boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, July 25, 2009

Rasuah - Malaysia VS Singapura...

Salam sejahtera...

Aku terbaca satu artikel dari Cyberita mengenai perihal rasuah di negera penulis itu Singapura dengan Malaysia... jauh bezanya... malu weiii dapat komen dari negara jira..... aku salin balik tanpa edit...

Komentar : 25 Julai 2009

ANAK PASCA MERDEKA

ANTARA SEBIJI PULASAN DAN AMALAN RASUAH

Oleh
Mohd Noor A. Rahman

BARU-BARU ini saya pulang dari Malaysia membawa bersama buah tempatan - durian, rambutan dan pulasan - dalam but kereta.

Saya tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas dan menjalani pemeriksaan seperti biasa. But kereta diperiksa seorang pegawai keselamatan.

Pegawai muda itu ternampak pulasan dan bertanya apakah itu rambutan atau bukan. Saya menjawab itu pulasan namanya.

Terdorong ingin tahu lebih lanjut, beliau bertanya apa beza antara rambutan dengan pulasan. Lalu saya cuba terangkan perbezaan dari segi kulit, selain menambah ada juga yang menyatakan ada perbezaan dari segi rasa.

Untuk membantunya memahami lebih lanjut, saya keluarkan sebiji pulasan dan sebiji rambutan agar beliau dapat melihat secara dekat kulit dua buah tersebut.

Lalu saya menawarkannya agar merasa sendiri pulasan itu. Jawapannya membuat saya tergamam sebentar, namun membuat saya terukir senyuman.

'Eh tak boleh bang, nanti kena tangkap,' ujarnya ringkas tetapi penuh makna.

Satu pulasan mampu membuatkannya jadi bimbang dan menolak pelawaan saya, walaupun tiada pun sekelumit niat jahat di antara kami.

Semasa beredar dari pusat pemeriksaan itu, saya terus tersenyum dan timbul rasa bangga terhadap sikap pihak keselamatan dan penguatkuasaan kita.

Saya kemudian teringat peristiwa semasa saya mahu pulang ke tanah air selepas bertugas di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.

Selepas mendaftar di kaunter syarikat penerbangan di lapangan terbang di sana, saya beratur di laluan pemeriksaan imigresen.

Tiba giliran saya, pegawai meminta saya usah maju kerana beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa beberapa pasport dan memberikannya kepada pegawai itu.

Pasport itu disambut pegawai itu lalu diperiksanya.

Selepas diperiksa, lelaki itu memberi beberapa wang kertas kepada pegawai tersebut lalu mengucapkan terima kasih dan mengiringi beberapa wanita (pembantu rumah) melepasi laluan imigresen itu.

Tergamam saya melihat kejadian itu kerana tidak dipedulikan pegawai tersebut.

Mengingati kes itu menjadikan saya syukur akan negara kita yang tidak mengalami kes seperti ini.

Menurut senarai 'kedudukan pemerintahan bersih' terbitan Transparency International, daripada ratusan negara, Singapura sering diletakkan sebagai negara paling tidak rasuah di Asia tahun demi tahun.

Kemudian saya teringat satu lagi kes membabitkan seorang peniaga Malaysia yang telah dikenakan hukuman penjara enam minggu atas kesalahan rasuah di sini pada awal tahun ini.

Awalnya, dia melakukan kesalahan membuat pusingan-U haram selain memandu bertentangan trafik lalu ditahan seorang pegawai polis Singapura.

Pegawai itu kemudian menjelaskan kesalahan peniaga tersebut dan memintanya pergi ke balai polis bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Peniaga itu berkata:

'Kenapa mahu lakukan ini? Awak harus lepaskan saya. Kita boleh jadi kawan. Lain kali awak datang ke Malaysia saya akan jaga awak. Banyak perkara yang baik.'

Akibatnya, peniaga itu dituduh dengan niat cuba memberi rasuah. Mahkamah Rendah Singapura mendapatinya bersalah dan mengenakan denda $15,000.

Namun, pihak pendakwa merasakan hukuman itu terlalu ringan dan merayu ke Mahkamah Tinggi yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara itu.

Beberapa akhbar di Malaysia melaporkan berita itu dan ada yang membuat komentar. Contohnya, akhbar harian Cina, Sin Chew Jit Poh, dalam komentarnya menyatakan jika kejadian itu berlaku di Malaysia, apa yang dikatakan peniaga tersebut tidak akan memudaratkan dirinya.

Peniaga tersebut boleh menjelaskan dia hanya membuat tawaran persahabatan dan berharap pegawai polis itu menunjukkan ihsan. Apa pun, dia tidak menawarkan sebarang wang sebagai rasuah.

Akhbar itu menambah peniaga tersebut boleh menyatakan bahawa di Malaysia, sesiapa saja akan berkata sepertinya apabila ditahan kerana melanggar undang-undang. Boleh dikatakan ini budaya warga Malaysia.

'Itulah Singapura. Pegawai polis yang menahan peniaga itu adalah warga Singapura yang telah disemai nilai-nilai kesingapuraan dan di bawah sistem Singapura.

'Sistem Singapura agak tegas terhadap sebarang kesalahan undang- undang. Ia juga tidak membenarkan sebarang keraguan,' tambahnya.

Ya, itulah satu perbezaan besar sikap bukan sahaja di kalangan pegawai keselamatan dan penguatkuasaan negara ini, bahkan juga ramai warga setempat berkaitan rasuah.

Ramai warga akur amalan tumbuk rusuk ini satu jenayah besar dan serius dan tidak berani menawarkan rasuah kerana tahu hukumannya berat.

Lagipun, risikonya besar kerana pegawai penguatkuasaan undang- undang setempat diketahui tidak mengamalkan rasuah.

Bagi saya, amalan rasuah ini tidak boleh dibiarkan bertapak biar sedikit pun, apatah lagi berakar umbi sehingga menjadi tabiat semula jadi warga.

Di banyak negara, amalan makan suap ini berleluasa sehingga menjadi tabiat semula jadi dan turut membabitkan bidang perniagaan dan tender projek.

Ini menyebabkan tender menjadi tidak telus dan sukar dimenangi selain menyebabkan kos projek meningkat dengan banyaknya. Yang kaya menjadi semakin kaya, dan si miskin terus papa.

Memang ada sebilangan warga asing melihat undang-undang Singapura amat mengongkong. Tetapi bagi saya, ia bukan satu masalah kerana ia sebenarnya berpunca daripada penerimaan mereka terhadap undang-undang masih rendah.

Mereka kurang menghargai undang-undang sebagai alat penting dalam menjaga keselamatan sosial dan mendukung moral masyarakat.

Kita harus pastikan Singapura terus bersih rasuah semampunya dan mengamalkan sikap telus, bersih dan amanah - walaupun yang membabitkan sebiji pulasan.c


Komen: Apa yang dinyatakan oleh penulis tersebut memang aku tak nafikan, malah aku sendiri beberapa kali melihat sikap anggota polis sewaktu aku pi membeli ayam di kilang proses ayam kat belakang rumah aku... datang anggota polis dengan menggunakan kereta rasmi, pi beli ayam minta dua ekor, bila Cina tokeh dah bagi dua ekor, dengan mata aku sendiri nampak hanya RM10.00 sahaja yang dibayarnya....tokeh Cina tu pun terima juga tanpa berkata apa-apa... ramai yang memerhatikannya... RM10 untuk 2 ekor ayam gred A... modal harga beli pun tak dapat...apakah ini bukan rasuah.... lepas tu bawa balik ayam tu bagi anak bini makan... anak-anak lepas tu banyak yang jadi menyetan kat Sekolah....




1 comment:

  1. kt tempat saya... sy tgk sdr kdi pancing udang... orng lain bersusah payah pancing nk dapat udang itu pun blm tentu besaq kecik... pulis datang terus dapas 2 beg lagi... tak yah pancing2 cume datang senyum kat towkeh je... besaq2 lg tu...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari