boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, March 31, 2013

Hik,hik, Saya tak bertanding !..Rafizi Ramli janganlah dedahkan lagi hik hik hik..

Kes saman malunya dimahkamah masih belum selesai, dimana sedikit sebanyak sudah pun terdedah salah guna dalam NFC...

Apakah dengan mengundurkan diri dari bertanding PRU 13 dapat menyelamatkan maruah dan air mukanya?..


Saya tak bertanding... – Shahrizat

  • PDF


shahrizatpwtc513

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil telah menjawab sendiri teka teki mengenai kedudukan beliau dicelah-celah kesibukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang menetapkan calon-calon untuk PRU13.
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kata : "Tak ada. Saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara."
Ini bermakna sudah pasti bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu tidak akan bertanding pada PRU13.
Sebelum ini terdapat berbagai spekulasi termasuk kemungkinan beliau diletak bertanding di satu kerusi di sebuah negeri di Utara.
Shahrizat yang ditemui selepas satu majlis di Kuala Lumpur Sabtu menegaskan beliau akan backing Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang dikatakan akan mengambilalih tempatnya di Lembah Pantai.
Katanya beliau akan turun membantu kempen bagi memenangkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.
Raja Nongchik yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai akan berentap dengan Nurul Izzah Anwar yang kalahkan Shahrizat dengan majoriti 2,895 undi.
Shahrizat yakin pengundi Lembah Pantai kini bijak membuat pilihan melihat pada prestasi Nurul Izzah yang ‘ tak seberapa’.
“Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu... habis,”katanya.
Shahrizat menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal.-30/3/2013

Terpaksalah cakap tarik diri tak mahu bertanding,, sebenarnya memang nama dah tak ada dalam senarai Najib pun, sebab ia tak pi minta restu dari Rosmah....
Apa nak risau lagi, kondo mewah dah beli termasuk di Singapura,,, itu yang Rafizi dedahkan,, yang tersembunyi dari pengetahuan  umum melainkan sesama kroni saja yang tahu, entah berapa ratus juta.... 
Kalau nk tau semua tu, pergi jumpa Rafidah Aziz mungkin ia ada banyak cerita hehe he....

Nak sokong umno lagi ka....

 

1 comment:

  1. Aduhai bangsaku!! Orang melayu dia peduli apa pasal penyelewengan UMPORNO..kebanyakannya dah rasa "selesa" apa yg dia org dapat skrg ..aduhai bangsaku..inilah akibat diperbodohkan oleh UMPORNO berpuluh tahun sehingga sudah tak dapatnak berfikir lagi. Singapore sudah tinggalkan kita begitu jaaaaauuuuhhhh sekali!! GDP per kapita mereka ialah USD 45,000..kita hanya USD9,700!!! 2015 kita hanya berangan utk capai USD15,000...aduhai bangsaku!! Ini lah akibat penipuan, rasuah, black money, menyeleweng, boros dll..tak cukup kertas nak tulis...Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah semakin hampir dng kita...Menteri2 UMPORNO dan Ketua2 Bahagian senang lenang..mak cik2..pak cik22 di kg apa cerita??!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari