boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 3, 2009

Wacana Ilmiah - Surat Terbuka Buat KPP

FRIDAY, JULY 3, 2009

Kepada Nasrudin Tantawi.... Jangan Hampiri Zina....

Kepada

Yang Mulia Syeikh Nasrudin Tantawi,

Ketua Pemuda PAS,

Ibu Pejabat PAS,

Jalan Raja Laut,

Kuala Lumpur

Assalamualaikum Tuan Syeikh Tantawi,

Saya minta maaf kerana menulis surat terbuka kepada Tuan Syeikh dengan menggunakan bahasa melayu harian yang biasa saya gunakan. Saya tak tau berbahasa arab yang membahasakan diri 'ana' dan 'ente'. Nak gunakan bahasa orang putih pula saya meluat berbahasa itu dengan orang yang sebangsa dengan saya, lagipun apa yang saya dimaklumkan Tuan Syeikh pun nak sebut 'intellectual discussion' pun berbelit lidah.

Apa yang ingin saya sampaikan dalam surat ini adalah berkenaan dengan 'intellectual discussion' atau 'wacana intelek' antara pihak Tuan Syeikh dengan Pemuda Umno. Saya yang hanya menghafal surah al-Fatihah dan surah-surah lazim jauh sekali dari berstatus ustaz, amat tidak setuju dengan hal ini. Bagi saya biarpun dalam apa bentuk dan cara serta nama, ianya akan menjurus kepada Kerajaan Perpaduan yang Syeikh Besar anjurkan.

Saya tidak bersetuju kerana Umno itu adalah parti orang melayu bodoh dan jahat yang tiada hala tuju sebenar serta tiada pegangan dan prinsip. Parti itu adalah parti toghut yang salah guna kuasa, pendendam hebat, menganiaya penyokong sendiri dan lawan, rasuah besar, membiarkan orang melayu miskin dan perampas kuasa apabila hilang kuasa di samping menipu dalam berbagai bentuk dan cara. Saya tidak pandai berhujah dan amat sukar berhujah dengan golongan Tuan Syeikh yang pandai dan serba tahu, lebih-lebih lagi hukum hakam. Jadi saya hanya boleh berpesan.

Cuba Tuan Syeikh renungkan kias saya ini. UMNO ini boleh diibaratkan sebagai seorang perempuan muda . Perempuan ini tentunya cantik dipandang, gebu, seksi dan menawan siapa saja yang melihat hatta orang yang bergelar ustaz dan syeikh. Gaya dan lenggok langkahnya memang melelehkan air liur bila terpandang. Kalau dalam bilik gelap atas ranjang jangan ceritalah kehebatannya. Tapi buruknya dia berkerja menjadi pelacur mewah. Biarpun dia mengatakan dia kerja apapun, dia tetap perempuan jalang.

Cuba Tuan Syeikh fikir apa hukumnya memandang perempuan jalang ini dengan pandangan panah asmara dan bersalam menyentuh kulit gebunya dengan berahi. Yang saya tahu Tuan Guru Nik Aziz yang saya amat hormati menyebut "haram hukumnya" seperti menyentuh api neraka. Tapi Tuan Syeikh dilihat amat galak sehari dua ini untuk bukan saja melihat dan bersalam tapi Tuan Syeikh hendak berkawan dengannya. Konon dengan berkawan, boleh berdakwah kepadanya. Hiii..... seram saya dengar ....... Ini mengundang fitnah besar Syeikh... Menghampiri zina...... Kan ada ayat Quran mengatakan ".....janganlah kamu menghampiri zina...."

Jangan...jangan.... Kalau dah berjumpa perempuan jalang ini, entah apa godaannya saya takut Tuan Syeikh akan terzina dengannya . Habis Syeikh.... Dulu orang yang lebih besar Syeikhnya dari Tuan Syeikh dah terkena, walaupun tak ditangkap basah semasa di dalam bilik gelap dengan perempuan jalang ini, tapi perempuan jalang ini amat megah bercerita kepada ramai orang yang dia boleh menggoda dan mengadakan hubungan dengan syeikh-syeikh besar dan telah tawar menawar harga untuk berzina. Mohon dijauhkan Allah dari semua fitnah itu......

Lebih baik syeikh bersama mengukuhkan hubungan dengan Pemuda PKR dan DAP. Buatlah intellectual discussion dengan mereka, ketatkan lagi ikatan dengan mereka. Walaupun perempuan jalang ini dan kawan-kawannya mengatakan PKR itu anjing dan DAP itu babi (Cis!!! perempuan jalang memang mulut jahat!!!). Tapi tak apa, tidak haram memandang dan menyentuh anjing dan babi. Tiada nas Al Quran yang Tuan Syeikh hafal dan faham menyatakan hukum memandang dan menyentuh dua makhluk Allah ini. Kalau tersentuhpun boleh disamak sahaja dan tidak berdosa. Samak tidak susah hanya perlu air tanah dan air bersih. Cuma orang Melayu saja yang berasa menyamak itu susah dan berat seperti mengandar dua ekor babi hutan. Walaupun perempuan jalang ini suka togok arak berjenama mahal dan mengangkang pada jantan-jantan sial tak kira bangsa, tapi perempuan jalang ini takutkan anjing dan jauhi babi kerana babi haram dan jijik.

Justeru, saya ingatkan kepada Tuan Syeikh, janganlah Tuan Syeikh berangan untuk bertemu dan bercanda dengan perempuan jalang ini walau apapun niat Tuan Syeikh. Lebih banyak mudarat dari manafaat. Nanti bau minyak wangi perempuan jalang ini melekat pada serban dan kot malah necktie Tuan Syeikh yang Tuan Syeikh tempah khas untuk bercandle light dinner dengannya. Kalau ditangkap basah masa bersama dengan perempuan jalang ini, bukan saja Tuan Syeikh tak dihormati lagi. Malah Syeikh Besar pun akan buruk namanya kerana dia telah merestui cadangan Tuan Syeikh untuk bertemu dengan perempuan jalang ini. Takkan tuan syeikh nak nikah dengan perempuan jalang ini biarpun dia cantik dan menawan. Malulah orang bercerita Tuan Syeikh kena tangkap basah dan kawin dengan perempuan jalang yang terkenal satu dunia dengan kejalangannya.

Akhir kata kepada Tuan Syeikh, jauhilah zina. Sampaikan salam saya kepada Syeikh Besar dan Syeikh Kedua Besar dan pesan saya pada mereka berdua supaya mengasah lidah dan sekiranya lidah mereka ada cabang, silalah memotongnya.

Sekian, Wassalam

Yang benar,

Lee Copper

Ahli PAS No 367xxx

Member Since April 1994

Source (leecopper)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wacana lah, unity lah ... asyik-asyik nak tipu ahli biasa. Sedar-sedarlah, insaflah. Tak usah, jangan...kalau nak jugak, tak usah bawak PAS, gi lah masuk UMNO tu!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari