boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, July 4, 2009

Ustaz Kena Buang Daerah..

Salam Sejahtera..

Sebentar tadi aku baru saja balik dari Kuliah Magrib di Surau Madah Fasa 1A, yang di sampaikan oleh Ustaz Zulqarnain Ibrahim dari Ipoh (Bekas Calon PAS DUN Manjoi). Kuliah sebulan sekali setiap awal Sabtu minggu Pertama berkisarkan tentang Solat (Tuhsinus solat)..

Setelah bermula dengan mukadimahnya penting menuntut ilmu Allah dan keberkatannya serta kerugian orang tidak menuntut Ilmu, selesai mukadimah, nak bermula kuliah tersebutlah dari mulut beliau yang dia dah kena buang daerah... Terkejut seketika makmum yang ada...

Sebelum ini dah 2 tahun lebih beliau mengajar di Masjid An Nasriyah Stiawan, aku memang ikut kuliahnya itu di masjid Setiawan, tak ada pun sebut hal politik, yang beliau ajar cara nak memperelokkan solat, tup-tup bila UMNO merampas kuasa negeri Perak, maka biasalah umpama Red Indian dapat pistol lah jadinya.. masjid-masjid yang tak sempat di ambil alih oleh AJK Baru, maka UMNO dengan muka tak tau malu terus merampas semula masjid, maka kalau ada Ustaz-ustaz yang tak sehaluan dengan nafsu mereka maka bulan lepas tamatlah tempat mereka mengajar di Masjid Setiawan.

Apa yang aku dapat tahu ada 3 orang Ustaz yang mengajar kuliah bulanan jemputan dari luar 3 orang yang ditamatkan perkhidmatan mereka, Ustaz Zulqarnain, Ustaz Wan Tarmizi dari Ipoh dan Ustaz Haji Ahmad Rizam Ghazali dari Kuala Buku Bharu. Ketiga-tiga Ustaz ini telah dibawa ke Surau Madah untuk menyambung kuliah mereka.

Dalam ucapan Ustaz Zulqarnain tadi, beliau mengucapkan terima kasih kerana Surau sedia menerimanya setelah beliau dibuang daerah dari masjid tersebut, beliau mengatakan apakah hukumnya orang yang menghalang majlis ilmu Allah, .. berat tu nu auuzubillah...

Aku sempat perati balik, adalah 8-9 orang oarang jemaah tetap masjid Setiawan datang ke Surau tadi, kerana tak nak lepas ilmu yang disampaikan, tetapi itu golongan 40-50 han punya umur, tetapi bagaimana warga pencen, 50han ke atas, yang selalu ada kat masjid tu, aku tak nampak, memanglah jauh juga bagi golongan tua macam tu nak ikut.. kesian juga kepada mereka... inilah hadiah UMNo kepada orang melayu untuk belajar agama, memang dasar UMNO mahu orang melayu biarlah bodoh dari segala serba serbi supaya mereka mudah menipunya...

Itu baru kat masjid Setiawan, bagaimana lagi beratus-ratus masjid lain di seluruh negeri Perak, apa yang terjadi... itulah dasar UMNO yang berlaku di peringkat bawah akar umbi... sedangkan pemimpin mereka yang duduk kat pusat, di ibu negara, di Putrajaya.. hari-hari mencanangkan mereka mahukan perpaduan..perpaduan.. perpaduan kepala hotak hangpa... yang boneka UMNO dalam PAS pun dok terhegeh-hegeh sama-sama nak jalin kerjasama perpaduan.. harapan aku sabarlah sikit, banyakkan kerja bagaimana nak tarik kepercayaan rakyat Malaysia yang layak mengundi akan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. Adalah lebih baik kita lenyapkan UMNO dahulu untuk memudahkan kerja-kerja Islam pada akan datang.

Perkukuhkan balik hubungan antara ketiga-tiga parti Pakatan rakyat.. Janganlah lagi bagi kami rakyat bawahan keliru, apa yang terjadi di Kedah, Di Pulau Pinang dan Selangor... kalau ketiga-tiga negeri ni pun dok bertelagah, hang katakat aku, aku kutuk hang balik, bila nak selesai, rakyat memandang, kalau 3 negeri dah berkecamuk, bagaimana nak memerintah negara, memang perkara yang berlaku tu kecik saja.. tetapi dari kecik boleh jadi besar, kerana media UMNO yang tolong dok perbesarkan.. yang pimpinan kita pula bangga bercakap dikaca media TV seolah-olah langsung tiada rasa bersalah, disatu pihak saja yang bersalah, kami lagilah bertambah pening.. ingat masa semakin suntuk untuk memulihkan kepercayaan rakyat untuk memenangkan Pakatan Rakyat, apakah kita mahu UMNO BN nak memerintah lagi Malaysia ini..

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari