Jamil Khir sambut baik saranan Isma undi calon Muslim berwibawa
28 Mac 2013
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyambut baik saranan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang mahu rakyat mengundi calon Muslim berwibawa bagi memastikan kedudukan politik orang Melayu dan Islam terus terpelihara.
Beliau berkata melihat dalam konteks politik pada hari ini Isma bukan sekadar badan bukan kerajaan (NGO) yang mengerakkan aktiviti keagamaan, tetapi turut boleh mengambil bahagian dalam arena politik.
"Mereka sudah memberi pandangan, namun ini terpulanglah pada rakyat untuk memilih (mengundi siapa calon yang mereka mahu)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku Piawaian 'IQS: Islamic Quality Standard For Hotel Design' di sini.
Baru-baru ini dalam portal Isma, Muzakarah Ulamanya mengeluarkan pandangan bahawa calon terdiri daripada orang Islam berwibawa lebih layak dipilih menjadi wakil rakyat.
Cadangan itu dibuat Isma sebagai panduan kepada masyarakat Islam dalam membuat keputusan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Menurut Isma, usaha ini penting kerana matlamat politik dalam Islam adalah untuk mendaulatkan kedudukan agama Islam dan ia mustahil untuk dilaksanakan tanpa memilih calon muslim yang berwibawa.
Sementara itu, mengulas mengenai buku IQS itu, Jamil Khir menyeru industri pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti di negara ini, agar mengamalkan konsep Islam demi memartabatkan kepentingan ummah serta membuka pasaran baru dalam perkhidmatan yang ditawarkan.
"Inisiatif Fakulti Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Universal Crescent Centre dalam menerbitkan buku IQS bagi memperkenalkan standard piawaian yang mesra muslim bagi industri ini wajar dipuji," katanya.
Jamil Khir berkata merujuk kepada piawaian itu, hotel dan pusat pelancongan harus menyajikan makanan halal, menyediakan kolam mandi berasingan antara lelaki dan wanita serta tempat solat bagi tetamu dan pekerja hotel.
"Apabila sesebuah hotel itu mampu mengikut standard piawaian IQS ini, secara tidak langsung memudahkan hotel itu memperoleh pengiktirafan sijil Halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya. - Bernama

Yang nak bertnading mewakili Isma tu semuanya ustaz-ustaz belaka.... tapi akai letak kat mana...?
umno akan ambil kesempatan ini. mereka akan kenakan pr. lihat saja prk hulu selangaor. melayu umno terus sokong india kamalanathan bukannya calon melayu zaid ibrahim. kepada seluruh penyokong pakatan rakyat, kita perlu bersatu untuk humban bn. siapa2 saja calon pakatan rakyat wajib kita sokong. tolak calon selain calon pr tanpa melihat warna kulit. in sya Allah, kita tawan putrajaya.
ReplyDeletebn sangka mereka akan dapat kelebihan ... mereka silap kerana belum sedar bahawa rakyat akan bersatu kali ini untuk menghumban mereka.
Salam,
ReplyDeleteBaru-baru ini Papa (Gomo) kepada pucuk pimpinan UMNO ada menyiarkan 13 insiden akan berlaku menjelang PRU-13 termasuk perkara no. 12 iaitu UMNO dan BN akan diharamkan.
Saya sendiri ada mendengar perkara yang sama di kalangan pemimpin UMNO dan BN sendiri.
Ini disiarkan oleh Papa Gomo apabila pemimpin UMNO enggan melindungi beliau lagi.
Kisahnya ialah berpunca daripada hasrat PKR atau PR untuk menyaman BN, UMNO dan Utusan kerana mencetak, menerbit dan mengedar akhbar haram Warta Parlimen Permatang Pauh (saya harap Sdr minta segera dari rakan-rakan kita di Permatang Pauh untuk rujukan) pada pilihanraya kecil Ogos 2008.
Antara kandungan fitnah mengenai DSAI dalam buletin itu ialah artikel bertajuk SAH ANWAR KAKI LIWAT.
Jadi ada dua kesalahan jenayah dalam soal ini, pertama percetakan dan penerbitan haram; kedua fitnah.
Menurut pemimpin UMNO itu, PR mempunyai dalam simpanan banyak dokumen rasmi mengenai penerbitan haram itu termasuk memo antara UMNO dengan Utusan, inbois2, log-log percetakan di loji Utusan di Prai dan sebagainya.
Pemimpin UMNO itu memberitahu, semua dokumen berkenaan sekarang berada dalam simpanan pegawai kanan DSAI.
Peluang ini setidak-tidaknya boleh menyebabkan pendaftaran BN, UMNO dan aktiviti perniagaan Utusan digantung sementara siasatan selesai. Selain akta percetakan dan penerbitan, undang-undang ROS dan ROC tidak membenarkan apa-apa pembabitan dalam aktiviti secara haram atau tanpa memiliki lesen.
Bagaimanapun, sudah mengarahkan KDN, ROS dan SC (BSKL) supaya jangan memulakan sebarang tindakan.
Boleh ke macam ni?
Janganlah kita melepaskan peluang terbaik dan terbesar untuk mengkuburkan BN, UMNO dan Utusan once and for all! It’s now or never!
Selamat berjuang!