boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, July 7, 2009

PM tetap enggan temui Nik Aziz


“Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu"
PM tetap enggan temui Nik Aziz

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan bertemu dengan Mursyiudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan debat terbuka menyentuh perbezaan politik antara UMNO dan Pas.

Beliau menyifatkan sebarang debat tidak mendatangkan faedah dan banyak pihak bersetuju dengan pandangan itu.

“Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyatakan demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah menara pejabat 50 tingkat Kumpulan Naza, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri Besar Kelantan itu kelmarin yang mahu bertemu dengan beliau terlebih dahulu sekiranya cadangan untuk mengadakan debat menjadi kenyataan.

Nik Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin UMNO tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa.

Isnin lalu, Najib menolak untuk berdebat kerana berpendapat cara dan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu perbezaan politik antara UMNO dan Pas atau masa depan umat Islam, negara dan kekalutan politik antara kedua-dua parti ialah menerusi musyawarah.
Komen: Kalau dah tak mau tu seribu macam alasan,,,,,

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari