boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, July 9, 2009

SAYA SEDIH - DR. MAHATHIR

Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.

''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.

''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.

Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.

Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.

Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.

Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.

''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.

Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.

''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.

Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.

''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.

Sumber - Utusan.


Komen.... Dey Anne, apa mau sedih, lu bukan PM lagi, dulu kalu waktu PM punya jam, semua orang mesti mau ikut u punya cakap, tarah boleh lawan, lawan kalu ayo yo... tapi itu dulu punya jam, sekarang u sudah pencen, sapa mau peduli sama u...

3 comments:

  1. Orang tua kutuk!
    Orang tua tak sedar diri!
    Orang tua tak reti malu!

    Ko ingat takat ko nak buat polling, boleh dapat sokongan, ko boleh jalan daaa!

    Orang tua tak ingat kubur kata mari, rumah kata pergi!
    Orang tua macamni, memang selalu lambat nyawa nak kena tarik!
    Orang tua macamni, dah bagi peluang hidup lama, tak reti nak buat elok untuk akhirat!

    Cukup-cukup le tu bagi orang-orang tua yang macamni,
    ...dah le tu, bawak-bawak le beramal untuk bekalan ke sana.
    Bukannya, takat polling yang dibuat tu, boleh jamin hidup di sana nanti.

    Salaamun.

    ReplyDelete
  2. sebab itulah umur dia panjang, kerana tuhan suruh dia lihat sendiri apa kesalahan yang dia telah buat pada rakyat bawahan. rakyat bawahan dulu dan sekarang tak boleh cakap apa-apa tentang kerajaan nak buat. Tapi kini masanya tuhan tunjukkan juga. Pak lah dah kena, ini mungkin giliran muhyidin pula agaknya. tapi tak pa jangan dia hentam TGNA sudahlah. kalau dia buat gitu kita pakat serbu ramai-ramai. biar meletop komputer.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, kita macam sebaya dan sealiran je. Ini namanya perjuangan selepas berjuang. buat hilang kesepian sambil beriadah, kerana darah masih muda. tulang 4 kerat masih boleh berkayuh ligat. salam, sampai bertemu kembali.

    2009 Julai 9 23:03

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari