Hari ini berita memaklumkan 11 buah lagi PKLN di tutup, malah sebuah kolej pembantu perubatan di Alor Star Kedah pun turut diserang, IPTA seperti UITM sudah berapa kampusnya yang ditutup, UPM di juga ditutup, itu yang disiar di akhbar, yang tak disiar sepeti UPNM Universiti Pertahanan Negara (ATMA) juga di tutup, semua pelajar di suruh balik dan dikurantin dirumah..
Kenapakah bila masaalah ini timbul para pelatih dan pelajar di suruh balik kerumah...kononnya dikurantin atas jagaan tanggung jawab ibubapa masing-masing.. nampaknya seolah-olah kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab nak lepas tangan... masing-masing tanggung.... lebih baik jangan nak memerintah negara, kalau bencana seperti ini tak dapat nak diselesaikan.
Apakah dengan kaedan menghantar pelajar/pelatih balik ke rumah masing-masing, penyakit yang menyerang itu tidak akan berjangkit kepada orang lain disekitar masing-masing yang terlibat.. apakah pihak berkuasa yakin kurantin tersebut akan berjaya dan dapat dikawal...
Sebagai contoh seorang anak kawan aku sendiri pelajar dari UPM, baru melapor bulan lepas terpaksa balik, semalam aku nampak kat surau.. tak perasaan lagi.. ingat kut cuti ka apa ka.. rupanya baca berita tadi UPM pun tutup dah.. tadi aku pi surau jumpa pelajar tu,, sempat aku sakatnya... kenapa tak pakai tutup mulut.. sengih budak tu.. itu OKlah budak sehat.. kalau yang membawa penyakit, ia keluar merata dan berjangkit pada manusia yang lain bagaimana... bukan semua budak boleh dengar cakap dan arahan... mak bapa mereka ada juga yang bekerja, sapa yang nak jaga betul-betul kalau pelajar yang terlibat dengan penyakit tersebut...
Apa pun pada pendapat aku, kaedah menutup pusat pengajian dan PLKN adalah tidak berapa tepat.. adalah lebih kawalan dan kurantin dilakukan di pusat-pusat yang terlibat.. dengan itu kawalan boleh dipertingkatkan... Bagaimana pulak kalau berpuluh Pusat Serenti pula yang kena wabak selsema babi.. apakah mereka juga akan disuruh balik bercuti... fikirkanlah.. Inilah tahap pemimpin UMNO yang dikatakan bijak memerintah negara.. bari sahaja Allah turunkan bala dan kelam kelibut jadinya...Apakah dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di media dan di TV mengenai pencegahan wabak tersebut maka penyakit tersebut dapat dicegah, mungkin boleh kalau dengan izin Allah... tetapi yang seelokknya kenalah kita bermohon dan munajat pada Allah.
Lagi satu sikap pemerintah dan termasuk kita semua, bila kejadian begini kita lupa kepada siapa yang melakukannya iaitu Allah S.W.T yang menurunkan segala bala dan cubaan untuk hambanya.. Apakah hambanya itu bersedia untuk menerimanya... Dulu aku ada sekali mengingatkan mengapa tidak diadakan program sembahyang hajat untuk memohon pada Allah untuk menghindarkan dari bala tersebut, maka adalah terdengar program itu telah dilaksanakan... tetapi cukupkah dengan sekali buat sahaja, kemudian nak minta Allah makbulkan... kita semua bukannya wali Allah, sekali doa Allah dah makbulkan.. sepatutnya program ini kenalah berterusan, selagi wabak dan bala dari Allah ini tidak berkurangan, malah semakin bertambah.
Mungkinkah bila ada anak-anak pemimpin besar negara yang terlibat sama dengan wabak tersebut, baru tindakan yang sewajarnya akan dilaksanakan...!!!
No comments:
Post a Comment