boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 10, 2009

PRK DUN N41 Manik Urai -MSO Mengawan Lagi......

Salam Sejahtera...

Dalam Suasana TGNA dan ahli-ahli PAS yang berkampung di DUN Manik Urai berjuang menetang UMNO Laknatullah, tiba-tiba hari ini si penulis/Blogger MSO masih membuat hal.
Dah lama juga ia tak menulis sesuatu isu menghentam TGNA, tetapi hari ini dia dah mula balik...

Itulah tajuk glamour yang ada dalam postingnya, awal-awal tajuk dah mula menghengtam TGNA, malah kali ini tajuk posting itu mendapat tempat dalam web akhbar pro UMNO.. ada kat malaysia-instinct. Itulah dasar ahkbar dan media UMNO, segala yang boleh jadi modal, dia akan pergunakan, tambahan pula dalam suasana PRK DUN MU, yang mana UMNO dalam suasana nak mempertahankan diri, cukup sudah 5 PRK UMNO dah tewas...

Kali ini pelesit MSO naik nafsu amarahnya bila TGNA menyentuh boneka UMNO yang menjadi idola MSO.. itu yang ia marah sangat, sudahlah dulu TGNA menghalang Kerajaan Perpaduan, tup-tup sehari dua ini TGNA menyentuh pulak lagi pasal boneka UMNO tersebut, kenapa tidak turun berkempen di Manik Urai, salahkah TGNA berterus terang dalam hal tersebut, perlukah ia nak berselindung lagi, sedangkan bukan sahaja ahli PAS, malah semua rakyat Malaysia yang berminat dengan politik mengetahui hal sebenar.

Tak perlu TGNA nak menghormati kapasiti boneka UMNO itu sebagai Timbalan Presiden, kalau kelakuannya secara peribadi tidak mengembirakan ahli dan penyokong, mana satu yang perlu TGNA nak jaga, Timbalan Presiden atau keseluruhan Ahli dan Penyokong PAS.

Ada sahabat yang kata kepada aku, kita bukan hormat kepada Timbalan Presiden, tetapi kita kena hormat kepada perwakilan PAS yang melantiknya... betul.. yang itu aku setuju, tetapi aku nak tanya balik, apakah perwakilan akan lantik Timbalan Presiden yang ada sekarang ini jikalau di adakan sekali lagi pemilihan atau muktamar......dalam suasana perangainya itu... kenapa selepas muktamar baru nak tunjuk jaguh ketegaknya itu, kenapa sebelum muktamar buat baik, betul-betul macam ulama...

Niat TGNA adalah baik untuk mempertahankan maruah PAS, itu yang kita kena ambil, jangan kita nak membela seseorang itu atas peribadi atau atas sesuatu kepentingan atau pun juga dendam kesumat.. apakah masih ada lagi tangan-tangan boneka UMNO yang lain mengarahkan MSO pelesit membuat kacau bagi menghalang kemenangan buat PAS...Wallahhuaklam.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari