boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 10, 2009

Catatan santai hari jumaat..

Salam sejahtera,,

Hari ini aku ambik cuti tahun sehari, saja nak rehat hari jumaat, seronok cuti Jumaat, balik sembahyang tak kelam kelibut nak pi kerja semula...tenang fikiran, suasana macam tu aku cuma rasa 3 kali Jumaat di Kuala Terengganu tahun 2ooo yang lalu, waktu tu PAS memerintah Terengganu, tengah sibuk dengan isu royalti.. aku merasa sembahyang Jumaat di Masjid Rusila, 3 kali Jumaat mendengar TGHH membaca khutbah dan menjadi Imam...

Tapi aku cuti hari ini ada sebab lain sama, bukan saja nak relak tak tentu pasai.. aku pi Sekolah anak aku kat Kampung Gajah, ada program Yaumul Ulfah.. apa maknanya aku pun tak tau.. cuma kalau bahasa melayunya pi ambik kad kemajuan pelajar... sebab tahun ni tahun akhir, hujung tahun ni dia ambik SPM, targetnya aku berharap dia yang bongsu mengikut jejak kakaknya yang sulong masuk Darul Quran, bukan apa.. mengikut setengah riwayat mengatakan anak-anak yang hafiz Alquran boleh beri syafaat kepada ibubapanya nanti di hari akhirat... harapan aku moga-moga Allah akan kabulkan...

Selepas itu boleh bawa anak aku itu balik bercuti minggu kat rumah... pagi Ahad dah nak kena hantar balik, sebab petang mengikut cadangan, aku nak kena hantar anak aku yang ketiga ke IPMG Kangar Perlis, setelah keluar menarik diri dari UITM pertengahan bulan lepas, cadang mulanya nak belajar di Kolej Pembantu Perubatan Alor Star kena melapor pada 01 Jul 09, tetapi ada rezki yang lain dan lebih baik lagi, dapat pula Maktab Perguruan di Kangar yang akan melapor pada Isnin 13 Jul nanti. Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan hambanya...

Petang tadi macam biasa aku pi pasar malam, memang dah jadi macam satu routine, kena pi pasar malam, bukan apa bahan rencah makanan seperti ikan lebih baik di Pasar Malam, dapat yang baru sikit.. itu saja.. lagi pun bini aku dok mengidam dari minggu lepas nak makan durian, aku cakap tunggu dulu. bagi anak-anak balik semua, baru aku beli, jadi petang tadi baru aku pi cari..

Ada 3-4 penjual yang dok jual, lalu aku pilih satu penjual, setelah dok semak alamat kat tepi dinding lori, tengok alamat Ijok, sah buah dari area Batu Kurau... kira Ok sikit, kat Kampong Gajah pun banyak buah, waktu aku pi pagi tadi, tapi pengalaman aku menjual durian selepas pencen dulu aku tau juga buah dari mana yang baik... Buah yang dijualnya ada 2 biji RM10, 3 Biji RM10, 4 biji RM 10, dan buah chai RM 1 sebiji.. Kiranya kalau setakat nak makan boleh lah.. nak kata murah masih belum lagi.. boleh beli,, mahal pun tidak.. nak murah beli tanah kosong, lepas tu tanam sendiri.. tunggu 20 tahun boleh makan...

Cuma kalau nak murah buah-buahan tunggu buah yang datang dari Kelantan, kalau waktu tu, buah durian mereka tak ada kelas-kelas mengikut berapa biji RM10, mereka hanya bagi beg plastik besar dan isi sendiri, pandai isi kat dalam beg dapat banyak buahnya, satu beg RM10 ringgit, time ni kena pi beli dua orang, laki bini, bini pegang beg plastic, si laki tukang susun buah dalam beg palstic, kena pandai susun, sebab plastic tu melekat kat duri.... itu buah durian.. kalau buah rambutan mai dari Kelantan boleh dapat 5 kilo RM3, buah budak Sekolah, buah Dokong RM3 sekilo, cukup murah, kalau dulu waktu mula-mula keluar, buah dari Siam RM8 sekilo, mari buah-buah dari Kelantan aku berasa cukup mewah nak makan buah-buahan, tak payah nak ada dusun atau kebun, tak payah nak risau buah-buahan orang nak curi, tupai nak kacau, kita cuma bawa duit, RM20 tak habis, jenuh nak makan..

Kesimpulannya Kelantan walaupun tak ada pembangunan yang hebat-hebat macam negeri-negeri di Pantai Barat, tetapi Kelantan yang dah 20 tahun TGNA dan PAS mentadbir, hasilnya sekarang dah keluar, Kelantan dah jadi pengeluar buah-buahan tempatan yang cukup baik dan murah harganya. Itulah rahmat negeri yang Islam jadi teras utama sebagai rujukan pemerintahan, Allah telah limpah rezeki yang tak putus-putus kepada mereka, sehingga rezeki tersebut melimpah keluar ke negeri-negeri lain, Alhamdulillah, rezeki negeri Kelantan, rakyat negeri lain turun merasainya.

Insyallah, moga-moga pada 14 Jul nanti, harapan kita PAS melalui abe Uji akan menang mempertahankan kerusi DUN Manik Urai.. Amin.

1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari