SUBKY LATIF TANYA SIAPA ULAMA BOLEH GANTI MOHD SABU?
Masyarakat di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu? Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.
Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.
Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandngkan dengan rakan-rakannya yang lain. Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini.
Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu.
Jika kalah itu dikira dia ditolak, Tok Guru Nik Aziz pernah kalah di Bachok dalam PRU 1982, Ustaz Hadi pernah kalah di Marang dan Ustaz Fadzil Noor hanya sekali menang di Pendang. Kalau kerana kalah piliihan raya, maka Mat Sabu mesti digantikan, maka Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah dalam PRU lalu.
Mengapa masing-masing mencari tokoh ulama bagi menyaingi Mat Sasbu bukan kerana keupayaan berpolitik dan kepimpinan Mat SAbu, tetapi dia bukan dari golongan ulama.
Biasanya selepas PAS mengatasi krisis kepimpinannya dalam awal tahun 1980-an jawatan nombor satu dan nombor dua itu disandang oleh ulama. Konsep kepimpinan ulama yang diketengahkan PAS tahun 1982 ditafsirkan oleh setengah kalangan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari ulama.
Kerana itulah Dato Mustafa Ali, seorang yang disegani dalam PAS tidak berjaya menyaingi Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Tidak ada apa-apa masalah pada Mustapa tetapi perwakilan PAS masa itu mengira jawatan itu untuk ulama.
Tetapi antara yang mentafsirkan jawatan parti itu tidak semestinya ulama walaupun PAS berpegang kepada konsep kepimpinan ulama ialah Mustafa Ali sendiri kerana itulah dia pernah bertanding untuk jawatan itu. Mustafa adalah Ketua Dewan Pemuda yang bertanggungajwab mengemukan usul konsep kepimpinan ulama itu tahun 1982 dulu.
Mat Sabu dan Husam Musa adalah antara yang sependapat dengan Mustafa Ali. Mat Sabu adalah Eksko Dewan Pemuda PAS Pusat ketika usul itu dibentangkan dulu.
Sekalipun kebanyakan orang PAS mengira jawatan Timbalan Presiden itu adalah untuk ulama, tetapi mereka juga memerhatikan wibawa politik tokoh ulama itu apakah kepimpinannya meyakinkan atau sebaliknya. Majoriti memberikan undi kepada Mat Sabu kerana mereka yakin Mat Sabu lebih berwibawa.
Walaupun ulama masih relevan untuk memimpin PAS, tetapi wibawa dan keyakinan tetap menjadi perhatian PAS.
Tokoh ulama yang berwibawa itu dipercayai ada dan ramai, buat masa ini belum ada yang menyerlah seperti golongan ulama yang mengambil alih pimpinan dari zaman Dato Asri dulu.
Ustaz Nik Aziz sudah lama berada dalam pimpinan Dato Asri, tetapi beliau hanya menyerlah selepas pucuk pimpinan bertukar. Apakah suasana seperti itu berulang? - Komentar Subky Latif, Harakahdaily 13 September 2013
Warisi apa?
ReplyDeleteIlmu nya ka?
Bilik 121 ?
Ketawanya ka?
Mengutuknya ka?
Mengejinya ka?
Memfitnahnya ka?
bilik 121 dah dibicarakan dan didapati x bersalah TAPI bilik kat PD bersama penyanyi sib baek Esa Somad tolong cover
DeleteBhai 5.05...mmng benar kes 121 dh dibicarakan dan didpt x brsalah, ttp yg mnjd persoalan...adakh yg tertuduh didapati x bersalah kerana hnya kekhilafan teknikal... sdgkn ada 'serbuan'...ada kedua2 'tertuduh'...ada 'penguatkuasa'... ada lokasi (bilik)...
DeleteAdakh kedua2 tertuduh diserbu dan ditangkap di ruang lobi hotel?.. didapur hotel?..dikaw.parking hotel?..atau didlm lift hotel?..atau tertuduh berada didlm bilik yg berlainan...iaitu seorg dlm bilik 121 dan seorg lg bilik 112...
Apa yg menarik dan jadi tanda tanya ialah knp hakim yg septtnya mnhakimi kes tersebut telah ditukar disaat2 akhir...misteri tu bhai...
Bhai...apa beza kes 121 dgn kes seorg pendakwah dan pakar kaunseling yg 'brbakti'mmberi kaunseling pada isteri org pukul 3 pagi...moga2 takda salah no bilik lagi...
Kes yg lu sebut...takkan pr tak boleh aturkn pengakuan seorg saksi yg terlibat utk kes yg isa samad settlekn....takkn semua org trmasuk pnjaga parking atau pnjaga kaunter tak boleh jd saksi... ialah klu kena sendiri video pun jd besi...
Semuanya beresssss termasuk kes keretapi malam. Kah kah kah.dua dua sama aje. Dua dua buaya tembaga.
Deletehttp://mymassa.blogspot.com/2013/10/tiada-lagi-kopiah-dan-serban-dalam-pas.html
ReplyDeletetokoh ulama yang berwibawa itu mungkinkah sudah ada, macammana dgn dr mujahid yusof rawa?
ReplyDeleteaiseh silap letak komen.. komen yg tu utk tajuk yg di bwh.
ReplyDeletepas lanie waris nafsu serakah umno
ReplyDelete