Wan Azri Selar Dakwaan Beliau Pengundi Hantu, Papa Gomo
KUALA LUMPUR 23 Mac - Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris yang dituduh sebagai pengundi hantu menyelar dakwaan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan beliau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -12 sebelum ini.
Menurut Azri yang merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd, beliau juga terkejut dengan dakwaaan Rafizi itu kerana tahun ini merupakan kali pertama beliau membuang undi.
"Pengundi hantu macam mana sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU 12 saya belum ada kesedaran untuk mengundi."
"Sekarang saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.
Tambahnya lagi, dakwaan pihak pembangkang yang mengaitkan dirinya sebagai Papa Gomo juga tidak benar.
"Saya nak maklum bahawa nama saya Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris kad pengenalan 8301210350** adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd. "
"Dan saya tegaskan disini saya bukan Papa Gomo blogger yang didakwa oleh pembangkang," ujarnya.
Jelas Azri, dakwaan pihak pembangkang yang mendakwa dirinya pengundi hantu bermakna kemenangan wakil PKR, Azmin Ali di kerusi Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa serta Choo Keong dari Parlimen Wangsa Maju pada 2008 adalah tidak sah.
Beliau turut mempersoalkan sekiranya terdapat agenda jahat dari pihak pembangkang yang cuba memburukkan imejnya dengan meletakkan ejen mereka di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya tidak pelik jika ada ejen pembangkang di dalam kakitangan kerajaan kerana sudah banyak kali kita dijamukan dengan adegan pembangkang dengan mendedahkan itu dan ini dari pihak kerajaan melalui agen-agen mereka," katanya lagi.
Tambah beliau, Rafizi sebelum ini pernah didakwa mengikut Akta Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) kerana menggunakan ejennya yang merupakan orang di dalam bank bagi mendedahkan maklumat mengenai National Feedlot Corporation (NFC).

Aku nak tanya,, kalau tak betul.... kenapa senarai nama ni yang terpapar di web SPR dah hilang...
Bila dah tersempit dan tiada lagi kabel untuk membelanya maka timbullah cerita yang beliau tidak pernah mengundi pada PRU12 dan sekarang baru ada kesedaran untuk mengundi. Jika begitulah bagaimana beliau cukup sedar dan mahir tentang perkara yang berkaitan denan SPR. Hanya orang yang jahil sahaja yang tak sebijaknya. Jika dulu bukan main lagi mengaku yang beliaulah blogger papagomo yang tersohor dialam siber.
ReplyDeleteInilah padahnya apabila doa-doa mangsa-mangsa dan keluarga mereka yang beliau aibkan siang dan malam telah dimakbulkan. Samalah macam idolanya yang diketogerikan sebagai rumah kata pergi, kubur kata mari masihlah lagi tak sedar diri. Memang ajal dan maut hanya Allah yang menentukan tetapi semua perancangan Allah ada sebab dan musibat.
Ada orang tempelak kononnya kamu tahu ke yang Mahathir dah bertaubat kerana itu antara dia dengan Allah tetapi jika betul beliau sudah bertaubat, ada ker kita dengar yang Mahathir pergi jumpa seorang demi seorang mangsa kezaliman beliau ketika berkuasa. Yang pasti berdosa dengan Allah, Allah Maha Pengampun tetapi berdosa dengan makhluk, jawablah di akhirat nanti. Renunglah betapa mustajabnya doa seorang yang alim yang mana Allah mengangkat darjatnya ketika jasadnya dibawa pulang ke Kedah.... Wallahualam.
Bekas Koperal Polis Korup jadi Ketua Eksekutif KL POS???? Hahaha... mamat ni SPM lulus tak? Apa ilmu yang dia ada selain dari buat fitnah dan bohong. Memang UMNO ni teruk sangat, blogger macam itu itu dia bela, dahlah ilmu tak ada....kaki rasuah, penipu, pembohong...eloklah sama-sama masa gaung...dah nak sampai ke peghujung, UMNO main balun, nak harap blogger yang cerdik pandai nak joint memang tak dapat, rembatlah blogger macam Papagomo yang minda low-class
ReplyDeleteKah kah antu mana la mau mengaku..x caya p la tenguk bila bila ada ustaz yg mengubat orang dirasuk hantu..mana der antu mengaku ..gomo gomo.
ReplyDelete