Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.
Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.
Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap
Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.
Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.
Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.
Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). - mks. _
Komen: Semenjak Musa Hasan menjadi IGP jenayah di Malaysia semakin bertambah, anggota Polis sendiri pun dah jadi perompak, malah yang terbaru ada pulak yang sanggup jual senjata api.. itulah hebatnya Musa Hasan, tak perlulah nak dipecat, bila sampai kontrak sambungnya terminate aja contractnya tu.. lagi sorang Peguam Negara.. itu pun patutnya di pecat... kedua-dua mereka adalah lantikan dari Mahathir atas mengenang budi dalam kes DSAI tahun 98 dahulu..
Manusia diberi akal supaya dapat berfikir secara rasional tentang apa kenapa bagaimana dan bila tentang segala apa apa yang berlaku supaya ianya menjadi pengajaran kepada kita.
ReplyDelete