boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 20, 2013

PRU13 - Umno kantoi bila parti sekutunya MCA bermasalah!!

Tongkat yang digunakan oleh Umno dah mula mereput.. nampaknya semakin bertambah tempang umno untuk meneruskan jangka hayatnya..


Laporan: Soi Lek letak jawatan jika Tee Keat bertanding
3:36PM Mac 20 2013 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu semalam bahawa beliau akan meletak jawatan jika BN mengumumkan seterunya Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon parlimen Pandan.

Laporan China Press yang memetik sumber hari ini menyebut, selain Ong, setiausaha agung parti itu Datuk Seri Kong Cho Ha dan naib presiden Datuk Seri Ng Yen Yen tidak tersenarai sebagai calon MCA untuk pilihan raya umum akan datang.

Bekas setiausaha agung Datuk Seri Ong Ka Chuan, juga tidak diminta untuk mempertahankan kerusi parlimen Tanjung Malim.

Akhbar berbahasa Cina itu juga mendakwa, Chua yang meletak jawatan ekoran skandal seks pada 2008, akan bertanding sekali lagi namun kerusi berkenaan masih belum didedahkan.

Ng yang juga menteri pelancongan, dilaporkan akan digantikan dengan exco Pahang Ho Khai Mun yang kini mewakili kawasan DUN Bilut.

Bendahari Datuk Tan Chai Ho, yang ditewaskan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada 2008 dengan majoriti 2.515 undi, diberi peluang sekali lagi untuk merampas kerusi tersebut.

MCA juga bersetuju untuk melepas dua kerusi parlimen – Wangsa Maju dan Kuantan – kepada Umno namun laporan itu tidak menyatakan sama ada ia melibatkan pertukaran kerusi.

MCA akan mengadakan satu lagi pertemuan pada hari Khamis untuk memuktamadkan senarai berkenaan, menurut laporan itu lagi.


Dimana intergriti Najib sebagai pengerusi BN,, senang-senang kena ugut dengan Chua Soi Lek... malu la wei,, sapa yang berkuasa ni,, MCA ka Umno... jawab mai..

Kong Cho Ha menteri saman AES pun tak mau bertanding, patutlah sekarang dah tak ada lagi envelope Urusan Seri paduka Baginda posmen dah tak hantar lagi,,kalau tidak ada saja envelope berisi gambar pamplet muka apek tu.
Apa cerita ya,, pegawai JPJ yang kereta kena bakar,,,menteri cakap mau ambik tindakan...

AES.jpg (240×176)


Dan apa cerita umno Lumut,, susahlah ini macam,, banker dah tak ada,, siapa mau tolong... along boleh tolong ka..

Persatuan-persatuan, NGO-NGO Lumut,, habislah tempay mengadu mohon bantuan tabung, menteri baik hati dah tak ada, Ha ha ha.... Zambry ada... boleh minta tolong...

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari