Salam...
Mungkin ini berita yang sahih, aku dah check kat BH Online, kemudia Mstar... jadi PAS Menang 65 Undi... Alhamdulillan, walaupun satu undi tetap menang.... Selamat tinggal jambatan 7 juta... selamat menjalankan tugas taukeh ikan....
Manek Urai: Pas menang tipis 65 undi
KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.
Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.
Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.
CALON Pas sedang tandatangani borang pengisytiharan di pusat penjumlahan rasmi undi di SMK Yahya Petra 1. - Foto Wan Hazmir Baka
Salam MM,
ReplyDeleteMajoriti 65 tu lebih banyak dari 1 undi. Menang jugak. Tapi jauh sangat dengan majoriti PRU12. Apa punca ha? Kalau SUA PAS alasan dia boleh agak dah..... pengundi hantu, Polis Raja Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan SPR.
Tapi aku agak UG punya penangan lah. Pengundi pikiak baik depa terus undi Umno/BN. Betoi ka macam tu?