Sejak dua tiga hari kebelakangan ini suasana iklim politik Pakatan Rakyat semakin kecoh, haru biru seketika.. terutama Pulau Pinang dan Kedah, negeri aku Perak, nampaknya terpaksalah tunggu keputusan 5 Hakim FC... kalau hakim betui punya hakim, adil dibawah kedaulatan undang-undang maka DS IR Nizar bolehlah menjadi MB Perak semula..
Berbalik kepada kes PR Pulau Pinang, PAS cuma ada satu kerusi DUN iaitu YB Mohd Hamdan Abd Rahman ADUN N11 Permatang Pasir.. sungguh pun PAS Pulau Pinang sama berada dalam kerajaan PR tetapi ADUN PAS tidak diberi apa-apa tugas seperti EXCO dalam kerajaan PR. Mungkin disebabkan PAS hanya ada 1 kerusi.. Tetapi walau bagaimana Pun PAS masih setia dengan PR, walau pun sebelum ini seringkali kita dengar ada keluhan tak puas hati dari ahli-ahli PAS terutama Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai isu-isu dan dasar pentadbiran KM Lim Guan Eng, namun PAs Pulau Pinang Tetap setia dengan PR.
Sekarang kita ke PR Kedah, DAP pun cuma menang satu kerusi juga iaitu YB Lee Guan Aik, ADUN N13 Kota Darul Aman, beliau juga tiada di beri tanggung jawab atau jawatan EXCO dalam pentadbiran Negeri Kedah, mungkin juga sebabnya sama seperti kerajaan PR Pulau Pinang sebab hanya satu kerusi, cuma disini pada sebelum ini jarang kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan PR seperti PKR atau DAP terhadap pentadbiran negeri yang diketuai oleh Dato Ust Azizan Razak, cuma yang sering kita dengar melalui media kecaman yang berlaku terhadap PR Kedah datangnya dari UMNO dan BN Kedah.
Tetapi kenapa 2 hari sudah keluar kenyataan DAP Kedah keluar dari PR. kenapa ini boleh terjadi.. apakah DAP kedah sudah termakan dengan hasutan UMNO dan juga BN Kedah, ini kita tidak dapat pastikan, apa yang jelas hanya tempat sembelihan babi yang menjadi isunya, dalam suasana negara heboh dengan selsema babi, DAP Kedah pulak nak tumpang toi cari popularity dengan membuat kerja bangang keluar dari PR rakyat, cuma disini apakah punca utama terjadinya perpecahan dikalangan PR Kedah, apakah ada usaha-usaha dari UMNO untuk memecahkan Pakatan Rakyat, atau pun juga DAP Kedah marah tak puas hati dengan adanya usaha-usaha Kerajaan Perpaduan...Wallah Huaklam...
No comments:
Post a Comment