boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, July 4, 2009

Tazkirah Magrib 03-07-09

Salam Sejahtera...

Malam tadi, sekali lagi DS IR Nizar turun ke kawasan DUN Pasir Panjang untuk bertemu para pengundinya, walaupun beliau sentiasa sibuk, ditambahnya pulak dengan jawatan AP Bukit Gantang, yang baru selesai Sidang Parlimen, namun beliau masih lagi berkesempatan datang bertemu menemui para pengundi DUN Pasir Panjang, Alhamdulillah, moga-moga Allah S.W.T sentiasa memberikan kesihatan yang sehat sejahtera, keselamatan diri dan hidayah untuk melaksanakan tugas-tugas yang beliau laksanakan.

Tazkirah beliau malam tadi di Surau Faza 1E, seberang jalan berhadapan dengan Taman aku saja..Tahniah kepada Ustaz Ismail Md Zain yang juga Imam masjid daerah Manjung selaku orang kuat surau dan AJK-AJK Taman Fasa 1E kerana sudi menjemput DS IR Nizar datang memberi tazkirah.

Waktu aku sampai baru saja selesai solat sunat Magrib, AJK surau baru sibuk nak cari kerusi, nak perbetui mike, nak adjust suara speaker, tapi alhamdulillah dapat berjalan dengan lancar... oleh kerana aku lewat, biasalah dapat duduk kat luar saja.. tak dapat masuk kedalam, dah penuh..

DS IR Nizar memulakan tazkirah dengan membaca beberapa ayat alquran dari Surah Al Israak bersempena dengan bulan Rejab, bulan Allah, maka berbanyaklah kita beribadat dan berdoa memohon keberkatan darinya... Di samping itu bulan Rejab Rasullulah telah di Israk kan untuk menerima ibadah solat dari Allah sendiri, bukan melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail, begitulah sedikit sebanyak muqadimah yang disampaikan oleh DS IR Nizar malam tadi.. kemudian beliau mengambil sedikit cerita bagaimana Rasullulah di Makah sebelum pegi Masjid AlAqsa bersembahyang dengan para-para nabi sebelumnya sebelum Rasullulah dibawa bertemu Allah.

Banyak cerita-cerita yang disampaikan beliau, yang mana kita semua dah dengar berpuluh kali dah, tetapi berbeza dan berlain versinya, itulah betapa tingginya ilmu Allah, cuma dekat nak penutup DS IR Nizar cuba membayangkan betapa lurusnya Rasullulluh bila ditanya nabi Allah Musa sewaktu selepas menerima perintah sembahyang, umpama seorang Tua yang baru balik memancing, bila di tanya oleh sesiapa saja maka diberitahulah berapa ekor ikan yang dia dapat, jenis ikan dan apa saja lagi, begitu punya lurus.. samalah Rasulluhah, bila ditanya Nabi Musa maka Rasullulah memberitahu mendapat perintah sembahyang sebanyak 50 waktu, terkejut Nabi Musa lalu di nasihatinya dan menyarankan supaya Rasullullah bertemu kembali kepada memohon dikurangkan jumlah waktu sembahyang, yang mana sehingga 9 kali, dari 50 kurang 5, 5, 5 makan tinggallah 5 waktu seperti yang kita amalkan sekarang, itu pun disuruhnya lagi oleh Nabi Musa tetapi Rasullulah dah tak sanggup, malu, umpama kita beli barang harga RM10 minta kurang dah dapat sehingga RM2.00 tak kan nak minta kurang lagi...

Kesimpulan yang DS Ir Nizar bagi malam tadi disebalik kisah Israk Mikraj itu ialah, kalau Nabi Muhamad selaku Rasullullah sendiri yang menerima perintah Allah untuk solat, itu pun ditanya dan dinasihati oleh Nabi Musa, yang mana tak sepatutnya nak di pertikaikan lagi, tambahlah pulak dalam keadaan sekarang ni, dimana ada arahan pemimpin-pemimpin negara yang tak sepatutnya, tetapi kita yes bos, terutamanya dalam UMNO....

Jadi di sini aku pulak nak tambah sikit, apa yang kesimpulan DS Ir Nizar sampaikan itu, samalah juga dengan kerajaan perpaduan yang dicanangkan sebelum ini, walaupun perkara itu nampak baik demi perpaduan kaum melayu, tetapi TGNA selaku Mursyidul Am PAS beliau orang lama, beliau dah masak dengan kerenah UMNO, maka memang sepatutnya beliau larang kerajaan perpaduan UMNO-PAS itu diadakan.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari