pada 24-03-2013 04:03
TASEK GELUGOR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah ikhlas kerana mereka sedar kerajaan begitu prihatin membantu mereka menerusi pelbagai usaha.
Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai mekanisme telah membantu kaum tersebut dari aspek ekonomi, pendidikan serta sosial agar mereka juga dapat menikmati manfaat daripada kemajuan negara.
“Kita (BN) buat ini tujuan ikhlas untuk bantu komuniti India, bukan untuk semata-mata undi BN, jadi apabila mereka (kaum India) tahu keikhlasan BN mereka dengan sendirinya dapat berfikir secara positif tentang kebaikan kerajaan.
“Oleh itu mereka dengan sendirinya dan rela hati menyokong BN tanpa sebarang
paksaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Bonding For Success’ anjuran Sri Murugan Centre (SMC) di perkarangan Flat Taman Tasek Rethina, Tasek gelugor di sini hari ini.
Program yang telah dimulakan sejak 2008 itu bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan keharmonian di kalangan masyarakat India serta memupuk semangat berdikari dalam aspek pendidikan.
Nor Mohamed berkata ketika ini, sudah ramai orang India yang telah mengecapi keselesaan hidup dan mereka juga banyak yang berjaya dalam pelbagai bidang, namun begitu kerajaan terus komited membantu mereka yang masih kurang berjaya.
“Usaha ini bertujuan menjadikan semua komuniti dalam negara ini hidup sebagai satu bangsa yang maju dalam sebuah negara yang maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020,” katanya.
Beliau berkata hasrat Wawasan 2020 kian jelas dan berdasarkan statistik ia mungkin dapat dicapai dua tahun lebih awal iaitu pada 2018.
“Jangkaan ini berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang berjaya dicapai sebanyak 5.6 peratus pada tahun lepas.
“Selain itu banyak program transformasi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menampakkan kejayaannya contohnya peningkatan dalam pendapatan negara, pendapatan isi rumah bulanan serta pengurangan dalam kadar kemiskinan, inflasi dan pengangguran,” katanya.
Siapa ada jawapannya... kenapa menteri ni yang sibuk sangat...
patut pun dia bela kaum india. Kaki putar sama macam india jugak
ReplyDeletesebenarnya dia ni keling la, tengok la muka dia.. dia buat pengumuman tu sebab lupa dia menyamar melayu.
ReplyDeletehelllooooo salah silah susur galur maaaa...
ReplyDeletetempat jatuh lagi kan orang kenangg
Bhai MM...
ReplyDeleteBukan ker dier nih Menteri yang mewakili kaum India... dier nih la wakil MIC.... errk....
Buat salah,
ReplyDeleteTak buat pun salah,
Jadi semua serba salah.
Ahli MIC,PPP dn IPF dh tk nk puji UMNO/BN lg dh.Jd terpaksa le dia org puji diri sendiri.Mcm juga baru2 ni,masyarakat India tk mau berdemo memprotes PR lg,terpaksa le org UMNO berlakon jd kaum India plk.
ReplyDelete