boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 25, 2011

Ini cerita dari pihak DAP...

Salam Sejahtera,

Biasalah bila dah keluar dari sesuatu parti politik tu,, ada saja yang tak betul kenapa ia keluar dari parti tersebut, kecuali seorang ahli politik Tan Sri Lee Lam Tye,, keluar DAP hanya menangis sedih,,,,, tanpa komen....



Sekarang kita baca apa pula jawapan dari pihak DAP.....


Niat jahat burukkan DAP terbongkar

25 July 2011

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Tindakan seorang bekas ahli DAP yang menyertai pertubuhan perkauman Perkasa telah membuktikan niat jahat penyertaannya dalam DAP semata-mata untuk membuat fitnah terhadap parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.

Mohamed Razali Abdul Rahman yang menyertai DAP daripada UMNO selepas pilihan raya umum 2008 telah mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat laporan polis berkenaan isu hangat mainan Utusan Malaysia yang menuduh DAP cuba menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Bagaimana pun, laporan polis beliau sehingga hari ini tidak ditunjukkan kepada umum walau pun menerima tekanan dari pelbagai pihak supaya menonjolkan “kebenaran” beliau berikutan berita palsu dan hasutan Utusan Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata keputusan Mohamed Razali menyertai Perkasa tidak mengejutkan sama sekali kerana ia mendedahkan sikapnya yang perkauman serta suka lompat parti.

“Dahulu masuk UMNO, dan kemudian apabila hadapi masalah dengan UMNO, dia lari masuk DAP kerana ingat boleh dapat habuan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang. Sekarang masuk Perkasa pula,” katanya kepada Roketkini.

Utusan sebagai lidah rasmi UMNO dan Perkasa hari ini dengan gambar besar bertajuk “Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa” menunjukkan Razali menyerahkan borang keahlian Perkasa.

Mohamed Razali dilaporkan berkata, penyertaannya ke dalam pertubuhan ultra Melayu itu bertujuan untuk membongkar “rahsia DAP” kepada orang Melayu.

Sehubungan itu, Zairil berkata, Mohamed Razali bebas untuk “membongkarkan” apa sahaja kerana DAP yakin dengan amalan cekap, akauntabel dan telus yang diterima ramai rakyat Malaysia.

“Bongkarkan sahaja. Apa yang bakal dibuatnya akan sekali lagi tidak berakal dan kelihatan sebagai fitnah semata-mata.

“Namun, tindakan menikam dari belakang melalui fitnah dan tohmahan ke atas DAP menunjukkan bahawa beliau hanya seorang yang sanggup menjual maruahnya kepada sesiapa yang sanggup membeli,” katanya.

Beliau menambah DAP tidak rugi apa-apa dengan ahli yang opportunis dan perkauman.

“Ramai lagi ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi termasuk dari kalangan orang Melayu yang jujur dan ikhlas. Mereka inilah tonggak perjuangan DAP, bukannya orang-orang yang rakus dan gila pangkat serta kedudukan,” katanya. – Roketkini.com





Sendiri fikirlah bro..... harap-harap sahabat baik aku ni.......
.
jangan dok buat perangai macam yang sama tu no.........,



4 comments:

  1. tengok muka pun dah tau dah.. ini muka kecewa tak dapat projek.

    ...sebab tu laa dok lompat sana sini macam monyet.

    ReplyDelete
  2. Muka org munafik amat jelas....tengok muka pun dah tau apa nak heran.....yg penting dapat duit tak kira halal atau haram....

    ReplyDelete
  3. Skot,, pelumba tour d lumut team hhahhaha,, gua yakin dan percaya mat saman kati ni pun sama,,, maaf laah jika gua salah anggap.. persepsi gua skot hahahahha.......

    ReplyDelete
  4. barua betoi...misai punya tebai sampai mulut pun tak nampak...khaqqqqqqqqqqqqqqq ptuihhh

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari