Pemuda PAS selar Khairy isu wacana |
Jimadie Shah Othman Jul 2, 09 2:25pm Pemuda PAS menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung usaha mengadakan perbincangan ilmiah kedua-dua sayap tersebut - didakwa digambarkan sebagai "kerjasama PAS-Umno" - yang disifatkannya "dolak-dalik politik." "Cara Khairy ulas tidak kena dengan jemputan (Pemuda PAS), lari topik. Cara dia (Khairy) mengulas itu seolah-olah ada kerjasama antara PAS dan Umno. "Itu political swing (dolak-dalik politik) dialah. Kita faham. Kita lihat rakyat juga faham (maksud sebenar kita)," kata Setiausa Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad. Susulan reaksi ahli parlimen Rembau itu, Kamaruzaman diminta mengulas sama ada Pemuda Umno "ikhlas" menyambut tawaran dewan tersebut untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam." Semalam, kedua-dua sayap itu bersetuju menjayakan program tersebut dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang sedang menetapkan masa, tarikh, tempat dan format yang akan ditetapkan kemudian. Tajuk tersebut dipercayai belum muktamad. Penganjuran program itu diumumkan oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen. Khairy - yang tidak hadir di sidang media itu - kemudian menyambut baik pelawaan Pemuda PAS dan melihatnya sebagai perkembangan besar yang selama ini sukar dijayakan kerana sering "diganggu parti lain dalam pakatan pembangkang". Beliau dilaporkan menyifatkan tindakan dewan itu sebagai langkah berani dan menepati pandangan pergerakan tersebut yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno. Diminta mengulas kesesuaian program itu buat masa ini, Kamaruzaman berkata: "(Soal) masa tidak ada masalah. Cadangan itu selari dengan cabaran debat mursyidul am PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat) kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak). "Ia selari dengan hasrat Tok Guru. Isunya kesediaan Umno (menerimanya)." Penganjuran program ini boleh mengundang pelbagai tafsiran salah susulan isu kerajaan perpaduan yang belum reda dalam PAS sehingga pernah menonjolkan keretakan besar antara beberapa pemimpin utamanya. Ditanya sama ada Pemuda PAS mendapat tekanan daripada pemimpin atasan parti sehingga mengeluarkan kenyataan susulan berhubung wacana ilmihnya dalam tempoh enam jam selepas ia diumumkan, Kamaruzaman menafikannya. "Tidak ada setakat ini," katanya, yang juga ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Susulan beberapa laporan berita yang disifatkannya "putar belit", Kamaruzaman berkata: "Media ini biasalah. Kita kata A, akan jadi A tambah B tambah C. Akhirnya B dengan C lebih banyak daripada A. "Kita perjelaskan perkara itu bahawa media salah lapor (tentang wacana ilmiah)." Beliau mengaku mendapat banyak panggilan daripada akar umbi parti bertanyakan hal itu akibat pemberitaan tersebut. - malaysiakini Komen - Tak serik-serik... bila dah kena main depan dan belakang tau pula nak marah, oiii faham lah sikit... kalau dah UMNO tu tak payah lah dok pi gatai nak cari pasai... kalau tidak TGNA tak katalah UMNO tu spesis Komunis, spesis Ayah Pin, aku pun tak tau nak kata apa.. degil ka ketegaq apa ka ......!!???@#$%^&*(). |
boikot
Segarkan ingatan anda...
Thursday, July 2, 2009
Wacana Ilmiah - Apa dah jadi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak sedaq diri, dgn puak-puak Umno ni bukan kata tak boleh jumpa.... jeling pun tak boleh. Tapi ustaz-ustaz ini pun satu perangailah.
ReplyDeleteKalau baru belajaq jadi kawaq, nak pi berkawan dgn penyamun profesional..... habis lah kawaq.