boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, October 4, 2013

Mat Sabu tak kecil hati, Yang kecil hati kami ahli akar umbi...

Aku ka tak faham atau ada orang lain yang masih tak faham dan tak reti....

Cakap jangan kecil hati,, tetapi sedarkah apa yang tertulis tu Mat Sabu mungkin tak kisah pun dan tak ada rasa kecil hati,,, tapi aku sendiri yang baca pun kecil hati...



Baca sepenuhnya Klik Sini
Yang sokong dan pangkah Pas untuk PRU bukan orang melayu dan berugama Islam sahaja,,, orang India, Cina kafir pun nak sokong Pas,,, mereka lebih mudah berinteraksi dan mengenali Profesional untuk berinteraksi,,,




Entahlah,, kalau rasa Pas nak berundur ke belakang,, lantak hangpalah..

13 comments:

  1. Payah payah lantik Din Ayam jadi Timbalan Presiden, Menantu kat Selama jadi Naib dan 2 Naib lagi ambiklah sapa-sapa yang serbannya lebih besar dan merasakan diri mereka lebih ulamak dari ular dalam semak

    ReplyDelete
  2. Mestilah dia kecil hati. Nik aziz dah confirm kata semua ahli pas adalah ahli agama. Maknanya termasuklah mat sabu.
    Takkan sekarang nak kata sekarang dia professional pulak.
    Nampak sangat ada sikap assobiah dalam pas.

    ReplyDelete
  3. Hahaha...tak abis lg kisah syeikh mat syabu yg professional lah sangattttttt....mat syabu saja ke yg paling professional dlm pas....dan hj hadi je ke yg paling ulamak dlm pas....

    ReplyDelete
  4. jeng2 jarum macai dah masukkkkk!

    ReplyDelete
  5. olamak2 pon dah pandai pakai nektai...keh3x

    ReplyDelete
  6. Kalau kita lihat perkembangan semasa, ada sokong Mat Sabu dan ada sokong Tuan Ibrahim Tuan Man jadi timbalan presiden PAS untuk musim yang akan datang.

    Dalam hal ini kita sebagai ahli atau penyokong parti PAS perlu bertenang dan layankan penilaian kita terhadap masaalah pemilihan itu dengan akal yang waras.

    Kedua orang yang dimaksudkan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan selaku pemimpin. Apa yang ada pada Mat Sabu tidak dimiliki oleh Tuan Ibrahim begitu juga apa yang hebat dari Tuan Ibrahim tidak ada pada Mat Sabu.

    Secara lojik nya orang yang menjadi timbalan presiden belum tentu boleh jadi presiden kerana jawatan itu boleh dipertandingkan cuma ahli bawahan buat cadangan sendiri kononnya jawatan presiden tidak perlu dipertandingkan kerana mereka suka dengan orang itu.

    Dan kita dengar desas desus bahawa jawatan tertinggi mesti dikalangan ulamak selain dari itu tidak layak dicadangkan. Tahukah kita apa itu ulamak ? Dan percaya atau tidak dari status ulamak boleh bertukar jadi p*k*mak ?

    Dalam dunia politik, ulamak dan profesional serupa tiada beza kerana mereka sentiasa menggunakan persepsi untuk mempengaruhi orang ramai.

    Oleh kerana itu kedudukan Mat Sabu perlu dikekalkan kerana beliau tidak layak dijadikan presiden parti sedangkan Tuan Ibrahim mempunyai kewibawaan sebagai presiden parti yang selayaknya dia dicalonkan kejawatan tersebut.

    Mat Sabu telah membuktikan kewibawaannya sebagai pemimpin dimana beliau telah berjaya mengumpulkan ramai orang untuk demonstrasi Bersih bersama NGO tersebut.

    Apakah Tuan Ibrahim mampu mengumpulkan orang ramai melakukan perhimpunan membantah penyelewengan kerajaan BN yang dicadangkannya ?

    Jika kita selaku perwakilan parti PAS menyingkirkan Mat Sabu dari kedudukannya sekarang maka parti PAS akan mengalami nasib seperti "Lebai Malang".

    Sesal sekarang kita bersengketa, sesal kemudian tiada gunanya lagi....

    ReplyDelete
  7. Kenapa sejak lebai hadi pegang jawatan jeneral pas jadi huru hara? Dalam hal macam ni pada aku jeneral harus dipersalahkan. Yang aku nampak jeneral pas sekarang hampeh... lembab.

    Serupa jugak dengan umno sejak najib pegang jeneral umno tambah huru hara... sama hampeh macam jeneral pas.

