boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 6, 2009

Kami Dah Baca Talkin..

Salam sejahtera...
Soalan yang tak jemu-jemu ditanya oleh wartawan pro umno.....

Kerajaan perpaduan telah ‘berkubur’ - Nik Aziz

06/07/2009 2:25pm

KUALA KRAI 6 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, cadangan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu telah ‘berkubur’ dan Pas tidak akan menyebutnya lagi.

Beliau berkata, ruang untuk Pas atau UMNO berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.

“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.

“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” tegas beliau.

Beliau sekali lagi ditanya berhubung cadangan dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu di sini hari ini. - Utusan

Komen.. dah berapa kali dah TGNA memberi kenyataan mengenai UG... tetapi wartawan yang pro UMNO ni tetap itulah soalannya, sama juga pimpinan UMNO yang dok gila bayang kepada UG.. asyik dok sebut juga... bila TGNA ajak berdebat kecut pulak......

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari