boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, July 22, 2009

Najib Lebih Hebat Dari Mahathir .......

Salam Sejahtera...

PM 1 Malaysia amat bijak bermain wayang... ia telah mengambil ilmu dari mentornya Mahathir sewaktu jadi PM dulu..

Waktu kejadian kes pembunuhan beramai-ramai di Memali Mahathir keluar negara, tinggal kat Musa Hitam menggantikan tempatnya, maka terpaksalah Musa letak jawatan Timbalan PM selepas kejadian tu, Mahathir balik cuci tangan.

Sekarang ilmu itu telah di tiru oleh Najib, bila ia pi keluar negara, kejadian pembunuhan yang melibatkan agensi dibawahnya berlaku, Najib tiada, waktu kejadia ia ada di Mekah, tengah buat amal ibadat, hangpa tak percaya.. tengok gambar dia dengan bini dia tu.. tengah dok tawaf, siap kena escort lagi....

Bila balik mai Malaysia, Najib dah bersih, umpama bayi baru lahir, dah tak ada dosa-dosa lagi dah, siap di tunggu dan disambut di airport, Najib dengan muka toya seolah-olah dengan penuh tegas mengumum akan berbuat sesuatu tentang kejadian kes SPRM... sedangkan itu adalah arahannya sebelum ini, ia mahu mengambil balik Selangor, kita kena ingat sekarang Najib adalah Ketua Perhubungan UMNO Selangor... Kes Osman Jailu dan Jamaluddin dalam rasuah sex telah mendapat kejayaan di Perak, maka sekarang kes ini telah dirancang di Selangor pula..

Nasibnya tidak menyebelahi, apabila ada pulak yang terbunuh, maka dengan penuh tanggung jawab petang tadi Najib mengumumkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes bunuh di SPRM, aku tidak tau samada ahli Suruhanjaya itu benar-benar wibawa atau tidak belum tentu lagi, kalau wibawa pun Najib peduli apa, bukan dia nak ke tali gantung, sejarah Altantunya masih lagi belum selesai, siapa yang jadi kambing hitam, Koperal Sirul dan C/Inspektor Azilah yang sangkut, Najib lepas tangan siap jadi PM lagi...

Kemudian lepas tu nak tunjuk baik, Najib umum pulak kajian tarif harga elektrik ditangguh dahulu, dalam suasana rakyat tengah marah, mana boleh naikkan taarif letrik, jadi tangguh sekejap dulu, bila dah reda nanti siaplah kita rakyat Malaysia menerima beban kenaikan letrik.

Kemudian ada pula yang nak tunjuk setia kepada SPRM , sapa lagi kalau bukan UMNO laknatulah telah cuba bermain api perkauman mengenai kejadian bunuh tersebut..

Cuba kita fiki dan kaji balik, apa hal yang UMNO dok sibuk berdemo kalau depa tak ada kepentingan, jadi fahamlah kita.. dah terang lagi bersuluh...

Memang dasar perompak di siang hari, apa pun mereka tak senang selagi Selangor tak akan dapat diambil balik sebagaimana negeri aku Perak.


Di sini aku harap benar buat Pemuda PAS Pusat dan Pimpinan Boneka UMNO dalam PAS yang ketagihan UMNO, cukuplah, rentikanlah wacana ilmiah, kerajaan perpaduan,,, tak kan nampak apa yang berlaku,,, fahamilah kehendak kami ahli bawahan ni, kami cukup menderita dengan kelakuan dan perangai UMNO ni...tak ada faedahnya perpaduan melayu tu... Biarlah mereka dengar warna merah darah mereka itu.....

3 comments:

  1. tulisan kat kain rentang tu pun dah seram tengok..warna merah macam warna darah..memang orang2 ameno ni ketagih darah kot..

    ReplyDelete
  2. "DAN JANGANLAH KAMU TAATI PERINTAH ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS" surah Asy-Syu'araa :-ayat 151

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari