Dalam duk nafi tak mengaku... disuruhnya orang tengok cerita tu....
Ahmad Maslan: Tonton sendiri video 'aksi songsang'
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.
Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. Dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.
"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di Melaka, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.
Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan BN agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya Umum ke-13.
Beliau berkata keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.
Malah, katanya pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.
- Bernama

Ko orang gamak ke nak tengok cerita yang tentu fitnah... .Presiden parti asyik duk bercakap dosa besar,,, Ketua Penerangan Parti suruh orang buat dosa free,, cerediknya umno...
Rendah kamu ahmad maslan, parti kamu memang parti seks, joget, nyanyi dan lompat kera.
ReplyDeleteYANG SONGSANG ADALAH umno / bn MENGAJAK ORANG BUAT MUNGKAR JAUHI YANG MA'ROF. Surau ditutp, masjid di kunci dari majlis ilmu, dewan, stadium dibuka untuk pestakeji dan jelik
Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk sebelum kamu dikafankan.
Hmmmmmmmmm........nak hampir PRU nie...mcm2 fitnah timbul...sama lah mcm lu punye ayat ManjungMari....kebanyakannya ayat dalam blog lu nie 90% FITNAH.....copy pasti gambar ayat dari tempat lain kemudian komen....putarkan fakta...kemudian menghasut....menabur....menanam....membajai....FITNAH!!!!
ReplyDeleteKopiah atas kepala lu tu lakonan semata ManjungMari?
DeleteUMNO...BE END...
ReplyDeleteTengok sendiri??? Tapi tengok dulu??? Hancuss bee end...
ReplyDelete