    ReplyDelete
  8. Gaya nya lebai Hadi bagi jalan kat lebai Harun Taib supaya timbul isu TP dipilih dari kalangan ulama..jadi kes lebai Din Ayam terlepas dan yang terkena bau tahi ayam ialah Abang Mat yang bukan dari golongan ulama...ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  9. gua sokong ganti TGHH dgn TITM. Mat Sabu kekal timbalan. ....:)..saje bikin panas geng rusila...hahaha

    ReplyDelete
  10. Menyesal sokong PAS...JADI PATI AYAM SABUNG LAGI BAGUS

    ReplyDelete
  11. Kami lihat nampaknya jemaah PAS telah dijangkiti anasir-anasir yang boleh memusnahkan PAS sebagaimana musnah jemaah Islam lainnya di dunia seperti di Indonesia, Sudan dan Turki. Jika terjadi maka ia akan mengambil masa panjang untuk kembali diterima masyarakat umum kerana telah berlaku banyak kekeliruan dan fitnah terhadap dai-dai yang ikhlas dan berlaku krisis kredibiliti yang mengelirukan terhadap jemaah dan pimpinan. Mereka yang terlibat ada ciri-ciri di planted dan infiltrate dengan melakukan perkara-perkara mengelirukan dan akhirnya merosakkan kredibiliti jemaah dan dakwah Islam. Malangnya suasana ini terjadi dalam keadaan wibawa pimpinan sudah kendur oleh kerana faktor umur dan kerana sudah dikelilingi anasir-anasir jahat dan lebih memudaratkan bila anasir-anasir sedemikian sudah berada dilingkungan menjadi ahli keluarga pimpinan. Kami berpandangan isu-isu berbangkit dalam suasana pemilihan calon PAS kali ini memang sudah di infiltrate anasir-anasir jahat dengan mission-mission tertentu. Majlis Syura Ulama PAS pada kami sudah ada unsur-unsur sedemikian. Padangan kami pada suasana kini terhadap pemilihan pimpinan PAS pusat dan pada jenis ularmak sedemikin kami rangkup pada komen-komen di bawah:
    1. Respon Mat Sabu terhadap tuduhan yang berbagai terhadap beliau terutama Syiah adalah telus, ikhlas, benar dan berwibawa. Beliaulah antara figur setahu kami yang mendokong dan bekerja keras sehingga kedudukan ulama dalam PAS diangkat sebagaimana kini.
    2. Kami sangsi dengan motif respon ahli-ahli Majlis Syura Ularmak PAS yang kami lihat bermotif jahat dan sangat terliur jawatan dan kedudukan dan tindakan mereka yang cuba menunjuk-nunjuk wibawa mereka adalah counter productive dan akan backfire. Pada pandangan kami tindakan mereka itu boleh banyak mengelirukan pandangan masyarakat umum yang jahil terhadap mereka. Lebih malang lagi perbuatan ularmak yang jenis demikian boleh merosakkan prestasi dakwah islam dan jemaah islam. Oleh yang demikian elok juga di tambah satu lagi ciri-ciri ulama kepada penulisan oleh Ustaz Idris Ahmad mengenai ciri-ciri ulama iaitu ciri "No. 28" - [Ulama mesti ikhlas menjaga harta-harta wakaf pemberian orang ramai dan jangan cuba diubah menjadi hibah dengan cuba ditukar kepada nama anak-anaknya atau ahli keluarganya SERTA tidak menggunakan derma wakaf orang ramai untuk mahaad tahfiz diambil menjadi modal perniagaan SERTA menjelaskan hutang perniagaan tanpa ditangguh-tangguh dengan berbagai alasan.
    3. Ulama yang ikhlas dan tidak su' akan selalunya memberi pandangan dan respon yang balance dan tidak mengelirukan masyarakat ramai sesuai dengan ilmu yang ada pada mereka dan tidak khianat pada ilmu mereka. Contohnya respon sinis seorang Majlis Syura Ularmak PAS yang menekankan mesti meniru kepimpinan Rasulullah walaupun saudara Mat Sabu menyatakan apa yang diambil dari Syiah Iran Syiah itu adalah cara "Unit Amal" dan cara kedudukan "Majlis Ulama". Itulah bentuk hikmah yang diambil oleh PAS dari Syiah Iran yang kami yakin ostad ularmak tersebut faham betapa tiada salahnya mengambil cara-cara tersebut disegi syarak dan terbukti kini ada kebaikannya pada jemaah PAS. Apakah ostad ularmak tersebut terlupa adanya hadis "Alhikmatul dholllatul mukminin.. haithuma wajadaha fahua ahaq’qubiha" dan tindakan Khalifah Umar Al-Khatab mengambil beberapa ciri-ciri pentadbiran Rumawi bagi perlantikan gabenur dan wakil-wakil pemerintahan Islam di zaman beliau. Pasti tentu tidak!!! Nafsu syaitan menguasai mereka dan mereka inilah akan merosakkan dakwah islam dan jemaah islam.
    Ahli Akar Umbi dan Penyokong Atas Pagar Prihatin.
    (Harap Manjungmari dapat keluarkan komen di atas tanpa diedit kerana kami lihat unsur-unsur jahat sudah mula menular dalam jemaah PAS. Mungkin ada yang tak sedar sedang diperkudakan.)

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari