boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 27, 2009

Kemaruk @ Buloq @ Ketagih.....

Salam Sejahtera....

Pagi semalam hari minggu... awal pagi lagi cuaca dah gelam mendung macam nak hujan,, apakah sambungan hujan sebelum subuh pada pagi jumaat lalu.. waallahuaklam. Pepagi lagi aku pi pasar tani semalam, walau cuaca nak hujan, sempat sembang dengan sahabat yang dok meniaga barangan kering, aku punya dealer kuah rojak dan belacan Tanjung dawai.. aku dok kata kat dia, hari nak hujan... dia kata dah aihh. jerebu... sebab rasa panas tak rasa sejuk pun.. OK lah.. aku pun dah nak balik... keluar dari tapak pasar tani hujan dah mula turun, kasak-kasar pula titik-titik hujan, teruskan juga... lepas saja traffic light memang hujan dan mula turun dengan cukup lebat.. basah lencun aku.. nak terus sampai rumah memang tak boleh lagi... nak tak nak belok motor singgah kat Petronas depan Stadium mini Manjung....

Sejuk gedi aku pagi semalam... memang lebat hujan pagi semalam... puas dok atas motor, mari Pak Samad staf Petronas kat aku bila aja dia nampak aku...
Memang Pak samad ni cukup baik dengan aku... tengah sedap aku dok sembang isu semasa dengan beliau.. hujan pun koi dah dok reda.. (seriyat), mai seorang sorang hamba Allah, pakai smart baju batik merak, kopiah putih, mula-mula dia pi tanya kat dua orang budak muda yang berteduh juga, nampaknya tak dapat jawapan apa yang dia tanya... dia mai tala kat aku dengan Pak Samad, dia bagi salam dulu, aku pun jawab salam... tengok muka macam... sangkaan aku pun macam bekas Naib Presiden PAS Tuan Haji Mat Sabu juga, sebab beliau boleh kenal riak muka orang UMNO, aku pun ada juga sesikit macam tu, kalau wajah UMNO tok sah dok kopiah putih ka apa, memang boleh kenai.. tapi aku ketepikan juga perasaan tu, berbaik sangkalah kita sesama orang Melayu ni.. tak ada salah apa pun...
Lepas dia bagi salam, dia pun bertanya kat mana Pejabat Imegresen, hai,.. apa hal pulak ni pepagi ni cari pejabat imegresen.. aku pun bagi tau siap tunjuk arah, belok dan sebagainya, lepas tu mulut capoi aku siap boleh pi tanya lagi pulak, hari ini hari minggu, mana buka pejabat imegresen, tetapi hamba Allah ini pun cekap juga.. dia kata Tabung Haji arah pegi buat paspot haji.. ooo.. Aku pun tak tekata apa lagi.. malas nak bersoal banyak, lepas tu hamba Allah tu keluar menuju ke kereta proton saga model lama, nampaknya wanita semua dalam keretanya.....

Kemudiaan aku sambung balik sembang dengan Pak Samad, waktu aku pi Mekah 2 tahun lepas, aku cuma kena ambik gambar aja... lepas tu paspot haji semua Tabung haji uruskan, bagaimana si hamba Allah ni kena buat pasport sendiri... timbul pertanyaan, Oleh kerana hujan pun betui-betu reda... aku tak sembang banyak, start motor minta izin terus balik rumah...

Jam 9.30 lebih dalam hujan masih dok rintik-rintik, aku start kereta, cadang nak pi cari pasu bunga dan tanah kat nursery, aku nak tanam pokok anggur, petang Sabtu selepas berjumpa dengan blogger Dr Wahab, ISA, Mamamat, Ude Kenang dan Albanjari di Titi Gantung, pi tengok tapak Dango Ceria Mamamat.. bila ptg aku nak balik Dr Wahab bagi kat aku tiga pokok anak anggur, ISA pula bawa ubat Cergas Badan 2 botol kat aku..., Albanjari pula bagi pucuk (tahu) kering dan kiriman MUG dari blogger Chaah kat aku, terima kasih Chaah, cantik MUG tu.. siap ada nama aku lagi...,

Bila aku sampai kat Nursery tu, tutup lagi, tak buka... mungkin hujan punya pasai kut, terpaksa pusing balik rumah, dalam perjalanan balik, aku pusing ikut imegresen, woi... banyak bendera UMNO terpasang di simpang jalan pintu masuk, kereta bersusun parking kut tepi jalan, menyebabkan aku tak terperasan buka atau tidak pejabat imegresen, kerana asyik memandang ke Dewan Merdeka sebelah dengan pejabat imegresen... Nak tau apa ada kat Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung hangpa baca kat manjung-center.

Apakah hamba Allah yang bertanya kepada aku kat Petronas tu betui datang ke Pejabat Imegresen atau ke Mesyuarat UMNO aku tak pasti, terpulanglah, dia betui ka tidak aku tak kisah, tetapi kalau tak betui, ia pi mesyuarat UMNO pun tak apa, memang itulah budaya UMNO, dari Presiden, turun ke Timbalan, Naib, Ketua Perhubungan Negeri, Ketua bahagian, Ketua Cawangan dan last sekali ahli memang kebanyakannya itulah perangai mereka, kalau Presiden sendiri tak ketahuan hala perangai, ahli apalah lagi... itu pasai MSK dari Perakexpress kata UMNO dan Babi.. baca DI SINI.

Itulah UMNO, sekarang ni UMNO terutama di Kelantan setelah kecewa pelaburan mereka di Manik Urai yang berjuta-juta ringgit tak balik modal, sikit saja lagi.. 65 undi saja lagi... mereka bertambah kemaruk dengan perpaduan, memang UMNO tengah kebuloq dengan agenda perpaduan... Bila media menayangkan berita bergambar TGNA menghulor tangan berjabat tangat dengan TOk PA dalam satu majlis Perasmian, kemudian diikuti pula kenyataan TGNA iaitu kerajaan negeri bersedia melupakan sengketa politik yang lalu, maka gegak gempitalah pimpinan UMNO yang nak bersuara, seolah-olah suara keramat TGNA itu bersetuju dengan kerajaan perpaduan, sehingga hari jumaat ini akan dibincangkan agenda kerajaan perpaduan dalam mesyuarat MT UMNO...DI SINI.

UMNO memang tengah kebuloq dengan perpaduan, nyawa talian hayat UMNO dah hampir habis... Hanya PAS yang dapat membantu nyawa UMNO kembali, sekarang boneka UMNO dalam PAS yang juga ketagih dengan UMNO mungkin tak senang duduk, apa yang berlaku sekarang, betulkah apa yang dimaksudkan oleh TGNA itu, masing-masing tengah menunggu apa yang selanjutnya....

1 comment:

  1. umnobngok dah tahu barisan mereka diambang kejatuhan jadi mereka terpaksa memikirkan macamana nak bermain dengan PAS dan memecahkan DAP dalam PR.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari