Dalam minggu ini kecoh seketika dengan terjadinya kes kematian TBH yang dikaitkan dengan SPRM...
Malam tadi sewaktu aku tengah menikmati sate kambing di warung sate Padang Tembak bersama-sama bini kesayangan, tup-tup h/p berbunyi, aku dok sangka ingatkut blogger ISA call, sebab waktu tu aku baru saja lepas SMS kat ISA untuk program Dango Ceria Mamamat.. bila tengok no kat screen +60563122**.. rupanya anak aku kat Kpg Gajah yang panggil, sibuk ia tanya aku kat mana, sebab ia call rumah tak ada orang angkat.. biasalah bila anak call, ia tanya aku sehat ke tidak, tengah buat, kat mana... last sekali bila nak habis cakap baru keluar soalan... " ayah bagaimana Nizar pegang lilin, Dr Masitah kata ........"... bini aku memang dah faham perangai anak bongsu aku ni... stail itu caranya... ia sembang baguih dulu.. last sekali baru bagi soalan cepumas....
Puas juga aku nak bagi jawapan yang agak memuaskan hatinya... susah juga anak yang sorang ni.. apa yang aku nampak perangainya ada sedikit sebanyak dari arwah bapa aku....nasib baik sebelum ini ada keluar kenyataan timbalan mufti Kedah, aku pun cakaplah apa yang sebenarnya yang bagi sedikit kepercayaan kepada anak aku.....
Bab hukum ini aku tak tahu... tapi bagi cara aku yang masih jahil ni, kalau nak kira macam tu.. ahli sukan yang dok lari bawa obor api tu macam mana cerita... lagi besar api dia... Nizar setakat lilin saja... tu yang dok cucuk kat kek sambut hari jadi, lepas tu dok pi tiup sampai berlejeh ayak liok... macam mana pulak... apakah kerana Nizar orang PAS, MB PAS tak boleh melakukan sedemikian... Oii mangkok.... bab rokok yang memang sah dah haram... tu pun ramai yang hisap.. tak ada pulak sapa yang ambik kisah..... Ok lah kalau kita dok masing-masing tahan mempertahan, sampai bila tak ada kesudahan...
Apa pun, buat DS IR Nizar, mungkin ini sebagai satu pengajaran, memang aku yakin, tujuan DS IR Nziar itu sebagai menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum Cina ke atas mendiang TBH.. itu saja... walau apa pun, lain kali...jika ada perkara-perkara yang agak rumit dan boleh menimbulkan fitnah terhadap jemaah islam, adalah lebih baik berterus terang dengan pihak-pihak yang berkenaan, dan aku yakin, pihak-pihak berkenaan akan faham kita dengan kita sebagai ahli jemaah islam.
OK.. sekarang, katakanlah jika DS IR Nizar bersalah, ia cuma bersalah dengan Allah, boleh minta ampun, bertaubat, tak hubung kait dengan mana-mana insan manusia lain.Tetapi bagaimana pulak dengan mamat sorang ni, kalau dulu sibuk dengan Islam Hadari, tetapi dua tiga sudah pi bertemu denganMenteri Pertahanan Israel Ehud Barak.. ni apa cerita...apakah nak berwacana ilmiah atau nak buat kerajaan perpaduan antara UMNO-ZIONIS.....
Sebelum ini sibuk buat bantahan kepada Israel, buat sidang tergempar kat Parlimen, tup-tup tak lama lepas tu pi sondoi muka kat Israel.. apa cerita ni.. dalam dok menafi tak pi jumpa PM Israel, tetapi pi jumpa teman sejawatan pulak....
Bab ini pun aku tak tau juga apakah hukumnya bila kita dok terhegeh-hegeh sua muka dengan musuh Islam yang paling nyata sekali.. apa tujuannya.. nak jual senjata malaysia... Israel punya lagi canggih, aku takut si mangkok ni ambik ilmu dari Ehud Barak, dan lepas ni umat Islam di Malaysia siap sedia akan jadi mangsa UMNO sebagai mana umat Islam di palestin dan umat Islam di Gaza.
Dalam suasana yang UMNO akan pupus dari bumi Malaysia ini tidak mustahil perkara yang berlaku keatas umat Islam di Palestine itu akan terjadi pula di Malaysia... UMNO sanggup melakukan apa saja demi survival mereka....sama-samalah kita tunggu dan lihat.......
No comments:
Post a Comment