malah apa pembangunan dan kejayaan yang ada sekarang di Kelantan bergantung besar kepada keupayaan Tok Guru Nik Aziz mentadbir dengan cermat. Beliau tidak membazir atau pun melaksanakan projek besar di luar kemampuan kewangan negeri. Memang Kelantan memerlukan sumber kewangan baru untuk menambah keupayaannya untuk membangunkan negeri dan memakmurkan rakyat.
Alangkan mudah untuk menolong Kelantan dan orang di Manek Urai. Kerajaan Pusat dan BN hanya perlu pulangkan sahaja wang royalti minyak kepada negeri Kelantan yang tidak pernah dibayar satu sen pun. Bukan sahaja tidak dibayar tetapi juga tidak pernah diberitahu kepada rakyat Kelantan selama ini. Tabiat tidak jujur dan tidak berterus-terang inilah yang menyebabkan BN semakin tidak mendapat kepercayaan rakyat, bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia.
Apa salahnya memberitahu rakyat keadaan sebenar. Kalau perkara itu rumit, seperti kata Mukhriz Mahathir, kita nak tahu apa punca kerumitan itu. Janganlah gunakan Mukhriz untuk menjawab perkara yang rumit. Perdana Menteri sendirilah yang mesti membuat kenyataan kepada rakyat Kelantan tentang hak orang Kelantan kepada hasil minyak. Kita nak tahu, kalau orang Kelantan tidak berhak berkongsi hasil minyak, apa sebabnya? Inilah cara kita mencari undi dan meraih kepercayaan rakyat, iaitu dengan cara berterus-terang dengan mereka.
Tapi begitulah cara UMNO. Mereka tidak tahu untuk berterus terang dengan rakyat. Mereka takut pada bayang-bayang kerana mereka bimbang rakyat akan mengetahui keadaan yang sebenar dalam banyak hal. Tetapi UMNO tidak pula malu untuk merayu undi dan meminta pertolongan rakyat semasa pilihanraya. UMNO hanya “mahu” setiap masa tapi tak tahu menjaga kebajikan rakyat.
Kepada pengundi Manek Urai di mana sahaja anda berada, pulanglah ke Manek Urai untuk mengundi pada 14 Julai ini dan pastikan anda mengundi Abe Uji. Walaupun orang UMNO kata dia tak sekolah tinggi, itu tak apa. Apa guna sekolah tinggi-tinggi tapi hanya tahu main rasuah. Abe Uji orangnya baik dan pemurah. Dia mencari rezeki secara halal. Dia boleh menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab. Abe Uji juga berasal dari kampung yang sama dengan saya, iaitu kampong Banggul Pauh sebelum dia berpindah ke Kuala Krai semasa umunya 5 tahun. Dia dari keluarga miskin tetapi dengan titik peluh dan usaha gigihnya sendiri, hari ini dia agak berjaya dalam perniagaannya.
Undilah Abe Uji, pangkahlah PAS.
Sumber : zaidibrahim.
Thursday, July 9, 2009
PRK DUN Manik Urai N41 - Calon PAS Mendahului .....
PRK DUN Manik Urai N41 - Anak Emas Kalau BN Menang
Salam Sejahtera.....
Monday, July 6, 2009
PRK DUN Manik Urai N41 - Dimana Timbalan Presiden
| Jul 6, 09 11:20am |
Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Itulah persoalan yang meniti di fikiran setiap orang di Manek Urai pagi ini. Nasharuddin tidak kelihatan walaupun pemimpin kanan PAS yang lain turun memberi sokongan kepada calon parti itu, Mohd Fauzi Abdullah, menyerahkan borang pencalonannya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS, mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1. Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal". Nik Aziz berulang kali berkata beliau tidak tahu mengapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir pagi ini. Beliau bagaimanapun menyentuh tentang cadangan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang disokong oleh Nasharuddin. Menurutnya, cadangan itu sudah 'mati' dan PAS bersatu padu dalam Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang berada di sebelah Nik Aziz hanya tersenyum. Cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno itu telah mencetuskan ketegangan dalam PAS apabila para pemimpinnya bercanggah pandangan mengenainya. Cadangan itu pada mulanya dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang Hadi dan disokong oleh Nasharuddin.Bagaimanapun, pemimpin PAS termasuk Nik Aziz, membantah keras cadangan tersebut. Malah, beliau menggesa Nasharuddin keluar PAS jika beliau masih menyokong cadangan tersebut. Akhirnya, mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan memutuskan untuk menolak sebarang cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketidak hadiran Nasharuddin pagi ini, Hadi sebaliknya pula bertanya: " Mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) tidak datang? Itu biasa sahaja". Beliau juga menegaskan bahawa PAS komited dalam Pakatan,dan menambah isu mengenai kerajaan perpaduan tidak akan mendominasi kempen pilihanraya kecil Manek Urai. "Hanya isu-isu tempatan yang penting di sini," katanya. Sementara itu, Nik Aziz ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Hadi, berkata: "Saya mursyidul am, dia presiden, hubungan lebih baik daripada biasa". Sumber: Malaysiakini.. Komen : Jawapan TGHH selaku Presiden agak janggal sedikit, ia tak boleh nak samakan dgn Najib, Najib PM... waktu Pak Lah jadi PM, Najib Timbalan, setiap PRK Najib turun, waktu Mahathir PM, setiap kali PRK Pak Lah turun, itu tugas timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan PM... pada aku tak berapa tepat jawapan tu... Tak sepatutnya berlaku macam itu, selaku Timbalan Presiden Parti.. AP Bachok pulak tu....cuti sakit kut.... |




