boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 24, 2009

Cukup Setakat Ini.....

Salam Sejahtera..

Petang semalam kita semua dah lihat dan dengar dari media yang sorang hamba Allah ni telah diserang stroke ......

Aku tak mau nak cerita banyak... bab dia ni.. aku tak pasti.. tapi mengikut pada cerita dari bini aku, dia ni dulu lelaki, kemudian tukar jantina... menikah dengan Cina..sesiapa boleh tolong sahkan... aku cuba juga dok perati biji halkum kat tengkoknya itu bila gambarnya ditayang di TV.. tapi tak sempat pun....

Lagi satu beliau ni telah banyak kali menharum nama negara di mata dunia dengan mendapat anugerah filem terbaik, tetapi bila filemnya dipertandingkan di Malaysia kalah memanjang... dah menjadi buah mulut pencinta hiuburan filem... lantak pi lah aku peduli apa, menang kalah aku rugi tidak, untung pun tidak....

Cuma pagi tadi aku sempat terbaca dari penulis terkenal Faisal Tehrani, sesama orang seni, yang mendoakan kesihatan hamba Allah ini... Baca DI SINI

Kemudian malam tadi sambil aku dok tunggu air cond sejuk kat bilik nak tidur, aku dok bersungut kat bini aku, eloklah juga Allah turun musibah kepada sesiapa hambanya yang ia suka, kerana bagi aku beliau memang banyak membuat filem yang terbaik, tetapi kalau atas dasar Islam memang amat mengelirukan penonton, itu yang aku baca banyak sekali.. aku tak biasa tengok pun filemnya, CD cetak rompak cerita dia pun aku tak beli...
Cerita lanjut mengenai komen terhadap hamba Allah ini boleh baca di SINI

Sayangilah.. akal fikiran yang Allah kurniakan kepada kita, Janganlah kita persia-siakan anugerah Allah itu dengan membuat kerja-kerja lara malah bertentangan dengan syariat Islam, Kita marah kalau orang kata kepada kita kalau kita bukan Islam... tetapi inilah yang terjadinya.. Moga-moga Allah S.W.T dapat mengampuni hambanya... AMIN.


6 comments:

  1. sebagai saudara sesama islam dan atas dasar kemanusian.. teman harap moga yasmin ahmad sembuh dan kembali taubat dan kembali ke jalanNYA.

    ReplyDelete
  2. he he he he he he he he,,, semoag kita semua memdapat taufiq dan hadayah TUHAN,,,,,,,

    ReplyDelete
  3. Yasmin Ahmad @ Zulkifli Ahmad??

    Search lah kat google, gerenti jumpa punya...

    Patutlah macam terlampau liberal sangat....

    ReplyDelete
  4. Err...

    Abg manjung dan kawan-kawan semua...

    Yasmin Ahmad atau Zulkifli Ahmad seperti yang En Jack cakap tu adalah benar.

    Ketika dahulu Kak Min mempunyai kekeliruan terhadap jantina. Tetapi bukan la kekeliruan terhadap sesuatu yang dah memang nyata. (Macam pondan tu). Yang elok bahasanya adalah Kh**sa.

    Beliau telah merujuk kepada pakar di Jabatan Islam dan beliau telah disah jantina sebagai perempuan dan beliau hilang identiti lelaki beliau.

    cerita ini teman dapat daripada Bonda teman sendiri dan juga seorang bekas staff di Leo Burnett.

    Bab cerita-cerita dia nih... saya sebetuinyer rasa, rakyat malaysia masih belum cukup matang untuk terima cerita kak min nih.

    Bak kater dr wahab..

    Aqidah ialah rangkuman pengakuan dengan lidah, penerimaan benar dengan hati dan melaksanakan secara berperaturan.

    Kalau cerita dia tu terpesong aqidahnyer, siapa sebenarnya yang terpesong, ceritanya atau orang yang tengok ceritanya. Kalau kita nih jenih buat camnepun, tekad dan akad, tuhan kita satu... tak jadi masalah...

    Tu pendapat sekupang teman.

    ReplyDelete
  5. hmmmmmm semoga yasmin cepat sembuh dan mengikut jalan yang BENAR,,,, sebagai manausia yang ngaku MUSLIM elok lah kita doa kan dia,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  6. Dia beramal mengikut apa yg dia faham. Mungkin apa yg dia faham tu adalah berdosa, wallahualam. Siapalah kita yg hendak mengatakan dia membuat kerja yang bertentangan syariat islam? Adakah hang tahu niat dia dlm membuat kerja tersebut? Macam Dugong katakan, mungkin niat dia betul tetapi kita penonton ini yang mempunyai pemikiran yg tidak mampu menilai secara sepatutnya.

    Tentang dia kawin dgn cina, hang tahu ke perkara sebenar? Cina tu cina muslim ke tidak, hang dah sahkan ke sebelum menulis ni?

    Juga, sedarkan hangyang Yasmin ni banyak membantu Mercy Malaysia. Bagaimana pula dgn hang?

    Sepatutnya kita mendoakan yg baik-baik untuk sesama muslim.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari