boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, July 14, 2009

PRK DUN Manik Urai N41 - Yang Ke 6....

Salam Sejahtera...
Sah lagi Sahih...PAS menang 65 Undi.. Tahniah Abe Uji... Selamat Menjalankan Tugas Sebagai Pemegang Amanah Rakyat Kawasan DUN Manik Urai...

Bermula dari Permatang Pauh, kemudian ke Kuala Terenganu, selepas itu ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau, seterusnya ke Penanti dan hari ini di Manik Urai. Cuma yang agak manis betul dalam PRK ini ialah di Kuala Terengganu sebab dapat merampasnya dari UMNO, satu keajaiban juga, kemudian ke Bukit Gantang, ada juga kemanisannya disebabkan kes rampasan kuasa Kerajaan PR Rakyat Perak, ke Penanti kurang terasa bahangnya sebab UMNO tidak bertanding... dan hari ini Manik Urai, macam-macam cerita kita dengar....tak payahlah nak diulang tulis semula, biarlah dimasukkan dalam lipatan sejarah PRK.

Cuma dalam TV1 tadi nampak janggal Si MB dPulau Mahkamah Rayuan berucap sempena Musabaqah di UTP Teronoh, kemudiannya disambung pula oleh TPM berucap dan merasmikan majlis.....penat siang tadi kat Manik Urai belum hilang, pi pulak rasmi musabaqah, kerjalah kuat-kuat, kenalah buat pelaburan dulu sebelum nak jadi orang No1.. itu pun kalau sempat...

Apa pun PRK hari ini memang betul telahan-telahan yang aku baca dalam beberapa blog, memang benar penduduk Manik Urai ni berlainan sikit, Tahniah buat pimpinan PAS Kelantan yang diketuai oleh TGNA serta anggota saf kepimpinannya, kerana dapat memilih calon yang dapat diterima pengundi DUN Manik Urai. Sekurang-kurangnya apa yang terjadi di Manik Urai harus diambil kira oleh semua ahli PAS tak kira pimpinan atau pun ahli-ahli bawahan, bahawa mempertahankan kemenangan adalah satu tugas yang amat berat.... lagi satu menentang UMNO bukanlah satu tugas yang mudah, kerana kita terpaksa menghadapi kerajaan... itulah yang realitinya...

Dan dari sini juga kita dapat kenal hati budi manusia ahli UMNO, baik Wanita, puteri dan pemuda.. tak kan masih lagi tak kenal... dari itu aku berpendapat mulai dari esok pimpinan PAS bersama semua ahli dan penyokong harus bekerja keras agar PAS dapat diterima oleh semua masyarakat malaysia, sesuai dengan slogan PAS For All, PAS bukan lagi untuk Melayu sahaja... jadi tak perlulah nak pi wacana ilmiah, kerajaan perpaduan dan sebagainya... kerana sifat Melayu yang bangang ni, kalau dah karat biru tu,..... cukuplah... petunjuk dan bukti cukup jelas, bagaimana sikap melayu bangang yang masih setia dengan UMNO, mereka tetap dengan UMNO.. seperti di DUN Terong dalam Parlimen Bukit Gantang yang lalu dan kini di Manik Urai.... UMNO tak perlulah lagi diajak duduk berbincang demi kepentingan Melayu.. cukuplah... yang penting UMNO mesti dikuburkan pada PRU13 nanti......

Dan akhir sekali tidak lupa juga Tahniah buat blogger-blogger yang bertugas di Manik Urai untuk melaporkan berita-berita yang terkini dari sana bukan dari depan komputer macam aku... terutama Pink Turtle, Perisik Rakyat, guanomanikurai, ppmas-proreform dan lain-lain lagi yang tak dapat aku nak sebutkan.. moga-moga semua tugasan anda itu akan diberkati Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari